Asyik makan dan kurang bersenam antara punya periut menjadi buncit. Tentu ramai yang ingin mencari solusi untuk mengatasi masalah ini.
Perkongsian oleh Zana Mokhtar boleh jadikan panduan bagi yang mencuba petua untuk kurus dan kempiskan perut.
Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni . Tapi kena konsisten setiap hari la ye.
In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.
Bahan bahan dia tak ada la susah mana nak sediakan . Janji cukup bahan.
1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau. 1 inci halia di slice nipis nipis. Madu ( ikut suka)
Cara dia kan macam gini:
1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye. 2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye. 3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum. 4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan. 4. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah .
Ads
Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau. Moga petua ni dapat manfaat kengkawan lain yang nak kurus tu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Ads
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Caption yang lucu! Siapa yang tak kenal dengan pelakon, deejay dan pelawak, Sharifah Shahirah atau Shiera yang sering menghiburkan dengan gelagat bersahajanya.
Terbaru, menerusi muat naik video di Instgram miliknya dia berkongsi ucapan hari pertama menghantar anaknya ke tadika.
Percakapannya yang sempoi itu membuatkan peminat terhibur dengan mengatakan dirinya yang sudah tua masih menghantar anak ke tadika sedangkan ibu yang lain masih kelihatan muda.
Ehhh mak yang paling tua kat sekolah..mak ko boleh jadi pengetua. Ada lagi anak sekolah tadika.
Pastu awal January dah masuk. Ni Kita baru antar. For the first time dey Dey sekolah.
Dia tak pernah sekolah langsung. Mak dia terlupa.. Sibuk ig review. Pakai beg pun beli susu percuma beg.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sehari dua sebelum Hari Raya biasanya di bahu jalan-jalan ada sahaja yang menjual lemang yang dibakar.
Sebagai pembeli kadang-kadang bingung juga untuk membuat pilihan, maklumlah setahun sekali peniaga tersebut menjual. Tidaklah diketahui rasa dan keenakan rasa lemang yang dimasak.
Pun begitu, menurut perkongsian pengusaha jualan lemang yang dikenali Lemang Cukup Tua berkongsi tips dan cara mengenal lemang yang bagus dan enak sebelum membeli agar tidak terkena lemang basi atau mentah.
Malah turut berkongsi cara untuk pastikan lemang yang dibeli dapat bertahan lebih lama. Untuk itu, jom baca perkongsiannya dan harap bermanfaat.
Tip Mengelak Dari Terkena Masa Beli Lemang
HAIHH lama tak post thread panjang2. Kali ni nak post tips nak membeli lemang. Untuk kawan2 dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai2 tepi jalan pilihan korang.So ada ilmu sikit2 ni tak salah kita share ramai2 kan?
1. Cari gerai lemang yang banyak kayu2 untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
2. Jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang2, sebab yg besar x semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang2. Errr… Paham dak ni?
3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang ,orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik2, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.
4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila2. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
5. Jangan dan jangan! Singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan2 semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai2 makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang ! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak2 santan yang mendidih dahterkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin2 sikit dan berlemak. Dappp uummhhh….
7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
8. Sebelum korang beli lemang,pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli2 sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak2 anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup. Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli.
*Sekian tips2 dari saya, pengalaman membakar dan menjual lemang 15 tahun.
Selamat Hari Raya dan Selamat Ber’PKPB’. Jangan rentas Negeri tauu…
Siapa yang tak kenal dengan Ebit Lew, sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengagumi akan cara dakwahnya selain membantu mereka yang memerlukan.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun Ebit Lew juga dipuji seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab. Beliau tidak kekok menunjukkan rasa sayang dan kasihnya pada sang isteri yang digelar Bidadari setiap kali memuat naik kisah isterinya.
Malah, setiap kali berkongsi cerita bersama isteri dan anak-anak, Ustaz Ebit Lew mendidik kita bahawa walaupun sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya, mereka yang di rumah jangan sesekali dilupakan, malah perlu diambil berat. “Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah. Bidadariku, kasihan sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah. Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. Semua senyum jer.
“I love you bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya. Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa, bila bidadari yang selalu berjuang dirumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur. Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini,” luah Ustaz Ebit Lew di Instagram miliknya.
Menurut Ebit Lew lagi, doa seorang wanita di rumah begitu mudah dimakbulkan Allah sejak dahulu lagi. “Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita dirumah ini ajaib. Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku.
“Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar. Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri,” pesan Ustaz Ebit.