Nanas sinonim dengan rasa masamnya sehingga ramai yang tidak menggemarinya. Namun begitu, tidak ramai yang tahu tentang nilai khasiat superb buah nanas ni. Nanas merupakan buah yang sering kita temui di pasar. Malah mudah didapati di semua tempat pada harga yang berpatutan.

Melalui perkongsian  Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, menjelaskan sebab kenapa harus setiap ahli keluarga menggemari buah nanas. Ikuti penjelasannya.


 

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok CikPuan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hanpir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Ads

Vitamin yang cantikkan kulit.

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Ads

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Vitamin anti stress

Ads

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link ni kalau nak join t.me/neuroversiti 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI