Bercerita tentang rezeki, pastinya semua antara kita mahukan rezeki yang luas dan melimpah-ruah. Bahkan untuk mendapatkan rezeki, kita akan terus berkerja keras .
Pun begitu, dalam usaha menambah baik kehidupan selain perlu gigih dan rajin berkerja terdapat pelbagai cara lain yang boleh lakukan yang mana mungkin ada yang terlepas pandang.
Salah satu caranya adalah dengan membahagiakan pasangan dan anak-anak seperti apa yang dipraktikan melalui perkongsian seorang suami ini bolehlah jadikan panduan.
Semasa saya tak tahu nak buat kerja apa selepas di berhentikan kerja, Saya hanya pinjam duit isteri RM10 dan ke Plaza Imbi dan Low Yat. Kalau anak isteri tanya saya ke mana dan buat apa,
“Ayah ada kerja”
“Ada orang minta tolong di kedai”
Berbekalkan duit itulah, buat tambang pergi balik RM4.80 dan baki beli roti dan air. Balik nanti InsyaAllah adalah kadang RM50 atau RM30 duit belanja.
Bertahun-tahun begitulah sampai saya rasa macam nak berhenti sahaja kerja-kerja begini. Penatnya tak tahu nak cerita macamana. Kadang bosan datang, saya tidur saja di surau.
Nak dapatkan kerja tetap, kebanyakan kedai masa tu dah ada pekerja, tapi ada seorang bos kedai yang baik. Dia kata boleh tolong-tolong. Dia bagi upah.
Satu hari saya datang tolong kemaskan laptop dan komputer baru sampai, bos tiba-tiba tarik pagar nak tutup kedai. Sedangkan baru buka.
“Bos, tutup ke?”
“Yelah. Sudah satu minggu tak jalan. Laptop satu pun tak dapat jual ni. Jomlah ikut saya”
Ads
Saya pun ikut saja.
Dia naik kereta. Saya duduk sebelah dia. Dia telefon isteri.
“Jom pergi makan. Bawa anak-anak sekali”
Sepanjang perjalanan dia diam je. Saya pun ikut diam sekali. Pening mungkin tiada jualan. Nak hujung bulan.
Mesti banyak hal nak diselesaikan.
Sampai rumah dia, anak-anak isteri naik. Kami pergi ke shooping mall. Dia belanja makan. Bawa isteri anak-anak belikan apa mereka suka. Saya perhati je.
Dia sembang gelak-gelak dengan isteri dia. Macam tiada masalah, sedangkan kat kedai murung je.
Selesai semua, dia hantar saya ke stesen bas. Kami pun berpisah.
Ads
Esoknya dia telefon awal pagi.
“Abu, datang awal boleh? Tolong saya”
“Kenapa bos?”
“Ada orang order 50 komputer ni. Kena siapkan semua. Saya kasi lebih duit lah. Ok?”
Ya.
Apa yang saya belajar dengan bos ni? Sebab saya tanya dia. Pelik rasa. Bila tiada jualan, rasa down, mesti dia tutup kedai dan bawa anak isteri berjalan.
Pesan dia yang saya ingat sampai sekarang, “Kalau kita down, takde sale, penat, tutup sebentar perniagaan. Baliklah rumah. Jumpa anak isteri. Hiburkan mereka.
Ads
Sebab kadang takde sale bukan sebab apa, mungkin kita terlalu sibuk sampai kita lupa, apa yang kita buat ni sebenarnya untuk apa.
Kita cari duit untuk keluarga kan? Tapi duit itu tak pernah cukup untuk kita. Tapi bila cari rezeki untuk keluarga, dan kita yakin Allah yang bagi, jadi kita takkan penat dan kita ada masa untuk berehat”
Rupanya begitu.
Selepas bertenang, selepas menghiburkan ahli keluarganya, Allah balas esoknya juga pada dia. Dan itulah yang saya ikut dan buat.
Kalau dah penat sangat, sibuk sangat, saya “pause” sebentar, dan pergi kepada keluarga saya. Kerana sesungguhnya, Di mana ada bahagia, disitu pasti ada keluarga.
Wahai Allah, jadikanlah rumahtangga kami syurga sebelum syurga. Jadikanlah rumahtangga kami masjid untuk kami mengingatiMu.
Tempat sumber kekuatan dan hiburan, serta ketenangan.
Rumah jenis kayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Biarpun ramai yang mengemari rumah batu, namun kediaman berkonsep kayu tetap punya aura sendiri.
Begitu juga dengan dekorasi kediaman kayu. Tidak bermakna ciri-ciri binaan kampung, rumah jenis kayu tidak boleh ditatahias jadi sebuah kediaman morden.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Khazinatulasrar Anis. Beliau telah melakukan transformasi rumah sewanya kayu tradisi Kelantan menjadi lebih modern.
Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh pasangan ini. Ia bukan penghalang untuk beliau dan pasangan mengubahsuai rumah kampung menjadi modern.
