“Kalau Pergi Ke Mana-Mana Pun Pasti Berdua…”- Empat Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu Undang Pilu!
Perpisahan abadi dengan insan tersayang adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Apatah lagi andai ujian kehilangan ini dirasai oleh anak-anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung harap.
Membayangkan nasib anak-anak yang ditinggalkan, nyata mengundang sedih dan pilu dihati orang sekeliling. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Begitu juga halnya bagi adik Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17, Muhammad Alif Irfan, 15; Nurin Alya Iwanie, 12 dan Muhammad Ridz Danial, 5 telah menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu dan ayah mereka terlibat dengan kemalangan jalan.
“Dalam sekelip mata, kami empat beradik jadi yatim piatu tetapi sebagai abang, saya perlu kuat demi adik-adik dan takkan berpisah dengan mereka,” kata Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17 selaku abang sulung.
Memetik berita Harian Metro, difahamkan Muhammad Amirul Ikhwan adalah anak sulung pasangan suami isteri, Ridzuan Salleh @ Ramli, 42, dan Rosmawati Ismail, 39, yang maut selepas motosikal berkuasa tinggi Benelli TNT dinaiki melanggar belakang trak tentera di Kilometer 87, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di Gurun, semalam.
Ridzuan yang melecur dan mengalami kecederaan di badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Rosmawati meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.
Menurut Muhammad Amirul, ketika kejadian ibu bapanya dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Permai Utama, Jeniang di Gurun menuju ke HSAH untuk menziarahi nenek mereka yang sakit.
Ads
Katanya, dia yang ketika itu berada di tempat tuisyen di Guar Chempedak, terkejut apabila dimaklumkan rakannya yang ibu bapanya terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.
“Awalnya saya dapat tahu cuma abah meninggal manakala ibu pula dimasukkan ke Unit Kecemasan HSAH dan tak lama kemudian dapat berita ibu pula meninggal.
“Memang terkejut tapi saya kena kuat demi adik-adik apatah lagi saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik.
Tunai Amanat Ibu
Ads
Muhammad Amirul berkata dia akan menjaga adik-adiknya, Muhammad Alif Irfan, 15; Nurin Alya Iwanie, 12 dan Muhammad Ridz Danial, 5, malah tidak akan berpisah walau apa yang terjadi.
Muhammad Amirul Ikhwan yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Enggang, Batu 5, Sik berkata, dia akan sentiasa ingat amanat ibunya supaya menjaga adik-adik dengan baik dan sentiasa menjaga solat lima waktu.
“Semalam, sebelum kejadian abah sibuk mengemas rumah sebab dia nak buat kolam depan rumah tapi tak sempat siap, mungkin itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Abah dengan ibu memang tak pernah berpisah. Kalau pergi ke mana-mana pun pasti mereka akan pergi berdua dan mati pun bersama,” katanya.
Ads
Muhammad Amirul Ikhwan berkata, setakat ini adik bongsunya paling terasa sedih di atas pemergian ibu bapa mereka kerana dia paling rapat dengan bapanya.
Ridzuan anggota tentera bertugas di Kem Hobart, Jeniang manakala Rosmawati berniaga secara dalam talian.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Segantang Garam di Merbok petang ini sebaik selesai bedah siasat dia Jabatan Forensik HSAH.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan masih diteruskan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 2.20 petang semalam berlaku apabila motosikal dinaiki suami isteri itu yang dari arah Alor Setar menghala ke arah Butterworth melanggar belakang trak tentera.
“Impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan motosikal yang ditunggangi pasangan terbabit terbakar di tengah laluan jalan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
MasyaAllah! Umur 9 Tahun Hafal 30 Juz Al Quran, Datuk Kongsi Aktiviti Harian Cucunya.
Hebatnya adik kecil ini. Di kala pada usia begini, rakan sebayanya dalam dunia fantasi bermain dengan permainan penuh keriangan, namun sebaliknya adik ini.
Pada usia begini, dia telah mampu menghafal 30 Juz Al-Quran pada usia hanya 9 tahun. Malah pada usia 4 tahun anak kecil ini telah menunjukkan minat untuk menghafal Al-Quran.
