Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya menderita sakit, ditambah pula dalam usia yang masih kecil. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Kepiluan di hati seorang ibu sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana anak yang ditatang bak minyak yang penuh kini terbaring kaku akibat koma selepas terjatuh dari motosikal jumaat yang lalu.
Amiera Zulaika, 6 dikatakan baru pulang dari sekolah dijemput oleh ibunya dengan motosikal. Ketika dalam perjalanan pulang itu, mangsa dipercayai tertidur lalu terjatuh dan menyebabkan pendarahan yang banyak keluar dari telinga dan hidung mangsa.