Tular baru-baru ini isu jemaah yang menunaikan Umrah yang lolos tanpa divaksin benar-benar mengundang reaksi ramai.

Rata-rata mempersoalkan bagaimana mereka boleh terlepas, tak kurang yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab jemaah tersebut.

Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, yang juga suami pelakon Ummi Nazeera berkongsi pandangan mengenai isu berkenaan.

“Kalau Nak Ke Tanah Suci, Diri Pun Kenalah Suci. Kita Tipu Siapa Sebenarnya.”  Dr Izzar Kecewa Jemaah Umrah Tipu Status VaksinUjar bapa kepada dua cahaya mata itu, sekiranya dia  dijemput menunaikan umrah di Tanah Suci tentunya dia akan memastikan untuk mematuhi undang-undang negara dan Arab saudi.

Justeru, dia akan memastikan dirinya sudah lengkap divaksin. Barulah mengerjakan umrah dengan tenang dan selamat.

Kalau saya dapat pergi buat Umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi. Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi Vaksin C-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang2 lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.

“Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya? Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan C-19 dan meningococcal?

Ads

“Kalau Nak Ke Tanah Suci, Diri Pun Kenalah Suci. Kita Tipu Siapa Sebenarnya.”  Dr Izzar Kecewa Jemaah Umrah Tipu Status VaksinJelasnya lagi, untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, maka niat kena betul dan diri kita juga kena suci dari sebarang penipuan.

“Saya tak naklah macam tu. Dan saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa-apa unsur penipuan sebelum ke sana. Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya.

Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa-nyawa jemaah umrah lain juga. Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.

“Kalau Nak Ke Tanah Suci, Diri Pun Kenalah Suci. Kita Tipu Siapa Sebenarnya.”  Dr Izzar Kecewa Jemaah Umrah Tipu Status VaksinTegasnya lagi sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak ini boleh mengundang implikasi buruk di mata pihak berkuasa di sana.

Ads

“Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak/peluang jemaah-jemaah lain untuk menunaikan umrah/haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi. Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban Jemaah dari Malaysia disebabkan saya. Huhu

“Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letakla peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan. Aminn“Kalau Nak Ke Tanah Suci, Diri Pun Kenalah Suci. Kita Tipu Siapa Sebenarnya.”  Dr Izzar Kecewa Jemaah Umrah Tipu Status Vaksin

“Inilah karangan SPM saya bertajuk ‘jika saya menjadi salah seorang jemaah Umrah’. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. #drizzarshares

Sumber: Izzar

Ads

ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI