Ada sesetengah wanita sanggup memakai barangan berjenama tiruan untuk kelihatan menarik dan trendy. Bukan hanya orang biasa, bahkan ramia juga artis masa kini yang tampil dengan barangan jenama yang kononnya tulen, sedangkan ia fake semata-mata.
Melihatkan gaya dan penampilannya yang selalu up to date, busana dari jenama yang mewah termasuklah aksesori lain membuatkan dia menjadi idola dan ikutan wanita lain di luar sana.
Tidak menyokong, jauh sekali mengutuk mereka yang memakai barangan tiruan, namun Neelofa ada pesanan khas buat golongan ini.
“Saya tak menyokong penggunaan barangan tiruan tetapi pada saya tidak perlu guna pendekatan yang kasar untuk mendedahkan hal tersebut. Dalam hal ini, semua pihak harus membuka mata dan memberi perhatian terhadap isu ini. Ini membabitkan banyak pihak selain hak cipta merupakan satu isu yang sangat serius.
“Saya sendiri memiliki bisnes hijab dan sering berdepan dengan isu sebegini. Namun disebabkan Naelofar Hijab mengeluarkan pelbagai koleksi menyebabkan pengeluar tiruan tidak sempat untuk update pengeluaran terkini. Walau apapun, salah tetap salah dan kita kena mendidik pengguna agar membuka mata dan tidak memandang isu ini sebagai sesuatu yang remeh.
“Kerana itu saya selalu tekankan pada diri sendiri, jika teringin untuk memiliki sesuatu barang berjenama itu, motivasikan diri untuk bekerja keras dan mengumpul duit agar dapat memilikinya.
“Jika saya tak mampu, saya tak akan membelinya. Jika saya benar-benar teringin, saya kumpul duit dan meletakkan sasaran. Saya kena bekerja kuat dan jadikan barangan itu sebagai inspirasi.
“Tiada istilah kena beli barangan Gred A atau Gred B kerana ia tetap tiruan. Saya tak mahu gunakan alasan tak mampu untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Neelofa baru sahaja berkolaborasi dengan pihak Starbucks menerusi kempen khidmat masyarakat My Cup of Kindness baru-baru ini.
Menerusi program ini, setiap 50 sen dari setiap cawan pembelian minuman ‘summer beverages’ berperisa ‘apricot peach’ dan ‘ruby grape’ akan didermakan kepada badan kebajikan pilihan Neelofa.
Tampil manis berpakaian seorang Barista dengan apron hijau, Neelofa yang membuat sendiri dua jenis minuman tersebut mengakui cukup teruja dan gembira dipilih oleh pihak Satrbuck dalam program CSR berkenaan.
“Kopi bukanlah kegemaran saya, sebaliknya saya lebih suka minuman yang lebih kepada Jus. Jadi pihak Starbuck memilih Aprikot Peach dan Ruby Grape. Jadi saya rasakan pilihan ini memang sesuai kerana sekarang musim panas,”ujar Neelofa yang turut menggemari Frappucino Chocolate Chip sejak dahulu lagi.
Sumber: IG neelofa