Siapa tak kenal dengan tanaman serai, boleh dikatakan sering sangat kita gunakan dalam masakan. Selain itu, serai juga sering dijadikan antara minuman herba yang baik untuk kesihatan badan.
Disebabkan ini juga, ramai antara kita cuba untuk menanam serai sendiri untuk memudahkan kegunaan harian. Terasa ingin digunakan, ambil sahaja di laman rumah. Pun begitu, tidak semua berjaya menanam serai dengan mudah. Sering kali sahaja mati, dek kerana pelbagai sebab dan salah satunya tidak tahu cara atau petua untuk menyemai serai.
Untuk itu ayuh fahami cara termudah untuk dilakukan bagi memastikan serai yang ditanam, boleh hidup subur. Jom semak!
Tip mudah untuk menanam serai
1. Potong bahagian bawah serai seperti di dalam gambar.
2. Masukkan ke dalam bekas dan rendam bersama air.
3. Biarkan sehingga akar keluar sebelum di tanam di dalam pasu.
Sumber : Masnah Umbat via Sarawak Dihatiku
Ini pula perkongsian dari Dian Nasuruddin yang menampak hasil setelah puas mencuba menanam serai.
“Percubaan kali ke entah bropa puluh kali entah untuk menanam serai. Asyik kurang berjaya je. Hahahaha.Nak kata tangan tak hijau, tak jugak. Sebab selama ni dok tanam pokok Alhamdulillah sihat walafiat je. Kiranya, setakat ni, serai dan pokok kari je yang masih belum berjaya. Yang musykilnya, Citronella Alhamdulillah makin meninggi. Cuma spesies serai yang biasa ni ha yang mencabar kesabaran ambo. Hahaha”–Dian
Begitu juga teknik tanaman yang dikongsikan oleh Bunga Seroja Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
“Assalamualaikum..nak kongsi sikit cara tanam serai yg mudah dan insyaallah menjadi..bukan untuk komersial,sekadar kegunaan sendiri n juga jiran2 yg memerlukan… Alhamdulilah 2 tahun xbeli dah….serai paling senang jaga …semoga bermanfaat.”- Bunga Seroja
Ini yang dilakukan :
LANGKAH 1 : Rendam bahagian tunas serai hingga keluar akar.
LANGKAH 2 : Boleh ditanam bila begini keadaannya sama ada di dalam pasu atau terus di atas tanah.
TIP : Bila pokok serai telah tumbuh dan ada daun-daun yang kering jangan lupa bersikan dan buangkannya agar cantik membiak.
Apa yang pasti, ketiga-ketiga mereka ini menggunakan kaedah yang sama, iaitu serai perlu direndam terlebih dahulu hingga keluar akarnya.
Jadi jelaslah ada cara mudah dan bolehlah dicuba bagi anda yang selama ini asyik gagal menanam serai.