Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang kecur liur dibuatnya.
Bahkan bila hidangan ini ada di depan mata, bukan sepinggan nasi dijamah tetapi pasti makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, tidak semua antara kita ‘pakar’ menyediakan ulam jantung pisang agar terlihat putih bersih warnanya. Apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 6 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
[su_highlight background=”#dacfd5″ color=”#d01313″]Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam[/su_highlight]
- Minyak masak
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
- Jangan dibelah dua
Pastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
- Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
- Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
- Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
[su_highlight background=”#abb3a5″ color=”#d01313″]Khasiat Jantung Pisang [/su_highlight]
- Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
- Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
- Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
- Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.