‘Kalau Tidak Dapat Keredaan Suami, Sia-sia Kaya, Popular Atau Bahagia Di Dunia’ – Neelofa

Share

Nama selebriti dan usahawan, Noor Neelofa tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan setiap yang dilakukan olehnya sering mendapat perhatian ramai di media sosial.

Baik dari segi penampilan terkini, mahu kisah peribadinya, ada sahaja hal kurang enak didengari tidak kiralah masih bujang atau sudah berkahwin bersama Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail.

Terbaharu, Neelofa memberitahu dia kini lebih mengutamakan suami dan keluarga berbanding kerjaya dan bisnes yang diusahakannya.

Neelofa berkata demikian ketika hadir dalam satu sesi temu bual bersama Ria X In Person bagi menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya terutama melibatkan kerjaya dan kisah peribadinya.

Dalam temu bual tersebut, Neelofa menegaskan salah satu kunci untuk masuk ke syurga adalah seorang suami.

“Semua orang kena faham konsep ini, saya pun banyak belajar benda baru. Sebaik sahaja momen akad nikah dan jadi seorang isteri, keutamaan dan keredaan awak adalah suami. Kunci masuk syurga adalah suami,”ujarnya.

Neelofa berkata, sekiranya dia lebih mementingkan populariti atau utamakan keluarga, adalah lebih baik tidak menjadi isteri.

“Jadi, kalau kata nak pentingkan kemasyuran atau kerjaya lebih daripada suami, maksudnya baik tak payah jadi isteri. Sebab akan tarik awak ke neraka lebih pada yang lain-lain.

Artikel Berkaitan

“Saya kena tahu apa keutamaan saya. Kalau tidak dapat keredaan suami, sia-sia sahaja kaya ke popular atau bahagia di dunia. Kita tidak akan bau syurga sekalipun,”ujarnya.

Ujarnya lagi, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang isteri adalah taat, bahagiakan suami serta menuruti perintahnya.

“Jadi, saya fikir setiap hari kerja sana sini, tetapi suami tak reda, gembira dan bahagia. Tiada gunanya juga.

“Selesaikan hak suami dulu, baru saya fokus dengan hal-hal lain,”jelasnya lagi.

Sementara itu, Neelofa turut mengakui suaminya sukar untuk menyesuaikan diri dalam dunianya selepas mereka berdua mendirikan rumah tangga.

“Saya boleh nampak bukan senang untuk Haris menyesuaikan diri dengan dunia saya. Masa awal perkahwinan pun dah jadi perhatian sekali dengan honeymoon. Back to back jadi. Itu dah jadi satu proses untuk dia menyesuaikan diri,” katanya.

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club