Zaman 90an boleh dikatakan adalah zaman paling gemilang industri muzik tanah air, selain lahirnya ramai penyanyi berbakat besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Anuar Zain dan yang lainnya, kemunculan artis berkumpulan juga tidak kurang hebatnya dan hingga kini tetap diingati.
Antara vakalis band yang ‘digilai’ ramai ketika itu bukan sahaja diakui berbakat malah tidak dinafikan kacak bergaya. Antaranya adalah seperi Lan (Kristal), Tomok (New Boyz), Shamrin (Fotograf), KRU, 4U2C, Zamani (Slam) dan ramai lagi.
Bercerita tentang perkembangan terkini, Zamani Vakalis Kumpulan Slam sebagai mana yang diketahui umum sudah bertahun menderita sakit tulang belakang melengkung atau dikenali sebagai Skoliosis.
Baru-baru ini telah membuat pendedahan berani apabila mengaku telah terjebak dengan dadah sejak sekolah lagi dan penyakit tulang belakangnya itu juga berpunca daripada dadah di dalam rancangan temu bual, Rumah No.107.
Ujarnya, “Saya terus terang cakap.. Saya terjerumus dengan dadah sejak di bangku sekolah. Semua dadah daripada yang kurang kuat sampailah yang paling kuat semua saya dah.”
Menurut Zamani, jika dapat diundurkan masa kembali dia mahu memohon maaf kepada ibunya kerana telah memalukan nama keluarga sedangkan dia telah di didik dengan baik.
“Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hidup.. saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah memalukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia.
“Saya rosakkan diri saya sendiri. Keluarga saya orang baik-baik. Mak bapak saya tak ajar saya jadi macam ni. Mereka dah didik saya dengan baik tapi saya yang tersasar,” katanya.
Pada Mac lalu, Zamani berkata dia terpaksa menghentikan rawatan kerana masalah kewangan serta lebih selesa bergerak naik skuter tiga roda.
Sumber : Gempak
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club