Sebagai orang lama dalam bidang seni, Datuk Aznil Hj Nawawi dilihat seorang yang cukup berhemah dan bukan jenis yang mudah melenting.
Tidak hairanlah jika membaca setiap statusnya di laman instagramnya, jarang atau sukar ada yang memberikan komen berunsur negatif atau dengan kata-kata kasar.
“Kalau yang singgah di instgram saya, mesti dengan gaya bahasa yang hormat dan baik. Alhamdulillah memang tak de yang negatif. Kalau ada sekali pun saya akan tegur dengan baik dan mereka reply balik sambil meminta maaf. Tetapi setahu saya tiada.
‘Dibandingkan instafemes yang lain, memang takut baca tulisan dan komen dari netizen. Sangat menakutkan tak dapat dibayangkan jika anak saya membaca komen sedemikian. Beribu-ribu yang instafemes terpaksa padam komen negatif. Tetapi saya syukur kerana tidak mengalami situasi sedemikian.
“Walaupun anak bongsu saya ini mempunyai instagram tapi saya yang pantau termasuklah posting dan juga approve. Lagipun anak saya hanya pegang telefon pada hujung minggu sahaja,” ujar Pak Nil sambil mengakui anak bongsunya cukup manja dengan kakak dan abangnya.
Ads
Ditanya mengenai pembabitannya sebagai duta bagi Festival Lola Baba, akui bapa tiga anak inilah pertama kali dia menerima tawaran untuk sebuah festival.
“Jujurnya ini adalah julung kalinya saya bersetuju menjadi duta bagi sebuah festival walaupun sebelum ini pernah beberapa kali tawaran diberikan.
“Saya bersetuju kerana sejak dulu lagi saya dan kanak-kanak mempunyai ‘chemistry’ dan serasi dan golongan ini sentiasa berada dekat di hati saya. Ini juga satu festival yang bukan sahaja untuk kaum Melayu bahkan termasuk kaum India dan juga Cina. kehadiran saya dapat memberikan ‘wajah’ kepada festival ini.
“Tambah istimewa, anak bongsu saya juga terlibat sama pada acara ini walaupun pada awalnya saya tidak tahu penganjur melantiknya sebagai presiden Kelab Kanak-Kanak Lola Baba.
Ads
“Sebagai presiden, anak saya adalah sebagai contoh kepada kanak-kanak lain seperti berani untuk naik pentas, bercakap dan beri pendapat.
“Tetapi itulah kadang-kadang anak-anak kita berani tetapi cara kasar dan kena ada susila dan sopan. Malah anak saya ini jenis yang tahu apa pakaian yang sesuai untuk majlis baik formal atau biasa.
“Saya selalu beri tunjuk ajar selain dia belajar dari pemerhatiannya. ,” ujarnya sambil memberitahu Festival itu akan diadakan pada 26 hingga 28 Oktober depan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Ads
Tidak sekadar menjadi duta, Pak Nil juga akan berada di booth selama tiga hari bagi sama-sama memeriahkan festival.
“Saya memang suka benda-benda berkaitan pelajaran dan ilmu agama dan itu semua boleh diperoleh melalui festival ini selain makanan, pakaian dan sebagainya. Itu sebab saya mahu anak-anak datang ke sini untuk enjoy dan dalam masa yang sama saya mahu mereka timba pengalaman dan benda baru di sini.
“Saya juga terbabit dengan program Lalak Land yang mana kanak-kanak boleh menunjukkan bakat mereka di pentas. Ini adalah platform yang cukup sesuai untuk anak-anak tonjolkan diri dan sekali gus membantu festival ini berjaya pada masa akan datang. Ini adalah pengalaman yang cukup luar biasa untuk anak-anak peroleh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waktu minum petang bersama keluarga menjadi antara masa santai yang boleh dimanfaatkan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.
Untuk lebih istimewa, ada baiknya kita sebagai ibu sediakan menu istimewa seperti yang dikongsikan oleh Farah ini.
CHEESEKUT SEDAP
Bahan-bahan:
1 pek biskut Hupseng Deluxe Cracker
1/2 tin susu pekat
250g cream cheese
4 sudu besar susu segar/ fresh milk
susu segar untuk celup biskut
milo atau nestum untuk tabur
*sudu besar = sudu makan
Cara-cara:
1. Masukkan susu pekat, cream cheese dan susu segar ke dalam mixer. Mix sampai sebati. Farah malas nak guna mixer, guna blender je. Dah dari dulu guna blender buat cheesekut. Terpulang pada korang masing-masing.
2. Sediakan bekas yang sesuai.
3. Ambil sedikit campuran cream cheese tadi, buat satu lapisan nipis di dalam bekas.
4. Ambil biskut hupseng, celup sebentar di dalam susu segar dam lapiskan di atas cream cheese sehingga siap satu lapisan.
5. Tambah lagi satu lapisan nipis cream cheese diatas lapisan biskut.
6. Ulang sehingga campuran creamcheese yang tinggal cukup untuk menutupi permukaan paling atas.
7. Tuang lebihan cream cheese di lapisan paling atas.
8. Tabur topping yang korang suka.
9. Simpan dalam peti ais semalaman.
10. Potong kecil-kecil untuk makan.
Ha, senang je kan?
sumber: farah sanusi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengumpul tabungan mengikut jenis warna duit mungkin sudah terbiasa bagi kita. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Berbeza dengan Hani Mynis yang menyediakan sebuah tabung cukup kreatif, mengikut caranya sendiri. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya ni memang unik. Nak tahu tabung jenis apa ni, jom baca.
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak
tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri
campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri,
suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye ??
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya
tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hani Mynis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian perjalanan yang ditempuh dalam memenuhi keinginan untuk menjadi tetamu Allah oleh wanita ini, penuh dengan ranjaunya. ianya bolehlah dibaca untuk dijadikan inspirasi buat keluarga kita agar tidak pernah berputus asa menanam niat agar suatu hari nanti tiba juga giliran kita menjadi tetamu Allah dibumi barakah. Jom semak perkongsian ini.
Menjadi tetamu Allah tanpa diduga.
Saya berfikir panjang mahu menulis hal yang satu ini, khuatir riak pula, tetapi mungkin boleh memberi inspirasi kepada orang lain jangan ragu-ragu pada Allah, doa dan doalah.
Cerita tentang keinginan untuk pergi umrah ni sebenarnya dah lama, tetapi mungkin pada awalnya sekadar teringin sahaja, tidak sungguh-sungguh dihati.
Tahun 2012-2014 tahun saya sangat aktif menulis skrip drama TV, Alhamdulillah, duit hasil penulisan saya dapat kumpul puluh ribu ketika itu, tetapi sebab belum sungguh-sungguh niat ke Mekah tu saya memilih menyelesaikan beberapa hutang besar ketika itu, dan tinggalkan sedikit sebagai simpanan.
Tahun 2015, keinginan menunaikan umrah tu muncul balik, tetapi ketika itu suami pula tidak dapat cuti panjang, nak jadi mahram. kami tangguhkan. Kemudian ada perkara mendesak, duit simpanan digunakan dahulu, akibatnya tangguh lagi niat, bila duit bahagian saya cukup, bahagian suami pula tidak cukup, bila cukup kedua-dua simpanan kami, pasang niat nak pergi, tapi kesian mak pula, dia pun teringin nak ke Mekah.
Jadi kami tangguh lagi, usahakan kumpul duit bahagian emak pula sekitar tahun 2016-2017.Ketika ini kalau kawan FB saya perasan, saya selalu sahaja menulis keinginan nak ke Mekah, masa ni sudah wujud keikhlasan sungguh, jujur teringin sangat nak ke umrah, setiap kali para sahabat, saudara mara ke Mekah, saya tidak malu dan segan, titipkan doa, tolong la doakan saya dijemput Allah juga.
Dalam usaha mencukupkan bahagian emak, kami diuji lagi, awal tahun lepas, 2018, suami saya berhenti kerja kerana hal dalaman pejabat. Bermulalah perjalanan dia sebagai YB (Yang Bersara). Ketika ini segala saving yang kami kumpul mulai susut sehinggalah impian untuk menunaikan umrah kami tak nampak sinar, saya ikhlaskan hati niat membantu suami, sambil yakin dalam hati, "Allah akan ganti lebih baik nanti,". Dalam masa yang sama, saya teruskan asingkan simpanan untuk tabungan Mekah emak juga.
Walaupun kami tidak mampu ketika ini, saya terus berdoa setiap pagi, jarak jauh dari rumah ke pejabat setiap hari saya gunakan untuk berdoa, berzikir dan merintih "Ya Allah, jemputlah kami jadi tetamuMu, berkali-kali sedekah Al-Fatihah setiap pagi kepada Rasululah s.a.w sambil memohon "Ya Rasulullah, sampaikan hasrat kami kepada Allah, kami ingin menjadi tetamu Allah, kami mahu ziarah ke makamMu Ya Rasullullah." Setiap hari tanpa gagal saya berdoa juga walaupun kami tahap tidak mampu dari segi kewangan ketika ini. Bak kata orang mustahil nak pi umrah dengan tidak cukup duit..
Tetapi benarlah bagai dikata, "Menjadi tetamu Allah ni, bukan saja-saja, bila tiba waktunya Allah akan jemput pelbagai cara, tanpa diduga".
Suatu pagi, seorang sahabat lama kami, kenalan berbelas tahun, yang rapat suatu ketika dahulu, yang sudah lama kami tidak berhubung, adalah sesekali adalah bertanya khabar.
Sahabat ini memang ikuti kerja-kerja amal saya dan suami, dia juga salah seorang penyumbang wang saku PINK SQUAD. Suatu pagi subuh, bulan March 2019, dia wassap, saya masih ingat, saya baru sahaja selesai solat subuh, sahabat ini tanya saya, samaada saya dan Mior sudah buat umrah,saya jawab, belum ada rezeki lagi, dia balas, "saya niat nak bayarkan utk hang dan mior menunaikan umrah, ni hasrat saya" saya tergamam, terus sujud syukur sambil menangis sungguh-sungguh kerdil sungguh masa ini rasa. Allahu dok rasa masa ni "Allah dengar rintihan aku rupanya.. Allah dengar rupanya.. Allah dengar.. Kau dengar doa aku Ya Allah".
Tetapi ketika itu, husband kata, kita pergi selepas dia boleh keluarkan duit EPF la, husband memang berjanji, bila ada dia ada duitnya nanti, dia bayarkan kos umrah kami, tetapi Allah dah hantar rezeki bahagian kami berdua melalui orang lain, lalu husband cakap, rezeki anak-anak la. Kita bawa anak-anak, duit bahagian kita tu gunakan untuk mereka.
Disebabkan Alesya nak UPKK ketika itu, kami tangguhkan sehingga dia selesai UPKK dan selesai peperiksaan akhir sekolah, dan tunggu juga penempatan Najmi ke IPTA, baru boleh plan tarikh. Rezeki lagi, kami daftar umrah dan bayarr deposit semasa Karnival Haji dan Umrah di sebuah masjid di Shah Alam, dan kami dapat cabutan bertuah, diskaun RM500. Masa ini terfikir, benar Allah nak jemput kali ini. Alhamdulillah.
Maka rezekilah kami berangkat pada 7 November 2019. Itulah jemputan dari Allah, siapa sangka, ketika kami cukup duit, mampu pergi, tetapi ada sahaja halanganNya, mungkin belum cukup kesungguhan nak pergi. Ketika kami tidak mampu dari segi kewangan, tetapi hati meronta-ronta nak pergi, terlalu ingin tak tahu nak cakap macam mana rasanya keinginan itu. Ketika inilah saat yang tepat, Allah benar-benar jemput kami menjadi tetamuNya.
Jadi, apa yang nak saya ceritakan di sini, Allah tahu apa yang terbaik buat kita, saat yang tepat, dan tiba waktunya DIA jemput. Sebagai hambaNya, jangan ragu padaNya. terus sahaja meminta, merintih, merayu, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Jika dulu mulut sebut, teringin nak pi Mekah, tetapi hati belum tentu sama dengan lafaz mulut. Jadi Dia tangguhkan. DIA tahu.. DIA tahu apa dalam hati kita.
Bila saat, kau benar-benar terbit dalam hati keinginan meronta, hinggakan bila dengar sahabat nak ke Mekah terus berdoa "Ya Allah, sahabatku si polan akan menunaikan umrah, Ya Allah, kau jemputlah aku juga, jemputlah ya Allah, aku tahu aku banyak dosa, aku mohon Kau berilah keampunan pada ku, aku merayu padaMu, aku ingin jadi tetamuMu," Dan iya, tiba saatnya Allah pasti jemput.
Dan kerana itulah sebelum saya berangkat ke Mekah, saya war-warkan di sini kalau ada sesiapa yang mahu menitipkan doa, saya usahakan kumpul, print dan bacakan. Tahu tak? ada 18 helai kertas A4 doa kiriman kawan-kawan saya kumpulkan, dan 18 helai depan belakang tau.. kalau jumlah muka surat, 36ms semuanya, belum termasuk yang belum sempat saya compile dan print, dalam wassap yang sy starkan, pm FB.
Saya usahakan baca kerana amanah, ia hasrat, sebolehnya saya bacakan, tanpa tertinggal satu pun, mana doanya yang saya rasakan perlu, kerana ada harapan sahabat ini saya rasakan Allah jua penyelesai masalah beliau, Allah jua Maha penyembuh, doa begini, saya tandakan, bila kelapangan saya ulang baca. Kenapa saya beriya buat begitu? ye lah, orang lain pun pergi umrah, tetapi tidak pula sampai buat pengumuman siapa nak kirim doa kan?
Tidak! bukan niat saya nak menunjuk, tetapi saya nak manfaatnya sebaiknya peluang dan ruang yang Allah beri ini, saya rasa bukan hak saya seorang rezeki ini, saya kena berkongsi dengan sahabat yang sentiasa menyokong saya. Rezeki di jemput Allah ini pun, asbab terdetik hati sahabat yang biaya kami kerana melihat usaha-usaha kecil kami menunaikan amanah sedekah jariah para sabahat FB.
Tanpa sedekah jariah sahabat FB kami tidak mungkin melakukan pelbagai kerja amal, sehingga mungkinlah usaha yang kecil ini dipandang jua oleh Allah, maka itulah sebabnya saya kumpul doa kiriman kawan-kawan dan saya berikan sedikit masa bacakan segala doa ketika betul di depan Kaabah, usai menunaikan solat taubat, solat hajat. Setiap kali lepas solat berjemaah, bila ruang hadapan kaabah lengang, saya usahakan duduk di satu sudut bacakan doakan sedikit demi sedikit. dua hari jugalah selesai semua doa.
Itulah ceritanya, terima kasih kerana membaca panjang berjela.. Semoga kalian juga menjadi tetamuNya. Buat sahabat kami yang biayai umrah kami suami isteri, moga syurga itu adalah tempatmu kelak.
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.