Lebih istimewa, anak kecil ini dijaga oleh datuk dan neneknya. Orang kata, biasanya cucu yang dijaga oleh datuk nenek ni manja. Namun anak kecil ini membuktikan duduk dibawah jagaan kedua nenek dan datuknya menjadikan dirinya hebat!
Ikuti perkongsian yang sungguh inspirasi ini. Moga kita semua istiqomah dalam menjadi mukmin yang terbaik.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
9 TAHUN 30 JUZ DALAM KEPALA
Adik ni bernama Haikal Firdaus. Berumur 9 Tahun dan Berasal dari negeri Johor. Kelebihan dia ialah 30 Juz Al-Quran dalam kepala.
Beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, sejak bila adik Haikal ni mula hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin hafal Quran?
Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal begitu inspirasi.
“Cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain.
kami tak paksa dia hafal al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri.”
AKTIVITI HARIAN ADIK HAIKAL FIRDAUS.
Bangun pada 5.00 pagi, ambil wudhuk dan solat, lepas solat dia baca al-Quran satu Juz hingga masuk waktu Subuh.
Waktu pagi pergi ke sekolah agama lepas waktu sekolah pada waktu petang dia hafal Hadis 40. Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz.
Sumber: FB Mohd Ibrahim via HIMPUNAN CERAMAH DAN DOA ISLAM
Ibu bapa mana tak teruja untuk menyambut hari kelahiran anak buat kali pertama. Pelbagai persiapan diadakan bagi memenuhi impian anaknya. Paling dititik beratkan adalah minat anaknya terhadap sesuatu animasi ataupun kartun yang turut dijadikan sebagai tema majlis untuk memastikan anaknya teruja.
Kisah wanita ini pastinya mengundang sebak. Setelah sebulan bertungkus lumus membuat persiapan untuk meraikan ulang tahun anak yang pertama yang bertemakan Cocomelon, keesokan harinya dia pergi meninggalkan permata hatinya itu.
Ucapan Hari Lahir
Selepas majlis sambutan hari lahir yang turut diraikan oleh sanak saudara dan kenalan, wanita yang bernama Athirah Jaafar ini sempat menitipkan ucapan dan doa buat permata hatinya, Muhammad Haider Yusuf di laman sosial.
Dijemput Ilahi Sehari Selepas Sambutan Ulang Tahun Anak
Tiada siapa dapat menduga, baru terlakar detik bahagia tiba-tiba bertukar sedih. Perkhabaran bahawa Athirah Jaafar telah meninggal dunia selepas pengsan ketika berada di tempat kerja sebelum di bawa ke salah sebuah pusat perubatan di Sarawak telah di sampaikan oleh makciknya.
Suami kepada Athirah Jaafar amat terkesan dengan pemergiaan isterinya yang sangat mengejut. Menerusi laman Facebooknya, Mumin Mohd redha dengan pemergiaan isterinya. Turut meluahkan rasa pilu bahawa perasaan cinta dan sayangnya kepada arwah tiada terganti.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin
Keramahan dan layanan mesra penyanyi, Tomok bersama peminat ciliknya ketika pulang dari solat Jumaat minggu lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walaupun baru balik dari bersolat namun Tomok tetap melayan setiap karenah anak-anak kecil itu dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Tomok memuat naik videonya bersama peminat cilik yang ingin mendapatkan tanda tangannya ketika berada di dalam kereta.
“Pakcik pun pakcik lah,” tulis Tomok menerusi ruangan kapsyennya.
Apa yang menarik pastinya panggilan pakcik buat Tomok yang membuatkan pengikutnya terhibur.
Ramah melayan peminat malah ada yang turut meminta nombor telefon bimbitnya.
Bukan itu sahaja, malah jawapan Tomok yang meminta anak-anak kecil itu belajar hingga pandai dan cemerlang, kemudiannya barulah diberikan nombor telefonnya turut dipuji ramai.
“Nanti belajar pandai-pandai, dapat no satu, baru pakcik bagi nombor telefon,” kata Tomok ringkas.
Dalam pada itu ruang komen pastinya dihujani dengan pelbagai komen dan pujian buat Tomok yang bersifat kebapaan buat peminat ciliknya.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.