Sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah, pelakon Lisdawati berkata setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain.
Ujar isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi ini lagi, menjadi tanggungjawab kepada setiap suami untuk sentiasa mempertahankan serta melindungi isteri masing-masing.
“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi.
“Contoh kita tahu yang dia menipu tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” ujarnya lagi.
Pun begitu katanya, setiap pasangan harus memainkan peranan masing-masing terutama dalam menjaga maruah pasangan
“Setiap masalah rumah tangga yang berlaku perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja. Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita.
“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.
“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata demikian secara bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 9 September 2007. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sementara itu, Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: Media Hiburan
ARTIKEL MENARIK:
“Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club