Komunikasi di dalam sesebuah rumah tangga amat penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri. Lagi-lagi jika tinggal berjauhan dengan pasangan. Kekangan bab kerjaya mahupun keluarga menuntut pasangan untuk berjauhan.
Dalam keterpaksaan melangkah kaki meninggalkan pasangan yang dicintai demi mencari rezeki. Dipanggil Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).
Seorang di utara, seorang di selatan menyebabkan hubungan adakalanya alami masalah. Tambahan bila dah ada anak, keadaan begini pasti akan lebih sukar. Namun, pasangan yang mengalami keadaan sebegini, perlu positif dengan apa yang dihadapi. Pasti ada hikmahnya.
Berjauhan bukan alasan untuk anda mengabaikan pasangan, sebaliknya masing-masing kena praktik tip untuk mengeratkan hubungan cinta suami isteri. Justeru, jarak tidak akan menjadi masalah dalam rumah tangga.
Hari tu saya ada dapat kes suami tekanan sebab tinggal jarak jauh dengan isteri. Kita biasa panggil PJJ.
PJJ ni istilah pendek untuk Percintaan Jarak Jauh. Haa! Nama pun sweet. Tapi berjarak fizikal. Seorang dekat Perlis sana, seorang dekat KL.
Mulanya baik-baik aja. Tapi lama-lama mesti ada hal yang buatkan mereka kerap bergaduh. Iyalah bila dah berjarak ni, ada sahaja hal yang jadikan mereka salah faham.
Gambar sekadar hiasan
Iya, kita faham. Hidup rumahtangga yang macam ni tak mudah. Saya pun ada ramai kawan-kawan yang begini. Mereka ada kongsikan dengan saya beberapa tips.
Ini tips untuk rumahtangga PJJ;
1. Kena selalu berhubung.
Sekarang dah banyak medium nak berhubung. Berhubung yang ini kita fokus pada mesej. WhatsApp ada, Telegram ada atau FB messenger pun ok. Tak kesah lah kalau terpaksa mesej pagi, petang, siang, malam.
Supaya pasangan kita tahu, kita selalu ambil berat tentang dia.
Ads
2. Hantar pesanan bergambar.
Maksudnya hantar lah gambar selalu. Macam orang bercinta, kan selalu hantar gambar selfie. Dah kalian tinggal seorang, memang selfie lah kerjanya.
Tengah masak pun hantar gambar, tengah jem hantar gambar, dekat pasar hantar gambar. Kadang tengah kena marah dengan bos pun sempat hantar gambar.
Gambar sekadar hiasan
3. Telefon hari-hari.
Ini antara tips yang paling utama dia kata. Dengar suara pasangan kita. Kalau duduk serumah, boleh bersembang bila masing-masing dah balik rumah.
Kalau duduk berjauhan ni, kena juga dengar suara pasangan hari-hari. Ini terapi dalam rumahtangga. Suara dan kata-kata pasangan kita tu, kadang jadi ubat ketenangan.
Alah nak bercakap telefon sekarang dah murah. Kalau pakai WhatsApp call tu, kalian boleh bercakap tanpa henti berjam-jam. Sebab pakai data internet.
Kalau ambil pakej famili dengan telco, boleh dapat pakej telefon tanpa limit. Telefonlah 24 jam pun tak apa.
4. Tulis kad atau surat cinta ke pasangan.
Ads
Ini rare. Tapi yang biasa buat akan rasa istimewa. Kalian yang PJJ kan duduk rumah asing-asing. Haa! Kirimlah surat.
Tak payah tulis panjang-panjang, tulis sikit sikit pun tak apa. Sembur pewangi sikit, lepas tu pos.
Pasangan PJJ je mengerti perasaan bila surat ni sampai. Kan?
5. Bagi hadiah.
Ini biasanya buat kejutan (baca surprise). Sekarang pun dah banyak servis hantar bunga, belon, teddy bear, kek dan macam-macam lagi.
Kalian order, nanti sampai lah ke rumah atau tempat kerja pasangan.
Ada lagi best, tempah Grab Food hantar terus ke rumah pasangan kalian. Ini pun sedap. Hari tu isteri saya buat ke saya masa dia dalam wad. Kahkah.
Ads
Dia dalam wad, saya dengan anak-anak dekat rumah. Punyalah dia fikirkan kami ni, tahu-tahu Grab Food sampai hantar makan. Terharu weh!
6. Ini poin penting. Kalau berlaku salah faham, telefon dan bincang terus.
Hal kalau dah sampai level kena bercakap serius dan key tinggi, kalian telefon lah terus. Hubungi dan bercakap guna suara terus.
Elakkan berbincang hal penting guna mesej. Mesej dekat WhatsApp ni tak ada suara. Kadang intonasi kita bagi lain, pasangan kita faham lain.
Sudahlah tengah bercakap hal salah faham, bertambah keruh lagi lepas tu bila dia salah tafsir maksud mesej kita.
Begitulah. Ada banyak lagi. Tapi ini yang saya rasa utama. Soal nak kena jujur, percayakan pasangan itu dah jadi soal nombor 1 lah. Kita tak bercakaplah tentang itu.
Kalau itu pun kalian tak buat, barailah cerita dia.
Baik, rumahtangga PJJ ini ujian dia besar. Maka, tak ada lain kekuatan yang kita harap dalam menghadapi hari-hari kita cuma pada Allah.
Setelah usaha yang kalian buat atas rumahtangga kalian, serahlah kepercayaan dan keyakinan kalian pada Tuhan. Berbaik sangka tanpa ada ragu sedikit pun.
Jaga hubungan kalian dengan Allah. Sembahyang jaga. Ini paling utama. Maksiat jauhkan. Mudah-mudahan Allah pelihara rumahtangga kalian selamanya.
Amin.
Firdaus Mokhtar, Pesanan ini untuk suami isteri PJJ sahaja tahu. Bukan pakwe makwe PJJ. Aku sebat kau karang kalau pakwe makwe PJJ nak amal tips ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Ini ayah saya. Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lewat. Hari Ahad ayah saya kerja, orang lain cuti tetapi saya sayang ayah saya!”
Begitulah nukilan yang telah mencuri tumpuan wargamaya apabila luahan hati si anak ini yang ditulis di atas kertas dengan menggunakan pensil jelas menampakkan kejujurannya dalam menceritakan perihal ayahnya.
Hal ini mengundang sebak di kalangan warganet, apatalah lagi seakan kisah yang sama sebenarnya terjadi pada anak sendiri.
Percayalah bila lihat karya atau lukisan mahupun tulisan anak-anak berkenaan siapa kita di mata dan di hati mereka, pasti kita tersentuh hati.
Apa yang pasti, itulah luahan yang tak mampu mereka zahirkan kepada kita sebagai orang tuanya. Memang tidak akan ada mak ayah yang ingin melihat semua ini terjadi, tetapi keadaan memaksa.
Ramai akui terpaksa berkerja siang malam demi mencari rezeki dek kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui ketika ini.
“Saya Sayang Ayah Saya…”
Membaca luahan terakhir si anak yang menyatakan betapa dia sayangkan ayahnya benar-benar menyentuh perasaan. Siapa sangka anak sekecil itu, sebenarnya sedang cuba untuk memahami kesibukan orang tuanya.
Tidak hanya netizen tersentuh hati dengan keadaan anak kecil tersebut malah turut terkesan apabila membaca luahan hati ayah di kapsyen yang dengan ikhlas memohon maaf kepada anaknya itu.
“Ayah mintak maaf. Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah sayang semua anak-anak ayah”
Sumber foto : Shah thegret
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Yang Ini Respect Pada Dato”. Netizen Beralih Arah Suka Lihat Aliff Syukri Hargai Isteri
Sejak beberapa minggu yang lalu dan kini Syamsul Yusof dan Ira Kazar. Ini nama yang menjadi sebutan di Malaysia ketika ini setelah mengaku bernikah di Selatan Thailand yang berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.
Sejak itu, Syamsul dan Ira dikritik hebat netizen dengan tindakannya berkahwin lagi satu itu terutama daripada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan ibu Syamsul sendiri, Datin Patimah Ismail.
Rentetan daripada konflik itu, netizen beralih arah pula melihat kebahagian yang tunjukkan oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida.
Menerusi video yang dipaparkan oleh menunjukkan Aliff Syukri melayani isterinya dengan baik. Jelas mengambarkan kebahagian mereka.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Isteri yang baik akan bersama kita susah dan senang. Saat kita sakit, saat kita tak mampu bergerak ada, tubuh yang sentiasa ada dengan kita, ada sosok tubuh yang selalu mendoakan kesihatan kita supaya segera pulih
Wanita yang selalu bergaduh dirumah, wanita yang sering merajuk kalau bertengkar rupa rupanya dialah bidadari yang tidak pernah mengeluh menjaga saya. Terima kasih sayang menerima saya dalam apa jua keadaan.
Doakan kesihatan saya semakin pulih nasib baik ada isteri yang ada susah dan senang bersama. Orang lain ni datang bila kita senag sahaja time kita susah tak pasti lagi..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberi pujian kepada kemesraan dan keharmonian yang ditunjunkkan oleh usahawan kosmetik ini. Memang terbaik Datuk!
Sebelum ini kecoh duit pelanggan bank ‘hilang’ begitu sahaja dan ini membuatkan ramai pengguna bank berasa cemas dan membayangkan pasti ada tindakan mempertingkatkan keselamatan yang dibuat oleh pihak bank bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang kembali.
Namun belum pun sempat reda isu tersebut, wargamaya sekali lagi dikejutkan dengan perkongsian daripada seorang wanita yang menangis apabila duit baki yang ada di dalam akaun tinggal RM22.90.
Tharina Amri berkongsi berkenaan insiden duitnya lesap dalam akaun CIMB dan hanya berbaki RM22.90 sahaja dan hal ini mencetuskan rasa simpati warganet.
Difahamkan walaupun jumlah wang yang ‘dicuri’ tidaklah hingga mencecah puluhan ribuan ringgit namun bagi sesetengah antara kita nilai ratusan ringgit juga cukup besar jumlahnya.
Nampaknya scammer semakin rancak dan ‘bijak’ mengambil wang pelanggan bank tanpa perlu TAC!
Daripada perkongsian Tharina ada memaklumkan bahawa dia sedikit pun tidak menyangka hal ini boleh terjadi pada dirinya. Sebelum ini hanya membaca kisah-kisah orang lain yang kehilangan wang akibat scammer, namun beberapa hari lalu dirinya sendiri mengalaminya.
Wang dalam akaun hanya berbaki RM22.90 dan lebih menyedihkan menurutnya duit itulah sahaja yang ada untuk menampung kehidupannya hingga hujung bulan ini.
Selama ni tgk org hok kene.. kali ni aku pulok yg kene
Allahuakbar sekelip mata duit hilang tanpa sampai TAC ke ape tu je wehh duit blnje smpai akhir bulan saloh nape la aku smpai kene gini nya tinggal byk tu je mmg xselamat dh simpan dalam acc lening
Berkongsi lanjut susulan kehilangan wang tersebut, Tharina memaklumkan bahawa dia telah pergi ke CIMB bank dan kad sudah pun di block. Namun hingga kini, masih menunggu siasatan dan jauh di sudut hati dia sendiri tidak begitu yakin duit yang hilang daripada akaunnya itu dapat dikembalikan semula.
Meninjau diruangan komen ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan dengan masalah yang sama. Antaranya komen daripada Noorlela Hj Saion, tulisnya “gi bank cimb..isi dispute form. Tunjuk kat pegawai. Save pdf slip pengeluaran tu. Atau print,bagi pd pegawai. Akak baru kena jgk,rhb bank. Rm700++ scammer amik duit…tetiba dpt sms tac no. Alhamdulillah dah dpt balik semula duit. Seminggu shj dah dpt.”
Begitu juga komen daripada Mizlilly Lyana berkongsi pengalaman, “Husband saya pun baru kena beberapa hari lepas. .memang termenung dibuatnya. Baru seminggu gaji. Nasiblah komitmen utama da settle terus lepas gaji. Kalau x meraung
Manakala Tengku Nurfatnin memberi peringatan, ujarnya “Dapat mesej berbentuk link jgn tekan dpt call sruh bg ic jgn bgi dpt link terima bantuan kerajaan jgn buka scammer xperlu TAC dah kita tekan link pun diorang dah boleh ambil.”
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.