“Kalau Ibu Ada Dia Pukul Tak…?”-Cucu Kerap Gaduh, Cara Atuk Raissudin Hamzah Nasihatkan Cucu Undang Sebak!

Share

Semua ibu bapa tahu apabila datuk atau nenek menjaga cucu, kebiasaannya mereka pasti akan manjakan anak-anak kita secara berlebih-lebihan. Namun perkongsian daripada Shuib baru-baru ini, dilihat bapa mertuanya begitu tegas melayan ragam anak-anaknya yang suka bergaduh. Bagi Shuib Ini semua itu hanya teguran seorang atok untuk cucu-cucunya, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Menerusi video pendek yang dimuatnaik Shuib di Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin ada memaparkan, ketiga-tiga anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin baru sahaja lepas bergaduh. Atas sebab itu, mereka bertiga dipanggil untuk ‘mengadap’ datuk mereka, Raissuddin Hamzah yang sedang duduk di atas sofa sambil memegang rotan di tangan.

Atok Marah Sebab Sayang
Berhadapan situasi dimarah  dengan tegas oleh atuk mereka agar jangan bergaduh lagi, menyebabkan Uwais, Talita dan Matin terpaku berdiri sambil menangis.


Tambah-tambah lagi bila Raissuddin turut memberi ‘amaran’ akan memisahkan cucu-cucunya jika bergaduh lagi. Seorang akan di hantar ke Kepung, seorang di Klang dan seorang lagi di Ulu Klang.

Mendengar sahaja atuk mereka berkata begitu, Matin terus memohon maaf sambil menangis teresak-esak. Kemudian diikuti oleh Talita dan begitu juga Uwais memohon maaf dalam rasa penuh kesedihan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan bergaduh sesama adik beradik.

 

Ramai yang tunggu perkembangan anak-anak, dekat sini kami akan kongsikan suka, duka, gelak, tawa mereka.. Macam-macam ragam sementara nak besar 😂

Ini semua hanya teguran seorang atok untuk cucu-cucunya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang sentiasa mendoakan mereka, semoga doa-doa yang baik itu berbalik kepada kamu semua ya 🙏🏻

Sumber : Siti Sarah Raissuddin 

 

ARTIKEL MENARIK: Cha Bang Ang, ‘Dessert’ Senang Nak Buat & Sangat Sedap Hasil Gabungan 3 Jenis Susu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club