Ketika ini diakui ramai antara lelaki bergelar suami terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki bagi memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anaknya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menyedari betapa sukarnya untuk mempersiapkan keluarga agar dapat hidup selesa, kebiasaanya suami turut mengharapkan untuk isteri bekerja. Apatah lagi dengan kehidupan yang kian mendesak kini, maka tidak hairanlah ramai isteri telah keluar bekerja untuk meringankan beban suami.
Lantaran itu, jika dulu hanya si suami yang membanting tulang mencari rezeki namun kini sumber pendapatan disumbangkan bersama demi untuk keluarga tercinta.
Meskipun begitu, ada 7 hal ini perlu diberi perhatian bagi pihak suami agar sumber pendapatan hasil titik peluh isteri tidak menjadi dosa kepada suami memandangkan tanggungjawab asal mencari nafkah itu terletak ke atas suami!
Hal ini turut dikongsikan oleh seorang suami di akaun facebook dan bolehlah dijadikan panduan kepada yang lain.
Bila Minta Isteri Bekerja, Suami Jaga 7 Perkara
Kalau pendapatan seorang tu tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong topupkan mana yang terkurang, maka jaga 7 perkara ni :
Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar.
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan…jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income, berapa yang kita dapat dengan extra income…pastu tunjuk berapa baki setelah pendapatan tu ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.
Kalau negatif, negatif lah…kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.
Ads
Mintak izin dan redha isteri kalau nak dia bantu.
Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak smua perancangan tu, insyaAllah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut.
Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh, mintak elok-elok.
Bantuan isteri tak boleh lebih 50%.
Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu pulak kena keluarkan duit lebih dari kita…kita pulak yang kurang keluarkan duit…maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri.
Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua.
Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri…jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita tu nothing tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita tak akan ada duit lebih atau rasa lapang.
Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.
Ads
Ambil semula tanggungan apabila mampu.
Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, macam ada ot ke, bonus ke, extra income ke, maka ambik semula apa yang dibayar isteri…kita bayar guna pendapatan kita.
Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri.
Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.
Kesedaran diri tu sangat penting…kalau tak mampu, buat cara tak mampu…kalau dibantu, buat cara dibantu…tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai…jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan.
Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja-kerja rumah dia…beneficial for each other…
Hargai bantuan yang di hulurkan isteri.
Hargai isteri…sesekali tu bawa la dia makan diluar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawak dia berjalan…tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua.
Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan cina SJKC.
Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC, antara pro yang amat jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari 3 bahasa.
Kontranya ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama 2 kali sahaja seminggu. Oleh itu ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah.
Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghatar anak-anak ke SJKC supaya dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak:
1. Hantar anak-anak ke tadika yang ditempatkan di sekolah cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita nak hantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun. Ini memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar anak ke tadika yang glamour konon nya mengajar mandarin tidak digalakkan. Tadika sedemikian nak duit aja silibus tah apa-apa.
2. Kenali cikgu-cikgu anak anda untuk mengenalpasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ni semuanya busy belaka kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid hari-hari.
3. Tubuhkan satu kumpulan sokongan “support group” dengan ibu bapa yang lain supaya dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dah harus buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari, senarai homework (kongker) selalunya akan disalin atas papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak salin nanti dia tidak tahu homework mana nak dibuat. Semasa buku homework di “pass up” dan anak kita tak buat homework dia, dia akan dimarahi oleh guru secara kaw kaw. Bila guru marah bukan salah guru, dan guru marah kerana dia nak anak kita “improve”. Jika kita campur tangan bila guru marah anak kita, nanti anak kita bakal di boikot oleh guru. Selagi guru menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah, kita tak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak kita buat SEMUA homework. Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci…whatapp group itu pasti membantu. Lantik seorang ketua ibu bapa dalam whatsap group yang “caring” dan suka membantu. Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian Ngok selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak buat homework hingga larut malam.
4. Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlu penglibatan ibu bapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberi tekanan kepada anak kita. Salin jadual waktu dengan cermat and know what is going on. Jika ada ujian ejaan bahasa cina (ting seah) pastikan anak-anak buat hafalan. Kalau salah pasti kena!
5. Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan kelonggaran tidak diberikan. Oleh itu ibu bapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat. Rambut harus pendek seperti peraturan. Kuku kena pendek. Lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Hari murid-murid pakai baju sukan MESTI pakai baju sukan. Hari Isnin sila datang awal kerana ada perhimpunan. Jika langgar peraturan anak kita akan dilabel bermasalah dan ini akan mengganggu prestasi akdemik mereka.
6. Bagi orang Islam, sediakan bekal jika was-was makanan kantin. Cari parents yang buat business bekalan halal untuk anak kita jika tiada masa.
7. Jika kita tak nak hantar anak kita ke tuition sekolah (sampai pukul 3) cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR pastikan homework siap sebelum tidur.