DIY sendiri
Pertama kali duduk rumah sewa sendiri, berganding bahu suami isteri deco sendiri. Cat sendiri, pasang sendiri langsir dan barang-barang perabot ikea, bunga gubah sendiri, cermin tu kedai Diy pasang sendiri jugak, alhamdulillah.
Rumah sebelum proses ubahsuai.
Keadaan bilik sebelum diubahsuai.
Proses ubahsuai.
Ruang tamu rumah semasa proses ubahsuai
Gaya modern
Keadaan rumah selepas selesai diubahsuai. Cantik dan dekorasi kelihatan modern.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, apatah lagi andai ujian penyakit kanser yang ditakuti ramai ini ditanggung oleh anak kecil seusia Khairul Haziq Dinzly Bin Khairuddin, 10 tahun atau mesra disapa Haziq.
Berkongsi kisah seorang anak kecil yang tabah melawan kanser semenjak 2018, mari kita bersama Puan Zuraida Bt Majid, seorang ibu yang tabah mendepani ujian yang amat besar ini. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini akan memberi inspirasi buat keluarga yang lainnya dan didoakan juga semoga adik Haziq diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Terus Positif Bersama Melawan Kanser
Saya redha, tawakkal jika ada kejaiban dari Allah untuk Haziq sembuh saya bersyukur. Jika sebaliknya saya redha dengan ujian ini.
Saya pujuk hati sendiri dan bercakap kepada diri saya, dunia ni semua pinjaman Allah, tiada yang kekal. Di sana saya akan bahagia kerana saya ada anak syurga. Kata-kata ini menjadi azimat untuk saya terus tabah dan kuat melawan kenser bersama Haziq.
Namun saya juga manusia biasa, sekali sekala hati disapa dengan rasa terlalu sedih, pilu dan terasa begitu berat menanggung ujian ini.
Back to Allah saya tutup mata, saya gambarkan kehidupan saya di akhirat. Saya menangis sepuas puasnya dan berdoa agar Allah kuatkan hati dan mental. Saya akan peluk Haziq dan bisik “ ujian Allah, banyak kan zikir dan berdoa “ walupun saya tahu Haziq tak boleh mendengar dan melihat tapi mata hati dia kuat untuk teruskan perjuangan ini.
Desak Berkahwin
Actually saya kahwin buat kali kedua atas desakan Haziq sebenarnya. Kami kenal dua tahun, special ayah tiri ni di mata Haziq mungkin keikhlasan ayah tiri menyebabkan Haziq rasa selamat dan selesa. Sebelum Haziq sakit ( 8 bulan sebelum sakit ) Haziq kerap desak saya kahwin dengan alasan “ Darjah 1 Haziq nak masuk asrama tahfiz, baca quran sekolah tu jauhhhh sangat, mama tak ada Haziq nanti. Mama kawin Haziq boleh jadi abang “
Bayangkan anak umur 6 tahun bercakap macam ni kepada seorang maknya. Saya agak tekejut bukan sekali dua Haziq desak saya berkahwin.
Berat Mata Memandang…
Saya nikah dengan ayah tiri Haziq January 2018, Haziq jatuh sakit pada July 2018. Waktu ni saya rasa macam batu terhempap atas kepala bila ingat balik memory bersama Haziq ketika sihat. Baru lah saya faham kenapa Haziq nak sangat saya ada family baru.
Rezeki Haziq, ada ayah tiri sebaik baiknya boleh terima seperti anak sendiri.
Jika Haziq masuk wad kami bergilir jaga Haziq di ward begitu juga dengan follow up Haziq berjumpa dengan neuro HKL.
Sebelum sakit Haziq budak yang sangat hyperaktif. Boleh kayuh basikal, hiking, berlari dan bersukan. Anak yang mulut becok, anak yang banyak akal dan dia juga adalah budak yang bijak.
Namun selepas sakit beginilah keadaannya, kurang bercakap seolah down. Bahkan apabila Haziq cuba untuk bangun tapi tidak berupaya (mata tak boleh nampak dan telinga tidak lagi boleh mendengar). Nak bercakap tapi tak mampu. Masalah saraf membuatkan dia tidak mampu untuk berjalan.
Itulah dugaan yang ditanggung oleh anak kecil ini, berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Mengimbas kembali detik awal bagaimana Haziq mendapat tahu menghidap Brain Tumor, siapa sangka dengan tiba-tiba semuanya terjadi.
“Haziq jatuh di sekolah pada 15 July 2018 masa ni umur Haziq berusia 7 Tahun. Cikgu beritahu Haziq terjatuh ketika berlari.
“Pada 17 July 2018 saya bawa Haziq ke ParkCity Medical Centre jumap dengan Dr Sallehuddin Pakar Paeds. Dr suggest kita buat pemeriksaan mata dan physio. Laporan physio mengata kan Haziq tiada masalah saraf dan refer ke Mata. Pemeriskaan mata dijalankan, Dr Lee Ming Yueh Pakar Ophthalmologist bagi tahu 70% Haziq dah hampir buta.
“Waktu ni saya rasa nak rebah dan saya blur bila dr. tu marah saya sebab saya tak perasan anak saya dah hampir buta.
“Haziq tiada tanda tanda dia sakit. Dia tak mengadu sakit kepala, tak demam. Cuma 2 atau 3 bulan sebelum sakit dia kerap tidur sehingga 3 jam (siang)
“MRI dibuat dengan segera. 17 July 2018 jam 1030 malam Dr Sallehuddin pakar paeds beri tahu Haziq Brain Tumor, Neuroblastoma type 2 dan refer ke Pakar Neurosurgery sehingga kini.
Perkembagan kesihatan
July – Dec 2018
Masih boleh berjalan, bercakap, melihat
20 Dec 2018 haziq bagi tahu “ mama mata Haziq dah buta, Haziq tak Nampak “ dia meraba raba waktu tu.
January – June 2019
Haziq selalu cakap Bila Allah nak pulang mata Haziq. Waktu ni mata tottaly dah buta
July – Dec 2019
Tak bole nak bangun urus diri sendiri kena papah sebab tak nampak. Masih boleh pergi sekolah dengan bantuan guru ketika di sekolah. Pada ketika ini juga telinga Haziq semakin kurang pendengaran.
January – Dec 2020
Tak bole urus diri dan terpaksa mengguna lampin pakai buang. Tak boleh mendengar mahu pun berjalan. Kerap sawan, tidur seharian, kerap demam dan tidak mampu ke sekolah.
MRI – 25 January 2021
Dr bagi tahu tumor membengkak dan membesar menyebabkan Haziq semakin lemah, air dalam takungan kepala dah penuh. Perlu buat shunt masuk alat untuk air keluar ke perut.
Bukan Mudah Buat Keputusan
Jalan untuk saya buat pilihan bukan semudah kita pilih. Haziq ada 8 ketumbuhan dalam kepala dan ketumbuhan tu bukan satu tempat dia banyak tempat sehingga ke saraf tunjang, Dr sendiri cakap pembedahan ni high risk. Ye semua pembedahan ada high risk. Cuma saya tak yakin. Dan,sehingga kini Haziq teruskan follow up di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur, DR Azmi B Alias Pakar Neurosurgery
Harapan Buat Ayah Kandung
Jujur saya katakan, sejak hari pertama Haziq sakit saya dah msg dan call ayah kandungnya bagi tahu Haziq sakit. Tiada respon dari keluarga pihak sana, tidak pasti la mengapa beliau tidak mahu berjumpa anak kandung. Mungkin ada sebab tersendiri yang kita tak tahu. Cuma harapan saya jenguklah Haziq agar dapat membahagiakan Haziq pada waktu-waktu begini. Tambahan pula hari ini merupakan hari lahir Haziq (9 Februari )dan mohon didoakan agar Haziq kembali sihat.
Untuk parents yang ada anak sakit :
Sebenarnya, sifat sabar ini akan MENDEKAT KAN jiwa hamba-Nya kepada Yang Maha Esa.
Tidak mungkin seseorang itu bersabar melainkan dia SENTIASA teringatkan ALLAH SWT,
kerana sabar adalah PENAWAR yang mendekatkan diri kita pada-Nya.
Di dalam Al Quran ada satu surah yang amat menekankan aspek sabar yang hasilnya membawa ke syurga.
Kepada orang-orang yang bersabar, ALLAH SWT juga bakal mengurniakan kebaikan berterusan dengan pahala yang berpanjangan.
Erti sabar sebenarnya tidak semudah seperti menyebutnya kita tahu itu semua,
Sentuhannya perlu datang daripada HATI yang REDHA. Bukan sekadar lafaz kita redha. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa dalam hati setiap hamba² Nya.
Ingatlah sifat sabar ini begitu dipandang tinggi oleh ALLAH SWT.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar. InsyaAllah
Allah humma Ameen.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyayangi ibu ayah kita selain boleh ditunjukkan dengan cara sentiasa berbuat baik pada mereka, sebagai anak hakikatnya terlalu banyak cara kita boleh lakukan.
Umpamanya dengan memohon keampunan untuk ibu bapa kita. Bagaimana caranya, ayuh kita baca perkongsian ini.
Hanya dengan istighfar, masa depan kita cerah dunia akhirat insya-Allah. Ada yang bertanya, macam mana nak istighfar untuk mak ayah?
Maksud istighfar adalah memohon keampunan. Istighfar untuk diri sendiri adalah memohon keampunan untuk diri sendiri. Manakala istighfar untuk mak ayah pula maksudnya memohon keampunan untuk mak ayah.
Macam mana nak sebut?
رب اغفرلي ولوالدي
Maksudnya: Ya Rabb, ampunkan dosa aku dan kedua ibu bapa aku.
Tak reti baca atau tak mampu hafal yang Arab? Ungkapkan saja dalam bahasa Melayu. Tuhan itu Maha Faham segala apa bahasa yang kita perkatakan.
Anak soleh itu bukanlah pada jubah dan serbannya. Bukan juga pada mengaji tinggi bertingkat-tingkat sijilnya. Bukan pada pak imam semata-mata. Anak soleh itulah yang sentiasa mendoakan ibu ayahnya tika hidup dan mati.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.