Jika ditanya kepada anak-anak kita, makanan apa yang paling tidak digemarinya. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila jawapannya adalah menu sayur-sayuran. Malah kalau boleh mereka mengharapkan janganlah ada terselit walau sehelai sayur sekali pun di dalam pinggan makanan mereka. Masalah ini memang serius! Dan ini pastinya menjadi suatu keresahan di hati kita sebagai seorang ibu yang mahukan anak-anak kita mengambil makanan yang berkhasiat dan menu yang lengkap.
Untuk itu, melalui perkongsian daripada seorang ibu yang berjaya memancing selera anaknya yang mana sebelum ini memang payah untuk disuruh makan sayur, malah boleh bergusti katanya dek kerana memaksa anak makan sayur.
Tetapi luar biasanya kini, semua itu tidak lagi terjadi. Malah ibu ini terasa begitu syahdu bila anak-anaknya sudah pandai meminta pelbagai jenis sayur-sayuran untuk dimakan. Apa sebenarnya yang dilakukan hingga jadi begitu? Ayuh kita baca perkongsiannya.
Antara keresahan utama seorang ibu bila anak-anak ada penyakit picky eater! Susah yang amat makan sayur. Suruh anak makan sayur ibarat mak ajak anak main lawan gusti.
Aduhai. Tak pernah mereka suka bila makan sayur.
Hinggalah suatu hari, abang saya kenalkan sejenis Kewpie Roasted Sesame ni kat saya masa balik rumah mak. Pelik bila tengok dia makan sayur macam makan nasi 2 pinggan.
Masa tu apalagi, kita jakun tengok dia ratah. Lepas tu bari try n mula fall in love dengan kewpie ni.
Nak jadi cerita, semalam kena cari dinner. Area hotel ni mahal giler. Fast food memang tolak tepi.No choice, saya masuk 7e. Nampak salad ada jual by pack.Rembat sepaket .
Sampai bilik, paksa anak makan.Diorang merajuk nak makan nasi. Saya tahu, ni masa terbaik nak paksa makan sayur time lapar belaka. Paling payah yg sulung, Habib. Langsung taknak. Mak is sedikit kejam, pegang mulut, sumbat sikit dlm mulut. Mula tu nak muntahkan balik. Lepas kunyah, dia senyum. Nak lagi umi!
Yes!Misi berjaya.
Pagi2 diorang request gi cari kewpie ni kat HeroMarket. Seronoknya bila jumpa, sambar 2 botol. Dalam kepala umi ni, ada dah idea.Ni semua sayur yang diorang pilih sendiri. Sementara tunggu husband habis kursus, makan ni dalam kereta.
Nah, ni bukti hanif makan.Seronok sangat dia.
Posted by Siti Maisarah Saifuddin on Friday, 10 August 2018
Ibu-ibu kalau nak bagi anak makan sayur, Nah! Beli Roasted Sesame ni sekali.Sure berhantu!Seriously!
Saya nangis bila diorang request nak makan sayur.Saya bagi diorang pilih sayur yang diorang nak.Kenapa nangis? Sebab bertahun saya cuba bagi diorang makan sayur Dan itulah kegagalan saya seorang ibu bila diorang taknak sayur. Lagi kejam bila ayat padu makcik bawang,Patutlah anak kurus keding.
Ibu-ibu mesti faham perasaan saya kan?
sumber : Siti Maisarah Saifuddin