
Alam rumah tangga tidak sama dengan ketika bercinta. Kena ada ‘give and take’ dan sama-sama bertoleransi. Ego yang membukit pasti akan menyebabkan ikatan pernikahan putus di tengah jalan.
Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, harus selidik dan berfikir sedalamnya, jangan buat keputusan melulu mengikut nafsu dan emosi.
Menurut Ustaz Kazim Elias, penceraian berlaku kerana mencari yang tidak betul.
Malah, ada antara pasangan yang apabila disuruh cari yang beragama , berakhlak, mengabaikan hal tersebut sebaliknya memandang pada sudut lain.
“Disuruh cari yang yang beragama tapi minat yang berirama sahaja. Disuruh cari yang berakhlak tapi tengok yang galak.
“Yang beragama sahaja tidak cukup dan bukan semestinya ustaz, tok imam atau doktor. Tapi mungkin dia cikgu sekolah, pemandu teksi, siapa pun ambil lah janji dia mempunyai agama dan melaksanakan agama.
“Tetapi agama sahaja tak cukup, Nabi tambah lagi satu iaitu akhlak. Carilah yang berakhlak, jangan cari yang panas baran dan kedekut. Carilah yang beragama dan berakhlak, anda mampu mengubahnya,” ujar Ustaz Kazim Elias dalam satu rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro.
Sumber: FB The Rohani
Plan Kolam Ikan Bertukar, Suami Ni Buat Kejutan Hadiahkan Dapur Idaman Isteri Dengan Simpanan Hasil PKP. Sweet!

Suami buat kejuan dengan mengubah suai dapur seperti idaman sang isteri. Memang betul-betul kejutan dibaginya kat orang rumah. Sweet sangat kan suami wanita ni.
Inilah yang dikongsikan sendiri oleh saudara Arif Osman kepada admin Majalah Keluarga baru-baru ini.
Sebelum pkp bermula..sy plan nak buat kolam ikan hiasan guna sedikit duit simpanan..tapi tak jadi sebab pkp bermula dan kontractor tak boleh bekerje..kemudian masa yg sama bank offer utk tak perlu buat bayaran ansuran rumah.
Hasil dari saving duit byaran rumah tu sy campur dgn duit saving yg ade nak buat kolam tu sy terpikir nak hadiahkan isteri dapur idaman dia sebab tgk modal pun mcm cukup.
hasil bincang dgn 2 contractor..maka sy setuju..satu kontractor buat pecah dapur asal..dan satu kontractor utk pasang kabinet. Di sebabkan pemilihan meterial dan design..hampir 3 bulan siap la dapur idaman wife.
Bertuah betul si isteri bila encik suami buat kejuitan begini. Pasti bertambah semangat isteri nak sediakan menu untuk seisi keluarga. Kalau admin pun teruja dengan dapur yang cukup menarik ni. Design simple tapi sweet.
Bersihkan Dapur Sampai Berkilat, Tak Gunakan Modal Banyak, Hanya Guna Bahan Ini Sahaja!

Setiap kali kita memasak pasti kita akan terus membersihkan dapur yang berkecah teruk. Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.
Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur
Isi Ikan Salmon Yang Berlemak Lagi Terangkat Kalau Diolah Menu Melayu, Rasanya Memang Wow!

Siapa penggemar ikan salmon tapi tahu akan rasa isinya yang berlemak. Memang sedap. Tak hanya sedap, malah ikan salmon ni memang tinggi khasiatnya.
Kalau nak tahu ikan salmon cukup tinggi kandungan protein. Malah lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Tak hanya disitu, Omega-3 dan DHA yang terdapat dalam ikan salmon juga baik untuk pelbagai masalah mata.
Memang untung bagi penggemar ikan salmon. Mana taknya, selain tinggi vitamin D yang membantu fungsi otak dan daya ingatan, kolegen semulajadi yang terdapat di dalamnya juga sangat membantu kulit lebih cantik. Sambil makan dengan berselera, kulit juga makin cantik.
Salmon sebagai menu panggang memang sudah terlalu biasa. Apa kata ubah selera dengan citarasa Melayu pula kali ini. Cuba empat resipi ini dihujung minggu ini. Memang terangkat!

