”Kalau Isteri Terima Kau Waktu Tak Punya Apa, Jagalah Dia Elok-Elok Bro.” Pesanan Lelaki Ini Buat Semua Suami. Deep!

Share

Perkahwinan adalah satu ikatan dalam menyatukan dua hati. Apaibila keputusan sudah di ambil, langkah sudah seiring,  segala kelemahan dan kekurangan pasangan diterima seadanya.

Namun, disangka panas berpanjangan, rupanya gerimis di tengah hari. Hati manusia tak mampu ditebak apatah lagi dijangka. Ada masanya tergelincir dari ‘landasan sebenar. Itu yang menyebabkan berlaku isu suami berubah hati bila bertemu dengan orang lain

Segala susah senang dilalui bersama, namun dengan mudahnya mencari pengganti. Segala pengorbanan seolah-olah sia-sia. Ada benarnya juga kata-kata, isteri diuji bila suami tidak mempunyai apa-apa, suami diuji bila dia memiliki segalanya.

Coretan oleh Amir Syahir melalui laman facebook ini diharap dapat membuka mata para suami di luar sana, agar lebih menghargai isteri yang sanggup bersusah senang bersama anda.

Mungkin si isteri ada kelemahan namun jangan jadikan alasan. Jom baca perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.


“Abang. Sayang tak minta kemewahan. Tapi cukuplah Abang sentiasa bahagiakan Sayang, setia dan jujur. Sayang cuma nak Abang jaga keluarga kita dan mencari rezeki yang halal.”
.
.

Di awal perkahwinan, kewangan suami masih tidak stabil. Jadi, isteri yang baik akan memahami keadaan kewangan keluarga dan tidak minta benda bukan-bukan yang membebankan suami.

Ada golongan isteri yang tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan suami yang belikan. Beg tangan, kasut sampai koyak pun dia tak mengadu lagi minta ganti. Selagi boleh guna, dia akan guna. Kalau dia nak beli baru pun, dia gunakan duit sendiri je tanpa mengharapkan suami. Kerana dia tahu kemampuan suaminya sampai mana.

***

Tidur pun beralaskan toto. Makan bersila, sofa takde. Tak pernah minta suami belikan televisyen meskipun dia kesunyian saat suami dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah.

Rumah sempit, hidup serba kekurangan tetapi bahagia. Indah. Hati pun lapang dan tenang. Asalkan suami dan anak-anak sentiasa berada di sisinya.

Isteri yang baik menerima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali kita.

Jika isteri jenis yang faham keadaan suami ni, kau jaga la dia elok-elok. Sayang dan setia lah dengan dia. Jangan pernah terfikir nak cari yang lain. Cintailah dia sepenuh hati kau. Susah nak jumpa yang jenis macam ni. Sanggup bersusah senang bersama-sama ni.

***

Dan jika suatu hari nanti Allah berikan kita rezeki yang lebih, jangan sesekali lupakan isteri yang sentiasa bersama kita saat kita tidak punya apa-apa dulu. Bersyukurlah kerana isteri dan anak-anak, rezeki kita semakin bertambah.

Tahniah buat para isteri yang sentiasa memahami keadaan suami. Yang sentiasa bersama-sama dengan suami saat susah dan senang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir