Hukum hakam ini tidak boleh dibuat main. Itulah sebabnya kita haruslah mempunyai asas dalam perkara-perkara berkaitan agar nanti tidak melanggar hukum lebih-lebih lagi melibatkan makanan. Ianya akan menjadi darah daging kita nanti. 

Hukum berkaitan pemakanan, apa yang halal dan apa yang tidak halal pada pandangan syarak merupakan antara perkara agama yang sangat penting dan menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk mengetahuinya.

Menerusi perkongsian Muharrik Daie, beliau telah berkongsi pengalaman ke sebuah restoran. Di situ beliau  mendapati pekerja restoran tidak mencuci daging dan ayam dengan betul untuk masakan tengah harinya. 

Perkara itu telah menyebabkan bangkitnya isu mengenai makanan bernajis.

Menurut lelaki ini, pekerja di restoran tersebut tidak membasuh daging, ayam dan ikan mengikut hukum yang ditetapkan oleh agama Islam. 

Sepatutnya bilasan terakhir itu kena lalukan air dari paip atau cucurkan air dari atas daging tersebut.

Tak boleh kocak-kocak bilas dalam besen macam itu sahaja kerana air yang bercampur darah itu tadi jadi najis dan dikira air mutannajis dalam besen itu sebab tak cukup dua kolah.

Ads

“Akak cuci daging, ayam dan ikan tu tak ikut hukum. Sepatutnya bilasan terakhir tu akak kena lalukan air dari paip atau akak cucurkan air dari atas daging tu tadi. Tak boleh kocak kocak bilas dalam besen macam tu saja sebabnya air yang bercampur darah itu tadi jadi najis dan dikira air mutannajis dalam besen itu sebab tak cukup dua kolah,” jelasnya.

Tokey ajar macam tulah encik. Akak ikut sahajalah.” Ujar kakak itu lagi.

Kata Muharrik, disebabkan itu beliau jarang makan di kedai makan kerana takut termakan najis. Kalau kita tahu cara cuci yang tak betul, haram kita makan makanan tersebut sebab dihukum najis.

Sebab itu ulama kata, kalau nak berniaga pun kena mengaji ilmu fardhu ain. Kena ajar pembantu kedai dan pekerja kedai akan fardhu ain.

Ads

Kalau tidak sampai mati kita bagi orang makan najis. Bayangkan kalau tak mengaji fardhu ain. Sebab itu jangan pandai nak kahwin dan poligami sahaja tetapi ilmu agama fardhu ain pun kelaut. Hati-hatilah.

Semoga dengan penjelasan ini, sama-sama kita peka mengenai hukum yang telah ditetapkan agama agar tidak melanggarnya lagi. 

Semoga Bermanfaat!

 

Ads

 

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Kalau Tak Buat Perkara Ini Semasa Cuci Ayam, Ia Penyebab Makanan Bernajis. Orang Islam Kena Tahu…

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI