“Kalau Perlukan Kekuatan, Peluk Je Isteri.” Perkongsian Ajak Shiro Untuk Para Suami Praktikkan. Sweetnya!

Share

Berkenalan sejak 20 tahun lalu ketika dibangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.

Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Ajak menerusi laman instagramnya sebelum ini.

Biarpun bergelar selebriti, namun Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang.

Tidak hairanlah, sesekali dia memuat naik gambar bersama isterinya Afifah dengan kapsyen yang cukup sweet. Terbaru, Ajak memuat naik satu video yang memaparkan dia memeluk isterinya dengan kapsyen:

 

 

“Suami kalau perlu kekuatan, peluk je isteri…Insyaallah..tak percaya cuba peluk..tapi bini koranglah..bukan bini aku,” tulis Ajak Shiro

.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi daripada netizen yang rata-rata mengakui itulah resipi rumah tangga bahagia.

adeq_eima Isteri pun sama…. Jika stress2 peluklah suami… Insha allah stress hilang…

juslinda81.jy sama ngan isteri jugak kalau nakkan kekuatan peluk la suami sekuat kuatnya.. ??

lisha.sara.18 Semoga terus bahagia & murah rezeki ajak & family. Bahagiakan wife mesti rezeki mencurah.

arezuha1402 assalam abg @ajakshiro, ni yg di katakan aura isteri…majunya sorg suami kerana adanya isteri dibelakangnya…suami isteri saling memerlukan…setiap ujian yg diturunkan الله adalah utk menaikkan darjat kita sebagai hambaNya…majulah shiro dlm MLM ??

nasribinabdulghani Best apa peluk isteri sndri…dpt pahala lg

norasniazizan Happyla bini2 sedunia klu semua asben mcm ni hehe

Sumber: IG ajakshiro