Dunia ini adalah pentas ujian buat kita semua. Sama ada buat orang yang kaya mahupun yang miskin, tetap ada dengan ujiannya atau masalahnya yang tersendiri.

Pun begitu, yakinlah walau apa-apa pun ujian yang menimpa jika dihadapi dengan tenang dan positif,  masalah yang awalnya terasa berat dan terbenan ada membawa kebaikan. Ini kerana Allah sentiasa ada untuk membantu hamba-hambanya.

Berkongsi suatu kisah daripada seorang wanita ini yang pernah melalui cabaran hebat apabila perniagaan yang diusahakan mengalami kejatuhan dan ianya bukan mudah.

Pelbagai usaha dilakukan, namun akhirnya  menemui jalan buntu hinggalah dia terdengar tazkirah berkaitan Power Of Surah At-Taubah.

“POWER OF SURAH AT TAUBAH AYAT 128-129”

Assalammualaikum semua Saira Nak share Testimoni Peribadi Tentang
Surah At Taubah 128-129 yang saira dan suami amalkan sejak kejatuhan bisnes beberapa tahun lepas..

Ads

Bila kata tentang kejatuhan bisnes pastinya ramai di sini yang pernah kejatuhan bisnes , buat marketing business keluar modal puluh-puluh ribu malah ada yang ratusan ribu, pernah ditipu dan sebagainya.

Pada masa kebuntuan pastinya kita pon rasa letih mencari-mencari , bertanya-tanya pelbagai jenis bantuan . Dengan family, kawan-kawan semua kita tanyakan untuk meminjam dan mengadu kesah hal kita ni.

Ada suatu hari dalam kebuntuan , terdengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew tentang ilmu yang disampaikan iaitu bacalah Surah At Taubah 128-129 sekurang-kurangnya 7x sehari.

Kalau Sedang Diuji, Amalkan Baca Surah At-Taubah. Kesannya Cukup Luar Biasa & Dimurahkan Rezeki!

Ads

Allahuakbar Kata Ustaz , :-
1. Jika dia seorang yang lemah ,maka akan menjadi kuat
2. Jika Dia seorang yang hina, maka akan menjadi mulia
3. Jika Dia seorang kalah , akan segera mendapat pertolongan
4. Jika Dia Seorang yang berkesempitan , maka akan segera mendapat kelapangan
5.Jika Dia Seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika Dia dalam kesusahan ,maka akan diberikan kesenangan

Subhanallah Subhanallah Subhanallah, Waktu itu memang saira teruskan amalan ini tanpa henti .

Setelah amalan ini berterusan hinggalah perasan yang satu persatu urusan dipermudahkan, pelbagai jalan keluar untuk setiap persoalan (masalah) serta segala amanah-amanah mula dapat diselesaikan . Rezeki nasuk mencurah-curah tanpa putus .. subhanallah

Ads

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar !

Syukur Kehadrat Ilahi atas semua anugerah, pertolongan & kenikmatan yang diberi olehNYA.

Sumber : Saira Yusuff

Boleh beli Al Quran Tagging DISINI dengan mudah.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI