Semalam penyanyi nombor satu negara membuat pengumuman mengenai kehamilan keduanya membuatkan ramai teruja dan mengucapkan tahniah.

Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mengumumkan kandungannya kini berusia empat bulan lebih ketika satu sidang media dan pelancaran BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi Zoom.

“Kali ni lebih Penat, Emosi & Mudah Menangis.”  Empat Bulan Simpan Rahsia, Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Ustaz!

“Kali ni lebih Penat, Emosi & Mudah Menangis.”  Empat Bulan Simpan Rahsia, Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Ustaz!

Dalam sesi soal jawab semalam, Datuk Seri Siti berkongsi beberapa perkara mengenai kehamilannya kali ini.

“Syukur sangat bila dapat tahu saya hamil sekali lagi, hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya. Sebenarnya saya tertanya-tanya juga, adakah Allah akan berikan lagi saya zuriat selepas saya temui banyak kegagalan ketika melakukan proses IVF sebelum mendapatkan Aafiyah. Namun ternyata Allah terlalu baik dan saya diberi peluang hamil lagi.

“Kali ni lebih Penat, Emosi & Mudah Menangis.”  Empat Bulan Simpan Rahsia, Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Ustaz!

Ads

 

“Saya memang berserah kepada Allah sahaja untuk proses IVF kali ini. Tapi bila sudah mula proses IVF saya memang bersedia untuk berehat, lebih-lebih lagi dengan pandemik sekarang ni saya lebih selesa berehat di rumah. Setakat ini proses kehamilan saya berjalan lancar dan saya tiada masalah seperti pendarahan macam pernah berlaku ketika saya hamilkan Aafiyah dulu.

“Saya akui agak bimbang juga hamil ketika ini kerana wanita hamil antara yang berisiko tinggi untuk terdedah kepada banyak penyakit. Sebetulnya saya dijadualkan membuat proses IVF lebih awal tetapi ketika itu Covid-19 baru sahaja merebak dan kesnya membimbangkan. Jadi kami lewatkan sehingga kes ketika itu sudah agak reda. Pun begitu saya kini amat berjaga-jaga dan tidak akan keluar rumah jika tidak ada kepentingan.

“Kali ni lebih Penat, Emosi & Mudah Menangis.”  Empat Bulan Simpan Rahsia, Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Ustaz!

Ads

Ditanya kenapa menunggu hinggal usia ke empat bulan baru mengumumkan berita kehamilan, penyanyi kesayangan ramai ini mengakui beliau berpegang kepada nasihat seorang ustaz.

“Seperti ketika hamilkan Aafiyah dahulu, saya pegang dengan nasihat dari seorang ustaz yang menasihati saya untuk mencukupkan usia kandungan empat bulan sebelum beritahu kepada umum kerana dipercayai ia sudah ditiupkan roh di dalamnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui Aafiyah cukup teruja bakal bergelar kakak tidak lama lagi.

Ads

“Kali ni lebih Penat, Emosi & Mudah Menangis.”  Empat Bulan Simpan Rahsia, Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Ustaz!

“Ketika mula-mula cerita padanya dia sangat teruja. Nak kata faham atau tak itu tak pasti tapi bila kita kata ada baby dalam perut saya, dia selalu datang cium perut saya,”

“Mengandung kali ini, saya lebih penat untuk kehamilan kali ini, mungkin juga faktor usia kerana saya akan mencecah 42 tahun pada tahun depan. Selain itu, kali ini saya perasan saya lebih emosi dan mudah menangis lebih-lebih lagi jika menonton drama sedih atau membaca kisah-kisah sedih di laman sosial, ujar Tokti yang dijangka bersalin pada April tahun hadapan.

Jom cuci mata, banyak yang ditawarkan  di SINI 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sumber: Astro Gempak

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI