“Kalau Ingat Mummy & Daddy, Datanglah Cari Kami.” Ibu Kandung Tuntut Hak Lepas 7 Tahun, Lelaki Ini Kongsikan Kisah Sedih Pulangkan Kembali Anak Angkat. Sebaknya!

Share

Siapa sangka, bahagia yang dikecapi mula dilanda derita apabila diragut dalam sekelip mata. Inilah yang terpaksa dilalui  sepasang suami isteri apabila mereka hanya sempat bersama anak angkatnya, Armanda Qaleesya selama tujuh tahun sebelum kanak-kanak terbabit diambil ibunya, awal bulan ini.

Ceritanya bermula apabila Sazlyzam Ariffin, 37, dan isteri, Faridah Mat Desa, 30, mengambil Qaleesya sebagai anak angkat selepas perkahwinan mereka selama lima tahun tidak dikurniakan anak.

Sazlyzam berkata, ketika diserahkan kepada mereka, Qaleesya berusia dua bulan dan ibunya yang dipercayai warga asing menghantarnya di rumah pasangan terbabit di Klang pada April 2012.

Wanita terbabit datang membawa Qaleesya dalam keadaan sehelai sepinggang bersama susu dalam paket, botol susu dan beberapa keping lampin pakai buang.

Kisah ini dikongsikan Sazlyzam mendapat perhatian pelbagai pihak selepas dia memuat naik gambar dan status mengenai pengalaman itu di Facebook miliknya iaitu Prince Shaz Ariffin.


Mungkin ini gambar terakhir dia dengan keluarga aku.. kami semua cuba untuk tersenyum untuk ambik gambar ini setelah menangis.. takut2 ini gambar terakhir aku dengan dia.. sebab dia akan pergi jauh seberang laut.. jadi takut kalau ini gambar terakhir biarlah sesama tersenyum untuk gambar terakhir ini.

Amanda Qaleesya, yg belakang sekali umur 7 tahun. Dulu mak dia orang susah, masa umur dia 2 bulan mak dia bagi kat aku jadi anak angkat. Sampai aku dapat pendaftaran anak angkat dari JKM

Setelah 7 tahun aku besarkan dia, hari nie 3 July 2019 jam 8:30mlm Mak dia datang balik dan mintak balik anak dia. Sekarang aku tgh duduk dalam bilik aku menangis seorang diri terkenang kan dia.. macam macam aku terpikir pasal dia..

Kekadang aku marah dia, aku garang sebab aku nak ajar dia jadi anak yang bagus.

Dia nangis2 tak nak pergi tapi tak boleh buat apa sebab mak dia ada hak atas dia aku tak boleh buat apa.. anak aku paling kecik ryqarl nangis jugak masa dia nak pergi sebab akak dia tue tempat dia main selalu.. larik sana larik sini terjerit jerit riuh rendah rumah aku masa ryqarls dan amanda main bersama..

Mmg nampak riak muka ryqarls yg baru usia 2 tahun stgh macam faham situasi nie.. dia nampak sedih sampai ambik gambar pun tak nak senyum sebab nampak kakak dia nak keluar bawak bag.. aku cakap alasan kakak nak pg sekolah.. esok lusa mesti dia akan tanya mana kakak dia.. aku tak terpikir lagi apa jawapan aku nak bagi.. mgkin jawapan yang sama.

Dah lah tarikh diaorang nie sama, Amanda 28-2, ryqarls pulak 28-3, Nasib dari kecik aku bagi tahu kat amanda yang dia bukan anak aku sebenar, mak dia ada tapi dah hilang.. sebab tue dia faham bila tiba2 mak dia dtg dan nak ambik semula, dia akur dengan apa aku cakap dan explain itu mak dia.. dia kena ikut.

Aku ngan wife mmg sedih pemergian dia.. lagi2 bini aku yang mmg sangat sedih.. lagi lagi amanda minum susu bini aku.. masa lahirkan ryqarls..

So moral jangan ambik anak angkat takut korang tak mampu hadapi risiko macam mana aku hadap sekarang..

kalau filekan kes aku boleh menang dengan mintak ganti rugi tapi tue bukan penyelesaian kasih syg tak boleh dibeli.. walaupun dari umur 2 bulan jaga dia tak tidur malam jaga dia, sampai besar macam2 dugaan dan masalah yang kami hadapi menjaganya. Tak guna mintak wang ringgit tapi dia tak ada dengan kami.

daddy syg manda, 1 hari nanti kalau ingat kat daddy ngan mami carilah kami.. tue jer boleh aku pesan gambar nie aku ambik 5minit sebelum dia beredar, dan paksa senyum kami sekeluarga. Menjadi kenang kenangan masa akan datang.

Dalam pada itu, Sazlyzam sebelum ini pernah ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapat hak penjagaan Qaleesya.

“Akhirnya, kami mendapat hak penjagaan selepas JKM mengeluarkan surat. Qaleesya sebenarnya warganegara Malaysia kerana pihak hospital pernah mengesahkan statusnya serta suntikan di bahu kiri.

“Petang semalam (kelmarin) saya berjaya menghubungi wanita terbabit. Saya sempat berbual dengan Qaleesya dan dia menangis mahu tinggal bersama kami.

“Bayangkan perasaan kami ketika itu, walaupun dia anak angkat, tapi kami tetap menganggap sebagai anak sendiri. Malah, hubungannya dengan anak lelaki kami, Rayqarl Haziq, 2, amat rapat.

“Bagaimanapun, saya cuba untuk mendapatkan semua hak kerana saya ada surat daripada JKM. Apa yang saya tahu, Qaleesya adalah warganegara kerana bapanya rakyat Malaysia,” katanya.

Justeru, Sazlyzam dalam perbincangan dengan peguam untuk menuntut kembali Qaleesya memandangkan mereka adalah penjaga sebenarnya.

“Kami tidak minta apa-apa pun, kami mahu kamu kembalikan Qaleesya,” katanya.

 

Sumber: FB Prince Shaz AriffinHarian Metro