8. Kena marah dengan cikgu adalah perkara biasa…terutamanya cikgu yang suka bising-bising….jadi jangan sensitif sangat dan minta sediakan mental anak kita untuk menerima keadaan tersebut.
9. Jika muslim, kenali Ustazah/ Ustaz di sekolah anda. Pastikan silibus agama diajar. Ajar anak anda sendiri baca fatihah, surah lazim dll.
Tolong lah jangan saja-saja nak letak anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Main hantar aja tanpa tahu apa-apa. Naya anak kita! Kesianlah kat dia….Cikgu juga stress nak uruskan anak-anak yang ibu bapa mereka lepas tangan.
InsyaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa luar sekolah, lagilah baik, akhirat juga terbela. Cumanya saya lihat anak-anak jadi skema sikit kerana kadang-kadang SJKC ini terlalu strict. (tapi ini ada kebaikannya). Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan.
Maaf jika penulisan ini panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SUDAH BERPUNYA!
Kebaikkan tanpa berkira menghulurkan bantuan, telah membuatkan namanya menjadi sebutan hingga di khutbah jumaat.
Hari ini, abang viba sudah berpunya! Menjadi suami orang! Bertuah wanita itu memiliki hati lelaki yang budiman.
Alhamdulillah, akhirnya Wira Malaysia Azwan Omar (Abg Viva) selamat bergelar Suami Evanoza D Sini .
Semoga bertambah kebahagiaan, rahmat dan rezeki dalam perkahwinan kalian berdua.
Khabarnya majlis perkahwinan dipercepatkan bagi memudahkan urusan persiapan abang viva membantu mangsa banjir.
KELUARGA TAK TAHU?
Dalam keseronokkan kita mengucapkan tahniah kepada abang viva ada kisah yang tak sedap didengar.
Menerusi posting kakak kepada abang viva difahamkan perkahwinanannya itu dikatakan telah mengabaikan keluarganya termasuk ibu ayahnya.
Luahan itu menyatakan ahli keluarga tidak mahu dikatkan dengan abang viva lagi. Katanaya lagi, beri peluang untuk ibu ayahnya bahagia di usia senja mereka. Dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah namun menyelitkan kata-kata ‘terima kasih’ kerana mengabaikan ibu ayah dan keluarga.
Posting ini hanya utk pemakluman, Bukan meraih simpati atau mencari publisiti.
Kepada sesiapa yg bertanya, ye betul insan ini telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan kami. Tanpa pengetahuan mak ayah nya yg masih ada didunia ini.
Kepada yg kata alahhh maafkan la dia, sy minta maaf kepada kamu kerana xdpt tunaikan permintaan itu. Berdoalah semoga benda yg sama tak berlaku kepada kamu.
Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami buruk dan busuk. Mak ayah sy dan anak2 buah sy tak layak duduk sama tinggi dgn mereka. Hanya beban yg akan menyusahkan dan penghalang kepada kebahagiaan mereka. Saya mohon kepada semua,
BERHENTI LAH BERCAKAP ATAU BERTANYA APA-APA MENGENAI DIA KEPADA MAK DAN AYAH SAYA.
Cukup lah dgn apa yg dah mak ayah sy tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah airmata yg telah jatuh ke pipi mak ayah sy yg dah tua. Berhenti kaitkan kami dgn mereka.
JGN TAMBAH DERITA YG ADA. Beri peluang kepada mak ayah saya utk bahagia di usia senja mereka. Kepada pengantin lelaki. Selamat pengantin baru dan terima kasih kerana abaikan mak ayah dan keluarga. Hanya jauhari mengenal manikam
WARGAMAYA UCAP TAHNIAH DAN TITIP DOA
Dalam pada itu, tinjauan di media sosial rata-rata mengucapkan tahniah dan titip doa buat abang viva dan isteri. Pada masa yang sama ada yang meluahkan terkejut dengan kenyaataan kakak kepada abang viva. Apa pun, harap permasalah keluarga dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
KOLEKSI FOTO PERKAHWINAN ABANG VIVA
Sumber: Fauziyah Omar & Foto: kredit Azizi Ang Aziziang Photography
Pernah tak, para ibu panggil suami dari dapur tetapi suami buat tak tahu je. Bila jengah kat ruang tamu, tengok si suami siap bergelak ketawa menonton rancangan kegemarannya.
Memang buat menyirap jugak kan, rasa nak marah je. Atau memang suara isteri tak cukup kuat. Siap jerit-jerit, tapi suami tetap tak dengar.
Jadi apa kata baca sampai hadam info menarik ni tentang lelaki. Menurut sumber ni, lelaki hanya menggunakan satu telinga sahaja.
Ikuti selanjutnya info ini.
Telinga Lelaki Pekak Sebelah? Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan. Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja.
Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri. Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar. Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang.
Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda. Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia.
Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami. Dipetik dari Pak Utih’s Page.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.