Anak adalah harapan buat ibu bapa. Sudah tentu risau apabila melihat anak tidak mendengar kata.
Bimbang nanti akan menjejaskan kehidupan dan masa depan anak. Jadi sudah tentu ibu bapa akan mencari tips atau petua supaya anak menjadi seorang yang baik dan patuh.
Bagi puan Huda Buyong, mengamalkan doa dan amalam inidapat membantunya menjadikan anaknya seorang yang mendengar kata. Malah, mengakui keberkesanannya amalan itu.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Assalamualaikum semua.. Saya nak kongsikan cara lembutkan hati anak. InsyaAllah dengar kata. Cuba puan amalkan yang no 4 tu.
Ads
Waktu anak buka mata aktif dan kurang dengar kan apa yang ibu bapa ckp atau bagi arahan, hanya waktu dia tidur saja yang dia duk diam . Waktu dia duk diam, time tido lah kita amik peluang bagi pesan kat dia atau cakap-cakap dengan dia
Saya amalkan 2, 3 tahun lepas lagi. Alhamdulillah berkesan pada anak saya. Semua tu kita tawakkal pada Allah. Kita hanya usaha , selepas tu tawakkal la pada Allah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Laksam antara menu yang menjadi kegemaran ramai tetapi nak buatnya itu agak sukar. Usah bimbang, ibu-ibu boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh AnneWife Aizudin yang cukup mudah dan tidak melekat. Kena baca baca perkongsian ni.
ada ka yang tak tdoq lg time ni??pukul 2.10 pagi dah ni..cheq jadi burung antoo dok kukuih isi laksam ,jenoh nk bg abih tepong skilo..nasib lh mudah,x lekat.. SYARAT DIA,KNA PKAI PINGGAN PLASTIK(BPA) SAPU SIKIT MINYAK???
RESEPI ISI LAKSAM
1kg tepong beras cap 3 ekoq gajah*
2 cawan tepong gandum*
2camca tepong ubi*
1sudu teh garam*
5 camca minyak*
10 cawan air biasa*
5 cawan air panas
SAMBAL cili merah cili padi garam belachan **tumbuk **
ULAM daun serai kayu”klo xdak pkai ja daun kesom” timun”ambik kulit ja” kobis kacang panjang bunga kantan limau **hiris nipis2 semua ulam..tabur atas bila nk mkn..**
Lumrah wanita pertama kali bergelar ibu memang sukar meninggalkan anak untuk kembali bekerja selepas melahirkan.
Bagi yang bekerja sendiri atau mempunyai masa kerja fleksibel tentu sahaja akan mengambil keputusan berehat panjang menguruskan anak sendiri.
Perasaan rindu pada anak apabila ibu kembali bekerja adalah perkara normal berlaku di kalangan para ibu terutama apabila sudah terlalu lama menghabiskan masa bersama anak sejak lahir.
Pengalaman tersebut turut dirasai oleh pelakon tinggi lampai berdarah kacukan, Zahirah Macwilson yang berkongsi perasaan tersebut di Instagramnya.
Pelakon drama Jangan Masuk Rumahku ini mengakui sudah dua setengah tahun tidak melakukan sebarang penggambaran drama atau filem sejak bergelar ibu.
Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson, 27, berkata dia tidak sabar untuk pulang ke rumah setiap kali selesai melakukan tugasan penggambaran di luar.
“Saya suka berlakon, tapi sejak bergelar seorang ibu, ia sedikit sukar untuk saya melakukannya (kembali berlakon).
“Namun begitu, akhirnya selepas dua setengah tahun, saya kembali semula berlakon drama bersiri.
“Setiap hari saya berada di set, sangat rindukan Isaac saya.
“Perkara yang paling saya tunggu-tunggu setiap hari ialah bila dia datang berlari ke arah saya sambil menjerit ‘mummy’ setiap kali saya balik bekerja,” tulisnya.
Anak kesayangan pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya menjadi kesayangan ahli keluarga.
Isaac yang sudah berusia 19 bulan merupakan anak yang lincah, bijak dan menghiburkan.
Dalam banyak video gelagat Isaac yang sering dikongsi oleh Zahirah membuktikan betapa si comel ini dibesarkan dengan penuh limpahan kasih sayang daripada kedua mummy daddy serta atuk nenek kedua belah pihak.
Justeru tidak hairanlah Isaac membesar aktif dan bijak. Patutlah mummy dia teringat-ingat dan merindukan Isaac setiap kali berjauhan untuk keluar bekerja.
Apatah lagi Zahirah langsung tidak pernah berjauhan dengan Isaac sejak hari pertama melahirkan buah hatinya itu lagi.
Untuk info, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, 33, pada 20 Februari 2020 dan mereka dikurniakan anak sulung Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Terkini, Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.
“Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu,” katanya.
Jawatankuasa itu diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan dianggotai pakar bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.
Beliau berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
Wan Junaidi berkata, kajian lanjut itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan.
Beliau berkata, tindakan itu adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip kekadaran dan keperlembagaan mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.
Kerajaan juga katanya akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur prapenghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman dan pembangunan Garis Panduan Penghukuman.
Turut akan dikaji ialah penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan dan pelaksanaan hukuman berdasarkan prinsip keadilan restoratif.
“Keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan kerajaan memastikan hak semua pihak terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen diberikan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasilan laporan kajian berkenaan yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif.
INFO ‘MANDATORI’
Sekadar info, ‘mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh mahkamah tidak boleh terlepas dari tali gantung. Di mana pada masa itu tiada hukuman lain atau alternatif jika disabit bersalah.
Seperti yang dijelaskan oleh seorang pengguna Twitter mengenai ‘hukuman mati mandatori’ ini bermaksud pesalah dalam kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman selain hukuman gantung sampai mati.
Misalnya, suspek boleh didakwa hukuman penjara seumur hidup ataupun penjara sepanjang hayat, mengikut kepada budi bicara pihak mahkamah.
Bagaimanapun, hukuman gantung sampai mati masih kekal ada di Malaysia
TERKINI
Kerajaan bersetuju untuk mansuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori.
‘Mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh Mahkamah, dia tidak akan terlepas dari tali gantung. Tiada hukuman lain atau alternatif jika bersalah.