Kalau Sebelum Ni Transfer Ke TH Dari Bank-bank Lain Ada Caj RM1. Kalau Buat Cara Ni Confirm Percuma, Rugi Tak Tahu!

Share

Buat pindahan duit secara online tidak dinafikan memang cukup memudahkan. Hanya beberapa minit urusan pemindahan wang boleh dilakukan dan paling nyata tanpa perlu bersesak-sesak ke bank untuk urusan kewangan.

Pun begitu, setiap perkhidmatan itu tentu ada caj yang dikenakan. Umpamanya untuk membuat pemindahan wang dari bank lain ke akaun Tabung Haji sebagai simpanan. Sedar atau tidak, ada caj yang dikenakan iaitu bernilai RM1 setiap kali satu trasaksi dilakukan.

Namun, melalui perkongsian daripada Afiq Iman ini rupanya ada cara yang boleh digunakan untuk buat pindahan secara PERCUMA!

Buat yang masih tidak tahu, jom ikuti perkongsian ini.

Simpan Duit ke Tabung Haji Tanpa Caj

Assalamulaikum
Selamat Pagi

Selalu kalau korang nak masuk duit ke akaun TH korang buat macam mana eh?
1. Pergi cawangan?
2. Guna ATM?
3. Potong Gaji?
4. Transfer Online Banking?
5. Atau cara lain?

Musim PdPR dan WfH ni sebaiknya tak yah lah nak bergerak ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Ke sana ke sini.
Ah sudah, ternyanyi pulak lagu remix PM Muhyiddin

Kalau sebelum ni nak transfer ke TH dari Maybank ke Bank Islam atau bank-bank lain, dia ada caj RM1 setiap transaksi. Kadang-kadang ada orang tak perasan caj tu. Apa la sangat seringgit tu. Takkan nak jimat seringgit tapi habiskan duit minyak, bayar parking 60 sen, bateri hp nak scan MySejahtera dan tenaga dari lemak WfH yang kerjanya buka peti ais je tu.

Tapi kalau nak buat pindahan secara percuma tu, boleh guna cara ni. Betul Free, Tanpa caj kepada kita.

1. Log masuk ke perbankan internet pilihan


2. Pilih JomPAY


3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi


*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada
*Amaun (RM)


4. Ikut arahan hingga selesai

Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan,atau sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.

Selamat beramal. Jangan tunggu lagi. Penuhkan TH korang at least RM10k.

Sumber : Afiq Imam

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club