“Kalau Rezeki Selalu Bocor Atau Susah Lekat Cuba Tanya Isteri…- Lelaki Ini Kongsi Kisah Rezeki Melayang Gara-Gara Buat Isteri Menangis.

Share

Hidup berumah tangga ada kalanya berlaku pergeseran. Itu lumrah, namun kena saling  bertolak ansur dan jangan bersikap ego.

Sering kali kita mendengar bahawa perkahwinan antara salah satu asbab tuhan limpahkan rezeki kepada kita dan pasangan.

Namun, jika tersalah percaturan boleh membuatkan rezeki anda sempit. Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar.

Perkongsian seorang suami bernama Mohd Fhais mungkin boleh dijadikan teladan. Akibat meninggikan suara dan ego untuk meminta maaf menyebabkan dia mengalami masalah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Bukan perlu menyembah dan mengikut segala telunjuk isteri, cuma adil dalam berkongsi hidup.

Jangan hanya tahu mengarah dan meminta itu ini sedangkan isteri juga tahu erti penat. Kalau sudah namanya suami isteri, kena saling bekerjasama, bantu membantu barulah kehidupan lebih harmoni.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Natijah Tinggi Suara Pada Isteri

Pagi tinggi suara, tengahari tu dapat balasan. Serik ! Ini last lepas ni memang tak nak lagi tinggi suara dengan isteri.

Semalam jadual agak padat, pagi nak pergi KL, lepas tu tengahari ada temujanji di melaka jadi agak rushing pagi tu. Kebetulan isteri cuti, dapatlah cover jaga aish kat rumah.

Biasalah isteri kita ni kalau cuti mana boleh duduk diam, banyak kerja rumah dia nak siapkan. Dalam fikiran dia mesti fikir masa cuti lah boleh nak siapkan semua kerja rumah nanti dah kerja susah.

Tapi suami ni tak sedar benda tu. Yang suami tahu bila isteri cuti adalah peluang untuk suami buat kerja dia pulak. Itu lah yang padat sangat jadual semalam, semua nak di buat dalam satu hari.

Akibat terlalu rushing, sorang kat dapur sorang kat depan, aish pun duk menangis. Huru hara betul pagi semalam. Tanpa sengaja tertinggi suara pada isteri.

Walaupun bukan keluar kata-kata marah tapi nada agak tinggi. Cukup buat isteri terasa, dia jadi sedih, air mata meleleh keluar, nampak dia tersedu-sedu, kesat-kesat hidung.

Tapi ego buat-buat tak nampak, terus capai kunci kereta keluar rumah. Dah nampak isteri sedih tapi tak terfikir nak minta maaf. Memang mendapatlah!

Dalam satu hari sahaja semalam dapat 2 surat saman, 1 saman parking DBKL, 1 lagi saman parking MBMB. Rezeki melayang keluar gara-gara buat isteri menangis. Menyesal tak minta maaf awal-awal. Ini baru balasan fizikal.

Balasan dari segi dalaman pula, jiwa tak tenang. Dari keluar rumah ke KL sampai patah balik ke melaka hati tak keruan. Ada sahaja yang tak kena. Buka radio kuat tapi rasa sunyi. Terbayang-bayang air mata isteri mengalir.

Allahu.. besar sungguh natijah seorang isteri pada suami. Sejurus jejak je kaki di rumah saya terus minta maaf pada isteri. Walaupun masa tu mood dia dah ok, saya minta maaf juga sebab muka nampak ok tapi hati belum tentu ok. Tak nak dia pendam perasaan senyap-senyap nanti susah laluan rezeki suami.

Nasihat saya kalau ada terasa macam rezeki tu selalu bocor atau susah nak lekat cuba tanya isteri baik-baik, kalau ada terguris hati minta maafkan dulu sebelum berhempas pulas bekerja.

Belajar dari pengalaman ini usaha keras macam mana pun mencari rezeki ia akan jadi sia-sia kalau kita tak berusaha untuk sedapkan hati isteri dahulu.

Mohd Fhais
Isteri penanda aras rezeki kita

p/s : Post ini halal untuk di kongsi dengan pasangan korang supaya lebih ramai yang tahu natijah tak jaga hati isteri ni.