Dalam sesebuah rumah tangga, suami atau isteri sama-sama memainkan peranan. Lebih-lebih lagi di awal perkahwinan, anda tak punya apa-apa. Kehidupan berumah tangga penuh berliku dan serba kekurangan.
Ketika ini cabaran dan dugaan perlu dilalui bersama. Perkongsian saudara Firdaus Shakirin moga menjadi inpirasi dan panduan buat pasangan yang baru berkahwin dalam melayari alam rumah tangga.
Kalau kau kahwin dgn anak raja, anak menteri, anak tan sri, anak dato, anak org kaya… Maka, lepas kahwin kau cuci kaki ja masuk rumah dia… Tapi klu kau kahwin dgn org biasa, yg keje mkn gaji, keje sendiri atau berniaga, maka kau kena bersedia utk hidup susah dgn dia…
Ads
Bukan senang nk kumpul duit 20k, 30k dgn hanya berbekalkan pendapatan bulanan sebanyak 1000 sehingga 2000…nak bagi mak ayah, nak bayar sewa rumah, nak bayar ansuran kenderaan, nak bayar duit minyak, duit makan, duit top up… Baki baru menyimpan utk kahwin… Ada yg setahun bleh dpt 20k, ada yg 2 tahun, ada yg lebih… Bila dah cukup duit, habis 20k digunakan utk majlis…mungkin ada la skit baki 1k, 2k utk honeymoon…pastu kembali kepada pendapatan bulanan yg selalu dapat.
Tapi lepas kahwin, nak kena beli mesin basuh, peti ais, dapur, almari, meja makan, sofa, tv, katil, tilam dan lain-lain lagi…dah ada isteri, xkan nak bagi isteri tdo atas lantai… Susah diawal perkahwinan adalah normal… Jika anda berkahwin dgn org biasa, bukan org kenamaan, tdo atas toto, biasa…pakai almari kain, biasa…tgh bulan makan megi, biasa…basuh baju guna tgn, biasa…kira duit syiling sebelum gaji, biasa.
Ads
Sementara nk ada kelengkapan yg mencukupi, maka kena susah2 dahulu… Then satu persatu akan lengkap bila usia perkahwinan kita semakin berganjak tahun…cukup 5 tahun atau 10 tahun, dulunya moto ex5, sekarang dah berkereta…dulunya kereta myvi, sekarang dah mpv…dulunya kipas KDK, sekarang dah aircond Panasonic…dulunya tdo atas narita, sekarang dah tdo atas tilam ziana zain…
Ads
Dulunya menyewa, sekarang dah ada rumah sendiri… Perubahan yg mcm ni normal dlm alam rumahtangga org biasa…jgn takut jika anda masih di fasa tdo atas lantai dgn pasangan atau rumah masih kosong tanpa perabot…usahakanlah utk perbaiki pendapatan bulanan supaya kita boleh mengubah kehidupan rumahtangga kita…
Susah2 dahulu, senang2 kemudian… Nota kaki : Bila dah senang, jgn p umrah seorang diri….
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ditanya tentang alasan seseorang memelihara kucing tentu ada kisah dan ceritanya. Begitu juga dengan wanita ini yang pada mulanya tidak terfikir untuk memelihara kucing tapi selepas berkahwin, minat dan cintanya pada haiwan berbulu ini terdorong kuat oleh suaminya.
Kini minat dan cintanya turut terarah pada Si Bulus ini. Bukan sahaja sekadar suka-suka malah sanggup peruntukkan wang gajinya untuk pastikan haiwan peliharaannya serba serbi mencukupi.
Ikuti perkongsiannya.
Gambar 5 minit pertama
Bawak 6 ekor balik kg, ibarat bawak baby 6 orang, macam-macam ragam. Sampai lia terbaring kat seat belakang sebab semua nak duduk atas riba.
Setelah 5 minit berlalu
Semua dah kelam kabut nak duduk kat driver. @unclenaim drive sambil riba anak-anaknya. Hehe.. Hakikatnya lia bukan peminat kucing, tetapi semuanya berubah setelah mendirikan rumah tangga, disebabkan pasangan yang terlampau sukakan kucing.
Kalau dulu, pantang bau tahi kucing abis sekampung kecoh, sekarang hari-hari kutip tahi kucing. Hari-hari juga borak dengan kucing sebab tak ada sesiapa kat rumah, kucing sebagai peneman borak.
Selain pengalaman manis yang dilalui oleh Nor Filianie bersama kucing-kucing kesayangannya itu. Turut dikongsikan juga diakun fbnya tentang kos yang ditanggung untuk memelihara kucing bila ada yang sakit.
Ini perkongsiannya.
Sebabkan semua tak sihat dan kemurungan, terpaksalah bawa pergi vet.
Baby = demam + sakit telinga
Boboy = demam + sakit telinga + sakit mata
Bean= demam + kemurungan (jelly meninggal)
Terkejar-kejar sampai vet pukul 8:50 pm, pintu dah tutup. Dengan muka kesian minta juga buat rawatan. Sepatutnya klinik tutup pukul 9:00 pm. Tapi dia bagi masuk juga (doc sangkakan seekor, tapi turunkan 3 ekor).
Dalam hati, malam ini RM300 melayang kat vet ni, sebab biasanya vet mahal, selalu pergi kerajaan punya.Tapi bila tengok bil nak bayar RM150 lega serta merta, berpatutan sebab macam-macam ubat dia kasi.
Demi kucing kesayangan, terpaksa berhabis, Insyallah ada rezeki buat kucing-kucing ini. Dan pernah berkata, salah satu sebab nak kerja sebab maintenance kucing yang tinggi. Terpaksa cari duit untuk kebajikkan mereka terjamin.
Pengalaman setahun jagung bela kucing:
1. Makanan 16kg/ bulan (kucing dalam rumah RM300)
2. Makanan 16kg/ bulan (kucing luar rumah RM100)
3. Pasir 6pack/ bulan (RM100)
4. Suplimen (Shampoo, vitamin, ubat cacing RM60)
5. Ikan + ayam (RM100)
Itu anggaran kasar, belum masuk lagi sangkar dan kos perubatan. Pokai lah mak..Hampir RM700 sebulan? Biar betul. Baru hari ini kira-kira. Sebelum ini main beli saja. Patot laju poket kosong .
Bak kata suami, tuan kucing punya berjimat nak beli barang sendiri, kadang makan sendiri pon tak boleh lebih-lebih sebab nak beli makanan kucing. Cumanya saya percaya rezeki mereka sentiasa ada.
Saya baru belajar semua ini, kalau sebelum ini saya bukan penggemar kucing, setelah saya menyanyangi kucing, rezeki tidak pernah putus.
Ini semua perkongsiannya setahun yang lalu, dan hingga kini Nor Filianie masih terus memelihara kucing iaitu sebanyak 10 ekor kesemuanya dan empat daripadanya sedang bunting.
Ini bermakna akan bertambah lagi jumlah kucing peliharaannya. Diakui walaupun memerlukan banyak kos untuk menjaga kucing namun kepuasan dan keseronokkan membela kucing mengatasi segalanya.
Menurutnya lagi, “bela kucing memang murah rezeki, seronok, kadang boleh borak macam sembang dengan keluarga sendiri, bahasakan diri macam ibu dengan kucing.”– Nor Fillianie
sumber : Nor Filianie Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak-anak memang mencabar. Maklumlah, jika salah mendidik anak, akan memberik kesan kepada tingkah lakunya. Mulalah ada cakap-cakap, “mak ayah dia tak ajar ker”. Begitulah yang dikatakan, anak itu cerminan ibu bapa. Memang ibu bapa kena tahu cara yang betul untuk menegur anak supaya perangainya tidak keterlaluan terutama apabila sudah memasuki sekolah rendah.
Ikuti perkongsianTaufiq Razif di laman facebooknya bagaimana untuk menegur cara yang betul apabila anak berkelakuan tidak sopan.
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
Yang keterlaluan ni memang kena ditegur. Tak boleh dah guna alasan ” alahhh..biasa la budak budak “. Sebab tanpa teguran, perangai tak elok ni akan melekat dan menjadi ‘wiring otak’ yang kekal dan susah diubah.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil :
1. SUKA MASUK BILIK ORANG Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ).
Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT-BUAT TAK DENGAR Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya.
Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
5. ANAK TERLALU PEMENDAM Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
Tu la kenapa kalau anak menangis, jangan la duk tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
p/s : Saya suka juga kongsi ilmu didik anak di Telegram saya. klik je link ni untuk join ye ?t.me/NotaTaufiqRazif Ada dalam 118 ribu mak ayah juga dalam tu. Jom
Cinta hingga hujung nyawa, begitulah yang boleh digambarkan buat pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang 29 minit. Pun begitu, pemergian pasangan suami isteri ini meninggalkan kesedihan yang cukup berat untuk ditanggung oleh anak-anak, bilamana kedua orang tua yang amat dicintai ‘pergi’ kerana Covid-19.
Pastinya tiada apa yang mampu dilakukan oleh anak-anak melainkan terima dengan reda berita pemergian ibu dan bapa serentak pada hari yang sama, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro.
Berat untuk ditanggung namun itu hakikat perlu diterima pensyarah, Wan Su Emi Yusnita Wan Yusof, 39, dan empat adiknya apabila ibu, Aminah Yaakub, 59 serta bapa mereka, Wan Yusof Wan Abdullah, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 29 Julai lalu.
Wan Yusof menghembuskan nafas terakhir pada 8.32 pagi di Hospital Jelebu diikuti Aminah di Hospital Tampin, Negeri Sembilan jam 9.01 pagi dengan hanya 29 minit memisahkan ajal mereka berdua.
Jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berkongsi kisah memilukan itu, Wan Su Emi Yusnita yang menetap di Sungai Besi, di sini, berkata dia dan adik beradiknya sudah lama bersedia dengan kemungkinan bapanya akan meninggal dunia kerana penyakit kronik dialami namun terkejut apabila ibunya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kanan dipotong akibat diabetes turut dijemput Ilahi pada hari sama.
“Abah memang mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang akibat diabetes malah baru keluar daripada hospital pada 16 Julai lalu.
“Keesokan harinya (17 Julai), abah demam diikuti emak dan adik kedua, keempat serta bongsu.
“Melihat keadaan emak yang demam sehingga (badannya) menggigil, adik bawanya menjalani ujian saringan pada 20 Julai iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan disahkan positif keesokan harinya sebelum dimasukkan ke hospital hari sama.
“Sementara itu, abah pula dibawa menjalani ujian saringan pada 21 Julai, sah positif Covid-19 keesokannya (22 Julai) dan dimasukkan ke Hospital Jelebu pada 23 Julai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Wan Su Emi Yusnita, hanya dia dan adik ketiga, Wan Mohd Hanafiah, 33 saja yang berpeluang membuat pengecaman serta menatap jenazah ibu bapa mereka.
3 Adik Beradik Lain Positif Covid-19
Sementara itu, Wan Su Emi Yusnita berkata, tiga lagi adiknya iaitu Wan Nur Hashimah, 36; Wan Nur Ainshatun, 26 dan Wan Shafiqah Zaharah, 24, tidak dapat turut sama kerana masih menjalani kuarantin selepas positif Covid-19.
“Selepas dapat tahu emak meninggal dunia, saya hilang kata-kata dan bertambah terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abah yang rupanya pergi lebih awal.
“Mujurlah urusan pergerakan rentas negeri berjalan lancar dan saya uruskan pengecaman jenazah abah manakala adik lelaki membantu urusan emak di hospital.
“Adik yang lain pula tidak dapat bersama jadi hanya berpeluang melihat wajah jenazah emak dan abah menerusi panggilan video. Detik itu yang membuatkan kami semua sukar mengawal emosi termasuk saya,” katanya.
Wan Su Emi Yusnita berkata, perasaan sedih itu bertambah kerana dia tidak dapat memeluk dan mencium jenazah ibu bapanya buat kali terakhir.
Abah ‘Pergi’ Bersama Mak
Bagaimanapun, dia dan adik beradik cuba memujuk diri serta bersangka baik dengan ketentuan Allah.
“Abah sudah lama tenat sebenarnya tetapi Allah panjangkan umurnya dan takdirkan arwah pergi bersama emak.
“Sebagai anak, saya tentunya sedih apabila hilang kedua-duanya tetapi reda kerana memikirkan bagaimana keadaan emak seandainya abah yang pergi meninggalkannya memandangkan mereka berdua rapat walaupun sudah 40 tahun berkahwin.
“Rezeki arwah emak dan abah juga apabila pusara mereka bersebelahan satu sama lain malah ini bukti cinta mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.