Isteri kepada usahawan berjaya Shuib Sepahtu iaitu Watie berkongsi kisah kehidupannya yang diuji dengan pelbagai dugaan di awal tahun 2024 ini.
Malah kongsi Watie lagi menerusi Instagramnya, dia pernah ingkar mendengar nasihat dari suaminya dan dia menerima ujian bila mana kehilangan lebih 100 ribu ringgit.
“January 2024 adalah permulaan tahun yang mencabar untuk Mummy. Mencabar dari segi kesabaran mental & emosi.
“Hari Mummy nak fly ke China hari tu jugak IG Mummy Suspended. Time ni kat otak dok runsing pasal kerja-kerja yang akan tertangguh sebab ada 2, 3 kontrak yang Mummy baru sign.
“Time ni dah rasa mungkin Allah nak Mummy tumpukan sepenuh perhatian kat Family. No social media dah sebab bila Mummy busy, anak-anak akan complain kenapa Mummy tak dapat hantar & amik dorang balik sekolah.
“Dan hari yang sama jugak Mummy dapat berita yang Mummy dah kena scammmm Rm100k. Bayangkan lah perasaan, mana nak kena fly malam tu. Tapi Mummy lagi banyak pikir pasal IG lebih dari duit yang Mummy dah kena scam tu,” kata Watie berkongsi cerita.
Bahkan kata Watie lagi, dia khilaf kerana ada waktunya dia ingkar mendengar nasihat dari suami yang sememangnya cukup berpengalaman dalam perniagaan.
Namun kata Watie dia akur dengan ketentuan rezeki buatnya malah reda bila mana kehilangan lebih 100 ribu ringgit dalam pelaburannya itu.
Malah Watie juga turut menitipkan nasihat buat semua isteri untuk menurut kata suami, lebih-lebih lagi dalam urusan perniagaan.
“So sebelum Mummy fly tu Mummy terus lah minta ampun & maaf kat Daddy. Ayat Mummy masa tu ‘Daddy i minta maaf tau kalau ada benda yang i tak dengar nasihat Daddy’.
“Time tu Daddy terus tanya, ‘kenapa? pelaburan you dah hangus ke? Sebab itu je lah benda yang Mummy tak dengar cakap Daddy. Yang lain semua Mummy dengar cakap.
“So memang Daddy dapat agak dah. Biasalah perempuan kan, bila ada pendapatan sendiri macam tulah. Mummy pulak memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Sudahnya hari-harilah Mummy kena perli dengan Daddy. Daddy cakap ‘You pi lah main Kutu you tu lagi’.
“Tapi kat situ Mummy belajar, lain kali jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata No means No. Jangan pujuk-pujuk sampai dia kena paksa cakap Yes.
“And untuk tak bagi Daddy marah, Mummy cakap kat Daddy‘ i redha sebab i tahu Allah boleh bagi & boleh ambil bila-bila dia berkehendak. Jadi siapa kita nak menangis & mengeluh’. So Daddy pun sejuk hati & Mummy pun lalui hidup Mummy macam biasa. Jadikan pengajaran ok,” katanya lagi berkongsi.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai. Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club