“Kalau Kita Tak Dapat Pasangan Yang Baik, Jangan Jadikan Alasan Untuk Tak Menjadi Yang Terbaik”. Luahan Suami Ini Begitu Deep!

Share

Kahwin bukanlah semudah yang anda sangkakan. Jika anda dan pasangan masih lagi kurang ilmu di dada, dalami ia dan bersedialah. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan harmoni. Sikap saling mempercayai perlu.

Begitulah perkongsian lelaki ini, Abu Hurairah Asifa

yang menjelaskan bahawa perkahwinannya adalah punya matlamat.

Saya berkahwin kerana saya nak jadi suami.

Bukan mahu apa dari isteri.

Kalau saya kahwin sebab nak semua dari isteri, saya akan jadi suami yang paling kecewa sekali.

Baju tak basuh bising.

Makanan takde marah.

Rumah bersepah resah gelisah.

Maka, saya masuk ke dalam rumahtangga bukan nak semua, tapi usahakan bagi semua.

Itulah tugas saya.

Apa yang saya terima dari isteri, saya anggap itu bonus.

Saya juga melalui sakit yang orang lain rasa.

Cuma bezanya saya belajar dan berusaha. Bukan melihat buta segala sikap dan perangai isteri, menyalahkannya setiap hari, dan bersangka buruk malam dan pagi.

Kalau kita tak dapat pasangan yang baik, jangan itu menjadi alasan untuk kita tak menjadi yang terbaik.

Andai benar kahwin kerana Tuhan, ujian di lalui dengan penuh percaya pada kebaikan Tuhan.

#sweeterapi