Tak dinafikan, hari raya memang pelbagai menu tersedia di atas meja, sememangnya khas buat tetamu tersayang. Tidak dilupakan, menu wajib turun temurun kuah kacang makan dengan nasi impit. Kalau dapat tu saja pun dah cukup!
Tapi… Kena sedap lah kuahnya, barulah terangkat! Tak gitu? Haaa yang mana first time baru nak belajar buat kuah kacang tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nurul Ateekah ni! Yang bestnya, dia ajar step by step siap gambar lagi tau. Sampaikan ada yang ulang buat sebab menjadi. Boleh save siap-siap, raya nanti boleh cuba!
RESEPI KUAH KACANG
Pekat2 makan dengan nasi impit mcm gini
Bahan-bahannya:-
500gram kacang tanah(disangai atas api).
Minyak masak=1 senduk.
Air putih=1 liter.
Air asam jawa =3 sudu.
Gula putih=250gram.
Gula merah/melaka= 100gram.
Garam=1 sudu kecil.
Cili kisar(1½ senduk).
Serai =2 batang.
Bawang merah 3-5 biji(sebesar syiling 50 sen).
Bawang putih= 3 ulas.
Lengkuas =2 cm.
Udang kering= 1½ sudu besar.
Cara-caranya:-
1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak (mengunakan api yang perlahan) goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.
2. Kisar/blender bawang merah, bawang putih, lengkuas, udang kering dan bawang putih sehingga halus.
3. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi…masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana).
4. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.
5. Masukkan gula melaka/gula merah, gaul hingga sebati.
6. Masukkan kacang, air putih, gula dan garam, digaul sebati.
7. Masak mengunakan api yang sederhana dan masak sehingga kuahnya pekat serta rasa secukup rasa yang dimahukan.
Selamat mencuba resepi ini ya semua, bila nak dekat hari raya nanti!
Sumber: Facebook Nurul Ateekah
Whoaa menariknya Kidzania ni! Nak tahu apa ada di sana? Jom tonton!
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!