Sejak akhir-akhir ni, ramai orang berpusu-pusu ke kedai emas. Malah ada yang sanggup beratur panjang.
Fenomena baru sejak harga emas dikatakan turun harga. Ia berlaku impak pendemik yang menjadikan emas sebagai nilai pelaburan terbaik sebagai persediaan sumber kewangan yang paling cepat dicairkan apabila perlu waktu terdesak.
Jika sebelum pandemik agak sukar melihat orang mengunjungi kedai emas, tapi kini bagaikan pesta.
Namun dalam keterujaan membeli emas, wujud segelintir masalah pergolakkan dalam rumahtangga apabila suami enggan menuruti kemahuan isteri ingin membeli barang kemas.
Begitulah yang dikongsilah oleh wanita ini yang melahirkan rasa terkilan. Beliau juga menasihati agar kaum wanita tidak mengikut trend sehingga menjejaskan hubungan dengan suami.
Apa pun, tepuk dada tanya selera.
_________________
SUAMI ISTERI BERTENGKAR SEBAB EMAS
Kalau pasal emas, janganlah bergaduh. Tak kira la trend atau bukan, emas tak patut jadi punca penceraian bila suami tak mahu turutkan.
Zaman sekarang ni berpusu2 org ramai membeli emas. Rata2 menyatakan, sebab emas blh jadi simpanan masa hadapan. Lalu berbondong2 la semua ke kedai emas membeli seutas dua perhiasan sebagai ‘savings’ di waktu susah.
Cuma recently terbaca seorang influencer menulis tentang rumahtangga yang berantakan kerana suami tk izinkan si isteri beli emas. Diherdik dan dimarah, menurut isterinya yang bercerita.
Di satu sisi, emas itu sgt berharga sebagai simpanan. Tapi cara masyarakat kita memandang lekeh mereka yang tk mahu menyimpan emas ni, mestilah diubah. Seolah2 semua org mempunyai kemampuan dan kemahuan yang sama. Dan jikapun mereka ini berduit, ada org suka memiliki dan menyimpan wang tunai berbanding emas. Ini tetap bergantung pd minat masing2.
FAHAMI KEWANGAN SUAMI
Dan seorang isteri, usahlah membentak2 suami membeli emas utk simpanan. Sejujurnya, suami kita kadang tk bercerita segala bebanan masalah yg beliau tanggung kepada kita. Lelaki lebih banyak memendam rasa. Jadi perempuan, janganlah sampai meminta2 atas tiket ’emas itu simpanan’. Tambahan lagi bila suami sahaja yang mencari nafkah, dan semua belanja bergantung kepada dia. Bila suami terbeban dan tertekan,akan timbul permasalahan emosi pula.
Emas tak jadi simpanan bila dah mula ganggu perbelanjaan bulanan. Dan emas bkn simpanan bila kita ikat perut semata2 nak mendapatkannya. Emas bkn simpanan, bila suami runsing dan risau andai tk dibeli mengamuk pulak isterinya nanti sebab trend menjadi2. Emas bkn simpanan, bila bermasam muka dan jadi bergaduh suami isteri. Itu bebanan namanya.
Simpanan itu, adalah sebahagian dari ‘lebihan wang’ bulanan, atau sebahagian dari gaji yg diletak khas sebagai kegunaan masa depan. Jadi, bila gaji suami atau gaji kita ini cukup2 makan, lupakanlah emas sebagai simpanan.
Pasti akan ada golongan yg menjual emas, yang akan membangkang penyataan ini. Bagi mereka, yg penting emas terjual. Ini memang hakikat. Sebenarnya, kita yang menjual hanya boleh beri kesedaran tapi wajarkah kita meracun masyarakat, jika tak ada emas maka tak ada nilai?
Ada yang lebih bongkak dan sombong, bila org kata tak minat emas, ditemplak sebagai tak berduit. Malu la tu sebab tk blh beli emas, kata tak minat – makcik bawang.
Bukan semua minat emas. Jadi biarlah mereka urus kewangan mereka. Dan para isteri, kalau benar suami tk redha, emas yang mahal pun akan hilang harga, di sisi Tuhan tak ada nilainya. Muhasabah diri.
Sumber: Suffiyah Ramadhani