Kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Kadang-kadang baik, kadang kala timbul pergeseran. Lagi lagi wanita sangat sensitif orangnya, kalau suami ternaik sedikit suara sudah boleh membuatkan si isteri sentap. Mungkin tak semua tetapi rata-rata wanita cukup halus emosinya.
Yang pasti, si suami kena tahu, isteri juga manusia biasa yang ada banyak kekurangannya. Sebagai pasangan, kena terima kekurangan masing-masing.
Saudara Mohd Fhais berkongsi beberapa tip berkenaan hal ini. Menurutnya sangat penting seorang ketua keluarga untuk jaga 5 benda ni dalam rumah tangga supaya isteri tak imun dengan benda negatif seperti ini.
Kalau isteri cepat sentap bila suami cakap terkuat sikit tu bersyukur lah..
Ya la, suami pun manusia biasa. Manusia biasa emosi senang senang je nak turun naik sekelip mata. Kadang kadang tak perasan pun volume suara tu ternaik.
Tahu tahu dah termarah. Lelaki kan mudah marah, wanita pula mudah sentap.
Tapi anda patut bersyukur kalau dengar suami cakap kuat sikit je terus jadi sentap, terus air mata tu nak meleleh sendiri.
Padahal dalam hati dah tahu yang suami tengking tu bukan sebab marah tapi emosi dia tengah kacau, tetap juga air mata melelehkan. Rapuhnya emosi wanita.
Ads
Apapun alasannya..
Anda patut bersyukur jika mudah sentap, tu tanda sistem emosi anda belum imun lagi dengan kata-kata kasar dari suami.
Maknanya suami jarang jarang tinggi suara dengan anda.
Bagi isteri yang dah selalu dengar suami cakap kuat, menengking, herdik dan seangkatan dengannya sudah pasti jadi imun.
Tak perlu lama, cukup je 40 kali kena tengking comfirm telinga jadi imun.
Ads
Makin lama kena tengking hati isteri jadi makin keras, telinga jadi makin kebal dan akibatnya rasa benci pun makin menebal.
Masa ni dah tak ada lagi rasa sentap, rasa sedih dan rasa nak menangis sebaliknya yang ada cuma rasa menyesal dan rasa sakit hati.
Sangat penting seorang ketua keluarga untuk jaga 5 benda ni dalam rumah tangga supaya isteri tak imun dengan benda negatif seperti ini,
1 – Jaga pertuturan jangan sampai menguris hati pasangan. Lagipun setiap perkataan yang keluar dari mulut tu adalah doa. Jangan sampai mendoakan yang buruk buruk untuk keluarga sendiri pula.
2 – Jaga emosi sendiri. Kalau tengah marah jauhkan diri, bawa bertenang. Jangan jadikan masalah luar jadi pencetus pergaduhan rumahtangga pula.
3 – Jaga masa dan jangan membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat. Lebihkan perhatian pada isteri, jika nak keluar keluar sama-sama isteri bukan tinggal di rumah jaga anak.
Ads
4 – Jaga nafkah zahir dan batin sebaik mungkin. Jangan culas bab nafkah walaupun sekali.
5 – Jaga solat diri sendiri, dan jaga solat isteri. Kalau dapat berjemaah lagi bagus. Solat berjemaah dapat buat suami rasa di hormati dan isteri rasa di sayangi.
Jaga je 5 benda dan kuatkan 5 benda ni sudah pasti tak akan ada lagi konflik rumahtangga yang remeh temeh.
Isteri yang menangis tu biasa tapi suami yang pandai memujuk tu yang luar biasa.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Maafkan lelaki tak sempurna ini.
#notakekeluargaanfhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana yang tidak bersedih bila anak yang menjadi harapan keluarga pergi buat selamanya. Bukan mudah untuk menerima kenyataan tersebut namun perlu reda dengan takdir Ilahi.
Begitulah yang dirasai oleh Puan Razilah Daud, ibu kepada Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.
