Penghujung tahun, ramai yang mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah, tidak kira bersama keluarga atau kenalan.
Tidak terkecuali, penyanyi terkenal, Alif Satar, dan ahli kumpulan Alif Satar & The Locos, telah berangkat mengerjakan umrah bersama-sama.
Ketika di sana, Alif telah berkongsi situasi ketika di Madinah yang benar-benar membuatkan ramai ‘cemburu’ apabila secara kebetulan bertemu dengan ulama’ terkemuka dunia, Mufti Menk.
Dia yang sempat bergambar dan bercakap sebentar dengan ulama tersebut mengakui begitu teruja apabila sebelum ini hanya mampu melihat di media sosial sahaja.
Ujar Alif lagi, sebenarnya dia memang berniat mahu bertemu dengan Mufti Menk dan sempat bertanya kepada petugas kebersihan di masjid berkenaan tentang keberadaan ulama berkenaan.
“Saya menonton IG live beliau dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya..Saya tahu ia agak sukar di tengah lautan manusia. Siap tanya cleaner lagi ada jumpa Mufti Menk tak? Tapi dia kata tiada.
Ads
“Dalam hati saya berkata “InsyaAllah.. kalau rezeki saya, Allah akan tunaikan”. Kemudian, dengan kuasa Allah, beliau muncul dan berdoa di sebelah saya. ALLAHUAKHBAR. Saya sangat gembira bertemu dengannya secara peribadi.
“Terima kasih untuk semua video yang anda lakukan, ia membantu saya melalui masa yang sukar. Semoga Allah memudahkan segalanya untuk anda. AAMEEN,” tulisnya.
Mufti Menk turut meninggalkan komen di ruangan Instagram Alif dengan berdoa agar selebriti itu terus berada dalam kasih Sayang Allah.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada mereka memuji kebesaran Allah dan terharu dengan kisah hebat dari Alif Satar di Tanah Suci. Ada juga yang berdoa suatu hari nanti dapat bertemu dengan ulama besar itu dan berharap ibadah yang sedang dikerjakan Alif serta rakan-rakannya dipermudahkan Allah S.W.T.
Saban hari kita mendengar atau membaca perkongsian keluarga yang susah, hilang pekerjaan, terputus bekalan makanan, rumah sewa tidak bayar sudah berbulan dan pelbagai kesusahan yang dialami masyarakat. Siapa duga kemelut pandemik ini memberi kesan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia.
Setelah arahan ketat mengenai SOP yang melarang berniaga dan sebagainya, ada yang hilang punca pendapatan harian. Jika sebelum ini hasil jualan harian dapat menampung perbelanjaan keluarga, namun sebaliknya sejak larangan daripada pihak berkuasa.
Tidak perlu menunding jari siapa salah atau betul, semua ini berlaku diluar kawalan semua manusia. Jadi inilah masa untuk membantu mereka yang terkesan.
Sejak kempen kibar bendera putih tular, telah banyak pihak NGO berjaya membantu golongan yang memerlukan.
Sebagaimana perkongsian aktivis masyarakat ini meruntun jiwa apabila secara tidak sengaja melihat seorang kanak-kanak memanjat bumbung rumah flat untuk kibarkan bendera putih. Dapat dilihat aksi berbahaya itu dilakukan di luar tingkap
Apa yang menyedihkan keluarga itu telah terputus bekalan makan sejak tidak dapat berniaga. Pastinya kewangan susut setelah sekian lama duduk di rumah.
Menurut perkongsian wanita ini, pengguna TikTok dikenali sebagai @salwaaidin yang telah memuat naik video yang dirakam tanpa sengaja di kawasan pangsapuri PPR.
Menurutnya, kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil.
Bil air, elektrik dan sewa rumah juga sudah berbulan tidak mampu dibayar, manakala bekalan makanan sudah terputus. Mujur dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) memberikan sumbangan kepada mereka sedikit melegakan keluarga kecil ini.
Meraikan hari ulang tahun kelahiran menjadi suatu detik yang cukup menggembirakan dan membahagiakan sesiapapun, apatah lagi buat anak-anak. Keterujaan akan jelas terpancar di wajah anak-anak ini andai sambutan tersebut dirai bersama kawan-kawannya.
Sedar hal itu, alangkah bagusnya jika sambutan tersebut dibuat di sekolah. Namun adakah hal ini dibenarkan oleh pihak sekolah atau bagaimana cara sewajarnya ibu ayah lakukan untuk merialisasikan majlis sambutan hari lahir anak di sekolah.
Oleh itu, jom semak perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh semoga bermanfaat untuk ibu ayah yang berhajat hendak raikan hari jadi anak di sekolah.
Hari ini aku nak kongsi tentang sambutan hari jadi di sekolah. Apa yang boleh dan apa yang tak sesuai kau buat.
Zaman sekarang, ada satu budaya yang bagus (pada aku) bila murid menyambut hari lahir. Kebanyakan ibu bapa bersedekah dan memberi hadiah pada kawan-kawan anak mereka di hari lahir anak mereka.
Kalau dulu, kita yang kena bagi hadiah pada birthday boy/girl. Zaman la ni, bila anak sambut hari lahir, ibu bapa akan bagi goodies bag kat kawan-kawan sekelas anak mereka.
Siap masak mee, nasi, kuih dan juga kek sambutan hari lahir. Hal ini tak salah. Boleh sambut di sekolah dengan syarat, minta izin pentadbir dan guru kelas. Itu syarat utama. Jangan masuk main redah sahaja.
