Pastinya dikalangan kita inginkan bersara awal pada usia yang masih muda.
Lebih membahagiakan apabila dapat meluangkan masa bersama keluarga dan dapat melakukan aktiviti yang sekian lama diimpikan.
Namun sejauh manakah kita yakin dan bersedia untuk berbuat demikian. Bimbang salah langkah menyesal seumur hidup apabila ia memberi kesan kepada ekonomi keluarga.
Apa yang pasti setiap keputusan yang mahu dilakukan harus dilakukan dengan perancangan yang sempurna. Sebagaimana nasihat puan Marlia Ramli yang juga merupakan pengurus bahagian sumber manusia (HR department).
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan.
Menurut beliau, keperluan tersebut menjadi lebih tinggi terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 tidak mencukupi melainkan pesara bebas daripada hutang atau mempunyai sumber simpanan lain. Dan kos perbelanjaan ini tidak termasuk ancaman inflasi juga isu kesihatan!
Ini belum lagi citer bila dah bersara, rumah belum habis bayar. Kerap akak ingatkan bahawa rumah yang kita tinggal bersama keluarga bukanlah asset tapi liabiliti. Maka, kenapa perlu tinggal di rumah yang memakan kadar bayaran 30% melebihi gaji? Kenapa perlu renovate setiap tahun? Kenapa perlu ditukar langsir dan juga sofa bila tibanya musim raya? Akak faham agak sukar mahu menetapkan matlamat. Maka, akak cuba lakukan draft kasar beberapa matlamat yang anda mungkin mahu lakukan bagi setiap peringkat umur. Yang baru 20-an, untung lah kerana anda masih punya banyak masa. Namun yang dah “veteran” cam umur akak ni, kita belum terlambat juga. Apa lagi! Lakukan saja pecut kewangan secara drastic!
UMUR 20-AN 1. Jangan follow trend hipster 2. Bina pendapatan kecil-kecilan 3. Belajar menabung 15% – 60% 4. Cari ilmu kewangan dan belajar 5. Baca buku, hadiri seminar, cari guru 6. Mulakan tabung bersara seawal usia 7.Tanamkan mindset untuk bersara selesa
Ads
UMUR 30-AN 1.Beli takaful perubatan 2. Mulakan pelaburan secara agresif 3. Carilah peluang menjana pendapatan pasif 4.Pastikan dana kecemasan cukup enam bulan gaji 5. Kenali potensi saham dan laburkan wang lebihan 6 Bina dana pendidikan anak-anak melalui instrument pelaburan 7 Sementara muda, lakukan dua kerja dan saving semaksimum angka
UMUR 40-AN 1. Lindungi asset daripada inflasi 2 Elakkan liabiliti jangka panjang 3 Fokus 100% kepada tabung persaraan 4 Menabung, menabung dan menabung 5 Slow down dan tuai hasil pendapatan pasif 6. Elak acah-acah tambah isteri dengan alasan “life begin at 40”
UMUR 50-AN DAN 60-AN 1. Selesaikan segala hutang piutang 2 Berhenti libatkan diri dalam pelaburan berisiko tinggi 3 Fokus untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda 4 Berbincanglah dengan pasangan urusan pembahagian harta 5 Tingkatkan nilai rohani serta kasih sayang terhadap keluarga 6 Tenang-tenang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
Lain padang lain belalang. Jika anda baca “catatan pelabur bilis yang rojak” anda faham mengapa akak tidak mahu menunggu hingga 55-60 tahun untuk bersara. Akak ingin memiliki kemampuan bersara di usia 45 tahun. Tak bersara betul-betul pun tak apa. Janji miliki kemampuan memilih untuk terus bekerja atau bersara muda secara selesa
Ads
kak juga tuliskan matlamat mengikut usia jika anda ingin bersara muda. Manalah tahu, jika anda mahu bersara seawal 40 atau 45 tahun juga.
Silalah baca tulisan level cakar ayam akak tu. Akak cadangkan anda tulis matlamat kewangan mengikut usia di kertas yang besar dan lekatkan di dalam bilik. Setiap hari baca dan set kan strategi kewangan anda. Biar membara semangat untuk bersara muda dan selesa.
Oh ya! Macam yang akak selalu cakap, kalau nak berbahas selamanya tak akan habis. Ini cumalah cadangan secara general. Akak yakin anda akan sesuaikan ikut keperluan dan kemampuan anda.
Ambillah yang sesuai tinggalkan yang tidak sesuai. Ceduk idea dan binalah acuan mengikut impian anda sendiri. Pejam mata dan tanya diri. Anda MAHU BERSARA UMUR BERAPA? Maka, ambil lah tindakan segera! Semoga bermanfaat!
Sumber: Marlia Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat pautan di laman instagramnya, nampak betapa penyanyi, Siti Sarah seorang ibu yang tegas. Malah, empunya diri mengakui sangat ‘strict’ dalam mendidik anak-anaknya.
Manakala Shuib pula lebih cool namun kedua-duanya setuju menggunakan pendekatan sedemikian. Pendekatan mendenda bila anak-anak buat salah adalah satu cara perlu dan memang dipraktikkan oleh Sarah.
“Saya menggunakan pendekatan denda baca zikir itu sebenarnya ilham dari sekolah anak saya. Waktu itu, anak saya balik dan bercerita ada ustaz denda baca zikir. Jadi, saya terfikir apa salahnya kalau praktik benda yang sama di rumah.
“Dengan keadaan sekarang ini yang cukup besar cabarannya, memang patut aada peraturan untuk. Sebagai ibu bapa kena bertindak sewajarnya dan jika anak buat salah kena hukum. Biar mereka menangis sekarang dari kemudian hari.
“Pernah sebelum ini saya mendenda anak dan menghukum tapi dia masih buat kesalahan yang sama. Jadi saya letakkan di luar rumah. Dia menangis dan saya yang berada dalam rumah yang terasa ‘sakit’. Tapi demi nak mengajar dia, jadi saya tidak beralah.
“Saya kuatkan hati dan beroa moga Allah pinjamkan kekuatan untuk saya terus bertahan dan tidak lemah dengan tangisan anak. Bukan bermakna saya kejam tapi itu adalah untuk mendidik dia dan supaya dia faham dan tak buat salah yang sama lagi.
“Sementelah budak-budak sekarang sangat bijak. Tapi bukan bermakna mereka tak boleh bermanja. Kalau orang kenal saya, mereka tahu saya sangat penyayang tapi sangat tegas.
“Shuib pula jadi orang kedua yang bila saya dah tak boleh buat apa-apa dia akan datang untuk ‘buat sesuatu’. Anak-anak juga berbeza karekter, yang sulung memang pemalu, yang kedua pula biasa sahaja Cuma yang ketiga sangat mesra orangnya.
Pernah ‘hilang suara’ setiap kali lepas bersalin membuatka Sarah memilih untuk berehat seketika daripada menambah bilangan anak.
“waktu anak sulung tak ketara sangat, yang kedua memang sangat ketara dan yang ketiga hilang tapi Alhamdulillah dapat balik. Lagipun sekarang saya kembali menyanyi dan ada bisnes, jadi biarlah tumpu pada kerjaya terlebih dahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mangga epal ini tidak dinafikan menjadi antara pilihan mangga yang begitu enak dimakan ketika masih muda.
Rasanya yang tidak terlalu masam dan rangup bila digigit memang boleh buat kecur air liur jadinya. Bahkan lagi menyelerakan jika dimakan begitu sahaja bersama kicap, cili padi dan gula.
Namun andai pokok mangga epal berbuah lebat, tidak mampu pula hendak dimakan sekali gus buah yang ada. Jika dibiarkan begitu sahaja, sayang pula buahnya akan masak dan jatuh ke tanah.
Jadi apa kata anda buatkan jeruk mangga epal yang rangup rasanya tanpa menggunakan bahan pengawet seperti yang dikongsikan oleh Rosnah Harun.
Jeruk mangga epal yang rangup krup2..
20 biji mangga epal kait kat pokok je saya tanam sendiri
1 senduk garam
1.5kg gula
2 sudu air kapur
1 sudu cuka
1. Rendam mangga dengan garam 1 malam letak dalam peti ais dan toskan air.
2. Rendam pula dengan air kapur dalam 6 jam dan toskan.
3. Masak air gula dan sejukkan.
4. Rendam mangga dengan air gula dan cuka letak dalam peti ais semalaman.
5. Esoknya dah boleh makan
Sumber : Rosnah Harun via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkenalan singkat pasangan ini akhiirnya menyatukan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Dengan sekali lafaz pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq, 26, dan pilihan hatinya, anggota polis bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff, 31 sah bergelar pasangan suami isteri di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah
Pasangan sama padan sama cantik ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah kira kira jam 9 pagi tadi disaksikan 18 orang tetamu.
Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.
“Alhamdulillah biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini.
“Cuma selepas mengikat pertunangan sekitar awal Mac lalu, kami sepatutnya merancang pernikahan Ogos lalu. Tapi banyak benda yang tergendala rentetan Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya.
“Akhirnya dianjak ke bulan ini. Semoga fasa baru kami ini akan terus membahagiakan. InsyaAllah, “ kata
pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu.
Raja Afiq atau nama penuhnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali berkenalan dengan isterinya yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia menerusi instagram.
“Isteri seorang yang memahami, lemah lembut dan baik. Pendek kata saya menyenanginya,” katanya.
Sementara itu, Soffwany berkata, Afiq, seorang yang sangat memahami kepadatan jadual kerjanya membuatkannya jatuh hati dan selesa.
“Sikap Afiq ‘sweet’, selalu mengambil berat dan tidak terlalu memberi tekanan kerana saya sentiasa sibuk dengan tugasan,” katanya ketika ditemui usai majlis nikah mereka ketika diraikan di sebuah dewan di Plaza Jelutong.
Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada 20 September depan. Ditanya mengenai anak, kedua-dua mereka mengakui tidak merancang dan menerima rezeki Tuhan bila bila masa. Dalam pada itu, pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding pada Januari depan sama ada di KL atau Ipoh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.