Menurut apa yang dilaporkan di Utusan Malaysia, anak kedua daripada empat adik beradik itu merupakan harapan keluarga kerana banyak berjasa terhadap kedua ibu bapanya, Bustamy Tuakal, 70, dan Razilah Daud, 52.
Belikan Rumah & Beri Duit Belanja
Razilah berkata, rumah didiaminya bersama suami serta dua orang lagi anaknya di Taman Redan Perdana di sini dibeli oleh Mohamad Affendi.
Sebelum ini katanya, suami yang bekerja sebagai buruh dan dia mengambil upah menjahit pakaian tinggal menyewa di Felda Keratong 3 dan Keratong 5.
“Sudah tiga tahun kami duduk sini (Taman Redan Perdana) sejak 2017, arwah beli rumah ini dan dia maklum emak duduk sini, anggap seperti emak dan abah berpencen. Duduk berehat.
“Kelengkapan rumah semua lengkap dan disediakan oleh arwah. Duit belanja pun setiap bulan arwah beri. Arwah memang banyak berjasa pada keluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana, di sini semalam.
Nahas Pesawat Hawk
Dalam kejadian yang berlaku dalam kawasan pangkalan TUDM Butterworth pukul 10.07 malam itu, seorang lagi anggota TUDM dilaporkan cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 itu terhempas.
Anggota terbabit, Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, kini sedang menerima rawatan di HSJ di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil.
Razilah berkata, anak keduanya itu yang menetap di Labuan, Sabah pergi ke Pulau Pinang untuk mengikuti kursus atau latihan penerbangan di situ.
“Kebiasaannya jika ada peperiksaan atau ujian, arwah biasanya akan hubungi makcik, tapi semalam tidak. Cuma sebelum ini dia ada maklum akan ada periksa paling susah sekali, namun dia tidak cakap periksa apa,” katanya.
Razilah berkata, dia dan suaminya sebak ketika menerima perkhabaran itu namun menerima ketentuan ilahi.
“Pada awal pagi tadi (semalam) mak cik terlalu sedih kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga,” katanya.
Baru-baru ini tular seorang pengguna laman sosial telah berkongsi dan menyebarkan wajah anak kepada pelakon dan usahawan, Neelofa di platform tersebut.
Namun, perbuatannya itu telah membuatkan ibu kepada Muhammad Bilal ini terkilan seolah-olah tidak menghormati dirinya serta suami sebagai ibu bapa kepada bayi tersebut.
“Macam ni lah.. sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar (Bilal), takkan saya nak sorok muka dia?
“Kemudian you all share dan upload, macam you tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang melahirkan buat benda tu,” katanya yang dipetik dalam portal Gempak.
Dalam pada itu, Neelofa turut memohon agar dia diberikan sedikit ruang dan tidak lagi bertanyakan tentang anaknya.
“Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan.
“Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?” tambahnya.
Biasanya kita makan biskut, cicah dengan air. Memang sedap buat minum petang. Namun, selain cicah dengan air, biskut boleh dibuat kek sebagai pemanis mulut.
Jom buat dessert yang senang giler ni. Orang diet & tak makan manis dilarang makan
Senang dan sedap giler hingga menjilat sudu.
RESEPI CHEESEKUT
Bahan-bahan :
200-250g cream cheese
1 paket biskut cream crackers
1 kotak kecil susu segar
1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin)
Untuk Layer/Topping : Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes (ikut citarasa)
Cara-cara :
1) Blend cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dlm 4 sudu besar) sampai kembang/ gebu.
2) Sediakan bekas. Ukur biskut dan adjust siap-siap. Lepastu letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. Biskut tu rendam sekejap dalam susu segar ye. Jangan lama-lama. Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
3) Kemudian tabur milo (ni je yang ada. Ikut korang la ye. Boleh letak nestum/oreo/cornflakes). Ulang step tu sampai habis adunan cream cheese. Boleh hias topping ikut citarasa ye.
4) Dah siap. Sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.
Selamat mencuba!
#resepicheesekut
#dapurciktom
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.