Kalau Isteri Cepat Sentap Bila Suami Cakap Terkuat Sikit Tu Bersyukur lah. Tu Tandanya Emosi Belum imun Lagi

Share

Kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Kadang-kadang baik, kadang kala timbul pergeseran. Lagi lagi wanita sangat sensitif orangnya, kalau suami ternaik sedikit suara sudah boleh membuatkan si isteri sentap. Mungkin tak semua tetapi rata-rata wanita cukup halus emosinya.

Yang pasti, si suami kena tahu,  isteri juga manusia biasa yang ada banyak kekurangannya. Sebagai pasangan, kena terima kekurangan masing-masing.

Saudara Mohd Fhais berkongsi beberapa tip berkenaan hal ini. Menurutnya sangat penting seorang ketua keluarga untuk jaga 5 benda ni dalam rumah tangga supaya isteri tak imun dengan benda negatif seperti ini.


Kalau isteri cepat sentap bila suami cakap terkuat sikit tu bersyukur lah..

Ya la, suami pun manusia biasa. Manusia biasa emosi senang senang je nak turun naik sekelip mata. Kadang kadang tak perasan pun volume suara tu ternaik.

Tahu tahu dah termarah. Lelaki kan mudah marah, wanita pula mudah sentap.

Tapi anda patut bersyukur kalau dengar suami cakap kuat sikit je terus jadi sentap, terus air mata tu nak meleleh sendiri.

Padahal dalam hati dah tahu yang suami tengking tu bukan sebab marah tapi emosi dia tengah kacau, tetap juga air mata melelehkan. Rapuhnya emosi wanita.

Apapun alasannya..

Anda patut bersyukur jika mudah sentap, tu tanda sistem emosi anda belum imun lagi dengan kata-kata kasar dari suami.

Maknanya suami jarang jarang tinggi suara dengan anda.

Bagi isteri yang dah selalu dengar suami cakap kuat, menengking, herdik dan seangkatan dengannya sudah pasti jadi imun.

Tak perlu lama, cukup je 40 kali kena tengking comfirm telinga jadi imun.

Makin lama kena tengking hati isteri jadi makin keras, telinga jadi makin kebal dan akibatnya rasa benci pun makin menebal.

Masa ni dah tak ada lagi rasa sentap, rasa sedih dan rasa nak menangis sebaliknya yang ada cuma rasa menyesal dan rasa sakit hati.

Sangat penting seorang ketua keluarga untuk jaga 5 benda ni dalam rumah tangga supaya isteri tak imun dengan benda negatif seperti ini,

1 – Jaga pertuturan jangan sampai menguris hati pasangan. Lagipun setiap perkataan yang keluar dari mulut tu adalah doa. Jangan sampai mendoakan yang buruk buruk untuk keluarga sendiri pula.

2 – Jaga emosi sendiri. Kalau tengah marah jauhkan diri, bawa bertenang. Jangan jadikan masalah luar jadi pencetus pergaduhan rumahtangga pula.

3 – Jaga masa dan jangan membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat. Lebihkan perhatian pada isteri, jika nak keluar keluar sama-sama isteri bukan tinggal di rumah jaga anak.

4 – Jaga nafkah zahir dan batin sebaik mungkin. Jangan culas bab nafkah walaupun sekali.

5 – Jaga solat diri sendiri, dan jaga solat isteri. Kalau dapat berjemaah lagi bagus. Solat berjemaah dapat buat suami rasa di hormati dan isteri rasa di sayangi.

Jaga je 5 benda dan kuatkan 5 benda ni sudah pasti tak akan ada lagi konflik rumahtangga yang remeh temeh.

Isteri yang menangis tu biasa tapi suami yang pandai memujuk tu yang luar biasa.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais

Maafkan lelaki tak sempurna ini.

#notakekeluargaanfhais