“Kalau Nak Saya Boleh Masakkan” Mengidam Mi Rebus, Fasha Sandha Kongsi Arwah Abam Bocey Sempat Tunaikan Permintaannya!

Share

Berita kepulangan Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan ke Rahmatullah awal pagi tadi benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Rata-rata meluahkan rasa sedih baik peminat mahupun selebriti seakan-akan tidak percaya dengan berita tersebut. Namun, ajal maut semuanya di tangan Tuan. Tiada siapa yang mampu menolaknya.


Sebentar tadi, pelakon terkenal Fasha Sandha berkongsi kesedihan dengan berita tersebut. Pelakon yang sedang hamil memberitahu arwah sebelum ini pernah memasakkannya mi rebus kerana dia mengidamkan makanan tersebut.

Allahuakbar,
Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.


Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar.

Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin…

Sumber: IG fashasandha