Peristiwa kehilangan anak bagaikan mimpi ngeri bagi ibu bapa. Kalau boleh, kita tidak mahu perkara sebegini jadi pada diri kita walaupun sekali, belum tentu kita jumpa atau tidak saja pilihannya kerana berlakunya macam-macam kes yang terjadi melibatkan kanak-kanak yang kita tidak ingini terjadi pada anak kita.
Dalam satu perkongsian seorang pengguna tiktok, Sharifah.Azhar berkongsi pengalamannya yang terjumpa kanak-kanak yang kehilangan ibunya di satu mall. Asalnya, tujuannya ke mall tersebut mahu pergi ke farmasi untuk membeli penutup muka, namun nak dijadikan takdir, perkara lain yang terjadi. Dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis.
Itu pun, beliau rasa sangat bersyukur kerana dia pergi bersama adik lelakinya yang turut membantu kanak-kanak tersebut. Pada awalnya kanak-kanak itu terlihat wanita dan adiknya itu menuju kepadanya, kanak-kanak itu larikan diri sambil menangis. Apabila dipujuk dan ingin menghulurkan bantuan, kanak-kanak itu akur.
Mereka sehinggakan buntu untuk mencari ibunya dan menenangkan adik ini dengan membelikan air yang dia nak.
Pencarian ibunya masih diteruskan, sehinggakan Sharifah menggigil, berdebar ketakutan dalam memikirkan bermacam kemungkinan yang berlaku.
Seusai keluar dari pasaraya membeli air, satu keajaiban berlaku dimana ibu dan keluarga kanak-kanak turut berada di situ.
Tanpa berfikir panjang, ibunya terus berlari kearah anak dan memeluk erat anaknya.
Bergelinanng air mata bagi yang melihatnya. peras an berdebar apabila kehilangan anak ni macam nak tercabut jantung!
VIDEO
@sharifah.azhar SYUKUR ALHAMDULILLAH. Thank you ALLAH kerana telah permudahkan urusan kami mencari ibu, anak kecil nih 🥺🤲🏻. Thank you so much my lil brother 😘#budakhilang #shoppingmall #ioicitymall #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #malaysiatiktok ♬ original sound – sharifah.azhar
Mulia hati dua beradik ini berusaha mencari semula ibu kanak-kanak yang hilang ni. Kalau jumpa dengan orang yang salah, belum tentu dia pulangkan semula anak itu.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada dua beradik ini. kalau tak, apalah nasib anaknya.
Berharap peristiwa ini menjadi satu pengajaran dan perkara seperti ini tidak berlaku kepada kita.
lihat kami di Youtube :https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk
Kepada ibu-ibu di luar sana. Bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku,diminta ibu bapa sentiasa perhatikan anak anda sentiasa berada bersama anda. Kalau anak berjalan, pastikan kita berada di belakang mereka. Jangan sesekali cuai dengan gadjet atau benda lain.
Sumber : Sharifah.Azhar