Ketika ini diakui ramai antara lelaki bergelar suami terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki bagi memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anaknya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menyedari betapa sukarnya untuk mempersiapkan keluarga agar dapat hidup selesa, kebiasaanya suami turut mengharapkan untuk isteri bekerja. Apatah lagi dengan kehidupan yang kian mendesak kini, maka tidak hairanlah ramai isteri telah keluar bekerja untuk meringankan beban suami.
Lantaran itu, jika dulu hanya si suami yang membanting tulang mencari rezeki namun kini sumber pendapatan disumbangkan bersama demi untuk keluarga tercinta.
Meskipun begitu, ada 7 hal ini perlu diberi perhatian bagi pihak suami agar sumber pendapatan hasil titik peluh isteri tidak menjadi dosa kepada suami memandangkan tanggungjawab asal mencari nafkah itu terletak ke atas suami!
Hal ini turut dikongsikan oleh seorang suami di akaun facebook dan bolehlah dijadikan panduan kepada yang lain.
Bila Minta Isteri Bekerja, Suami Jaga 7 Perkara
Kalau pendapatan seorang tu tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong topupkan mana yang terkurang, maka jaga 7 perkara ni :
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan…jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income, berapa yang kita dapat dengan extra income…pastu tunjuk berapa baki setelah pendapatan tu ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.
Kalau negatif, negatif lah…kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.
Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak smua perancangan tu, insyaAllah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut.
Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh, mintak elok-elok.
Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu pulak kena keluarkan duit lebih dari kita…kita pulak yang kurang keluarkan duit…maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri.
Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua.
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri…jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita tu nothing tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita tak akan ada duit lebih atau rasa lapang.
Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.
Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, macam ada ot ke, bonus ke, extra income ke, maka ambik semula apa yang dibayar isteri…kita bayar guna pendapatan kita.
Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri.
Kesedaran diri tu sangat penting…kalau tak mampu, buat cara tak mampu…kalau dibantu, buat cara dibantu…tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai…jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan.
Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja-kerja rumah dia…beneficial for each other…
Hargai isteri…sesekali tu bawa la dia makan diluar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawak dia berjalan…tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua.
Sekian, semoga bermanfaat.
Sumber : Firdaus Shakirin
ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!
Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club