1. SUP IKAN SALMON
Resipi ini dikongsikan oleh mamawandiha.blogspot.my di blognya. Memang nampak sangat mengiurkan dan paling penting sup salmon memang rasanya lain daripada yang lain. Lebih berlemak dan manis isinya. Hebat!
Bahan-bahan:
2 potong ikan salmon -ambil kepala
2 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh ketumbar -ganti dengan 1 sudu kecil rempah sup
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 inci halia diketuk
2 asam keping
1 biji kentang dipotong dadu
1 kiub ayam
Sedikit daun saderi
3 cawan air atau secukupnya
1. Tumis bawang, bunga cengkih, lawang, kayu manis, ketumbar & halia hingga naik bau.
2. Masukkan ikan salmon & goreng sebentar. Kemudian masukkan air, bancuhan rempah, kentang, serbuk lada hitam dan asam keping.
3. Masak hingga kentang empuk dan perasakan dengan garam dan kiub ayam.
4. Hidangkan bersama daun saderi dan angkat.

2. KARI SALMON TANPA SANTAN
wow! Kari Salmon memang hebat rasanya. Rasa lemak isi ikan dengan gabungan rempah kari memang sedap. Resipi daripada blogger tersohor Mat Gebu di blog tiffinbiru.com memang hebat. Paling menarik sebab resipi ini diolah tanpa santan. Lebih sihat tetapi rasanya pun lebih ‘caw’. Jom cuba.
Bahan-bahan:
1 kepala ikan salmon (450gm berat)
10 batang bendi
1 biji tomato -dibelah 6
1 sudu teh pes asam jawa
1 1/2 sudu besar rempah hari ikan
1 inci lengkuas -diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
1 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Bahan Tumis:
3 biji bawang merah -hiris
1 ulas bawang putih -hiris
2 tangkai daun kari -dilurut
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan manis
25 biji halba
1. Bersihkan ikan salmon, perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan.
2. Sementara itu satukan rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
4. Tambahkan cili kisar dan lengkuas titik, masak hingga cili garing dan masukkan pes rempah, masak hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
5. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuangkan air (anggaran 3 cawan, atau secukupnya). Kacau rata dan biar mendidih.
6. Masukkan kiub ikan bilis dan ikan salmon tadi. Kacau perlahan dan masukkan bendi. Biarkan masak hingga bendi lembut.
7. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, biarkan masak sekejap dan angkat.

3. ASAM PEDAS SALMON
Asam pedas ikan tenggiri memang terangkat dan cukup klasik bagi orang Selatan. Namun bila menyebut Asam Pedas Salmon pasti kita terasa cukup istimewa. Macam mana rasanya Asam Pedas Salmon?
Andakenalah cuba dahulu resipi yang dikongsikan oleh pakar masak kita di website aziekitchen.com. Memang nampak menarik!
Bahan bahan:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
Belacan -sebesar ibu jari
1 bunga kantan dibelah
1 pelepah daun kari
Bendi – boleh celur berasingan, jika suka
1 sudu besar pes asam jawa adabi
Garam dan serbuk perasa
1. Bawang, halia dan belacan dikisar.
2. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan cili giling.
3. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.
4. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
5. Kemudian masukkan ikan dan asam jawa. Renihkan di atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa.
6. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya. Jika terlebih masam, masuk air. Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.

4. BERGEDIL SALMON
Salmon sebagai bergedil memang unik. Walaupun kecil tetapi kaya khasiatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Chef Jimmy Chok ini di blognya, hungrygowhere.my. Memamg nampak sedap. Sila cuba!
Bahan-bahan:
600g ikan salmon -direbus dan dicarikkan
1 sudu besar daun ketumbar -dicincang
1 sudu besar daun bawang -dipotong
2 biji kentang -direbus dan dilecekkan
3 cili hijau -dicincang
4 biji bawang merah kecil -dicincang
2 telur kuning
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
Tepung untuk menyalut
1. Campurkan semua ramuan, kecuali tepung, ke dalam mangkuk besar.
2. Bentukkan campuran ini menjadi pai-pai kecil.
3. Saluti setiap adunan dengan tepung dan goreng sehingga berwarna perang keemasan. Hidangkan panas.
Tip: Untuk rasa yang lebih sedap, masakkan ikan salmon dan kentang pada hari sebelumnya dan letakkan dalam peti sejuk.