Biasanya, pentadbir dan guru kelas akan benarkan. Sambutan biasanya dibuat pada waktu rehat murid. Malah, kadang-kadang guru-guru pun dijemput sama. Alhamdulillah. Rezeki.
Panduan Buat Ibu Ayah
Cuma aku nak bagi sedikit panduan untuk ibu bapa yang berhajat nak sambut hari lahir anak mereka di sekolah.
1. Minta izin pihak sekolah. Ini syarat utama. Memang ada yang jenis redah tanpa izin.
2. Berpakaian sopan. Pernah ada seorang ibu datang dengan kawan-kawan yang seksi meksi. Sampai aku tak tahu mahu melihat dada ayam KFC atau dada orang. Hormat kak. Hormat peraturan sekolah.
3. Tak payah guna lilin untuk letak atas kek. Bahaya. Sebelum ada kejadian yang tak diingini, baik kita cegah awal, ye tak?
4. Bawa goodies bag dan makanan secukupnya untuk murid kelas tersebut, DAN sediakan juga satu untuk guru yang handle sambutan hari lahir itu.
Cikgu bukan lapar sangat nak makan, mereka boleh je makan kat kantin. Tapi itu sebagai adab dan tanda menghormati guru yang sanggup tidak turun rehat dan handle majlis anak kita. Bantu agih hadiah dan sebagainya.
Ramai parent suka letak jajan/cekedis atau junk food dalam goodies bag. Memang la budak-budak suka, tapi itu makanan tak sihat kan? Tak payahlah letak.
Budak-budak ni, bagi hadiah apa pun mereka seronok. Baik, aku bagi cadangan apa yang sesuai letak dalam goodies bag tu.
a) Air susu/milo kotak. b) Epal, roti, muffin cake. c) Alat tulis. Pensel, pemadam, pembaris. d) Angpau. RM1 pun seronok sangat dah budak-budak.
Angpau untuk cikgu sekali. Sebaiknya letak 5 keping not RM100. Itu sebaiknya. Tak lah. Aku gurau je bab angpau cikgu tu. Kau serius sangat dah kenapa?
Tapi point aku nombor 5 tu tolonglah kau ambil berat. Tolong sangat-sangat ya!
Bila sambut birthday di sekolah…
Ada orang berpendapat, budaya begini tak elok kerana murid yang tak mampu pula dengki lihat kawan mereka sambut hari lahir dengan grand dan meriah. Itu kata mereka.
Namun, aku berpendapat sambutan begini sangat bagus kerana :-
i) Menggalakkan budaya bersedekah. ii) Merapatkan hubungan antara guru dan ibubapa. iii) Murid dari keluarga kurang senang dapat hadiah dan makan yang sedap-sedap.
Pernah aku dengar murid-murid bercakap sesama mereka,
” Bestlah sambutan hari jadi ni. Dapat hadiah. Kalau sambutan hari jadi ada setiap hari kan seronok.”
Kan bagus begitu. Murid yang kurang mampu pun terasa mereka diraikan pada hari lahir kawan mereka yang agak berada.
Apa pun, terpulanglah pada pandangan kalian. Yang berhajat nak buat sambutan hari lahir anak kat sekolah, mohon hadam semua point aku.
Orang kata pengalaman dan kepayahan hidup itulah guru sebenar, dan dari pengalaman itu juga mendidik seseorang menjadi matang.
Ini sebagaimana yang dilalui oleh Natrah, anak pesakit kanser. Diusia kanak-kanaknya sudah pandai mengurus diri, hidup berdikari hatta memasak hidangan tidak menjadi beban buatnya.
Ayuh ikuti perkongsian ibu ini, bercerita tentang anaknya itu.
Assalammualaikum… Saya nak cerita sikit pasal Nur Ain Natrah. Pengorbanan Natrah bermula dari saya disahkan kanser.
Cerita disebalik periuk kosong…
Di saat saya terbaring lemah setelah menjalani rawatan kemoterapi Natrah datang bawa periuk nasi yang kosong. Natrah lapar. Natrah merayu saya ajar dia masak nasi. Luluh hati seorang ibu…anak berusia 10 tahun merayu jangan beli makanan di luar sebab dia sudah muak setelah berbulan-bulan makan makanan yang dibeli.
Pengorbanan Natrah semasa usia 10 tahun selalu buat saya menangis. Natrah sepatutnya masih bermain bersama rakan-rakan seusianya. Namun atas desakkan hidup sebagai anak pesakit kanser Natrah mengalah mengorbanan keriangan zaman kanak – kanaknya dengan memilih menjaga mama di rumah.
Malam hari Natrah akan tidur lewat menjaga saya yang sakit.
Pernah saya diberitahu oleh guru Natrah yang Natrah selalu tidur dalam kelas. Natrah nampak penat sangat. Guru tersebut membiarkan Natrah tidur kerana faham keadaan yang sedang Natrah lalui.
Sebagai anak tunggal Natrah terpaksa meminta ihsan jiran tetangga menumpang kasih sepanjang saya sakit. Natrah lebih banyak menguruskan diri sendiri kerana Papa lebih perhatian kepada Mama yang sedang sakit.
Hikmahnya sekarang Natrah lebih berdikari. Di usia 11 tahun dah boleh masak untuk diri sendiri…
Alhamdulillah…
Sumber : Noorazziah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...