Kalau Tanam Pudina Sebelum Ni Tak Menjadi, Ikut Cara Wanita Ni Kongsikan. Confirm Menjadi & Hidup Subur!

Share

Benarlah kata orang pengalaman itu guru sejati. Itu yang cuba dikongsikan oleh Puan Noor Liza apabila sudah beberapa kali percubaan untuk menanam pudina tidak berjaya, namun tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk bercucuk tanam. Akhirnya dengan pengalaman yang ada pada percubaan ke enam barulah dia berjaya tanam pokok pudina dengan subur.

“Lalui 5 kali cubaan tanam pokok pudina tak nak hidup.. kali ke 6 cuba dan akhirnya berjaya tanam.cDan saya dah tahu caranya.”

Buat anda yang melalui proses yang sama dengan Puan Noor Liza, telah beberapa kali mencuba tapi gagal untuk menanam pudina, bolehlah mencuba cara yang tepat melalui pengalamannya.

Cara Tanam Pudina
1. Cari batang yang tua. Buang daun-daun keliling tinggal pucuk.

2. Rendam dalam air dan dedahkan pada cahaya matahari. Dalam 4,5 hari akan keluar.

3. Kemudian pindahkan ke tanah campuran.

4. Setelah tanam biarkan ditempat yang redup sehari dua, kemudian baru pindah ke tempat yang ada cahaya matahari.


5. Kena siram 2 kali sehari atau pastikan tanah sentiasa basah.

Bila dah berjaya sekali, saya terus tanam lagi. Bukan buat jual tapi saya guna untuk letak dalam Vietnamese Spring roll yang saya jual. Bangga sekejap bila pokok menjadi.

Sumber : Noor Liza

ARTIKEL MENARIK: “Lepas 2 Tahun, Anak-anak Kami Minum Susu Segar…”- Dr Ni Kongsi Kelebihan Susu Segar Berbanding Susu Lain!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/

, baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club