Sejak memasuki bulan ramadan dua hari lalu, penerimaan orang ramai terhadap bazar ramadan amat menggalakkan. Pelbagai jenis juadah yang enak boleh dibeli dan dinikmati ketika berbuka bersama keluarga. Lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya, bazar ramadan adalah pilihan utama untuk membeli makanan.
Namun, dalam seronok membeli, ibu bapa dinasihati supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan. Hal ini untuk mengelakkan mereka terdedah wabak Covid-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
ELAK BAWA KANAK-KANAK KE BAZAR RAMADAN
Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.
“Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.
“Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital,” jelasnya.
Selain itu, Dr Noor Azmi juga memberitahu tempoh kuarantin dipendekkan dan memanggil petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 untuk kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan di hospital dilakukan berdasarkan fakta sains dan nasihat pakar.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana keputusan itu juga adalah syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang membuat penilaian data saintifik dan bukannya secara semberono.
“Kuarantin dipendekkan kerana pekerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga terkena jangkitan COVID-19, antaranya menjadi kontak rapat namun rawatan dan program (tugas) di hospital agak tergendala sekiranya mereka menjalani kuarantin yang lama,” ujarnya.
Sumber: Bernama
Wahh pandainya adik-adik baca doa!
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!