Apabila menjengah ke rumah contoh yang terhias indah, bukan sahaja kita teruja melihat konsep dekorasinya. Maklumlah dekorasi daripada profesional, begitu sempurna.
Bahkan tidak dinafikan anak-anak juga seronok berada di rumah contoh yang disediakan oleh pemaju.
Ini membuatkan kita terfikir, andai dibeli rumah contoh tersebut yang diberi sentuhan pakar hiasan dalaman, adakah ianya suatu pembelian yang menguntungkan atau sebaliknya.
Memahami hal tersebut, apa kata kita baca perkongsian bermanfaat ini.
UNTUNGKAH BELI RUMAH CONTOH BERPERABOT?
Petang tadi saya berkunjung kerumah contoh yang pemaju sediakan.
Rumah contoh yang disediakan perabot oleh pemaju kelihatan luar biasa cantik.
Jurureka dalaman akan hias agar kita rasa benar benar tertawan.
Mereka buat emosi kita mudah tersentuh,
“Masyallah cantiknya”. Kata jiwa kita.
Lebih hebat lagi bila kita lihat harganya. Jika harga tanpa perabot adalah RM349,000 sebuah rumah.
Setelah tambah semua kos renovasi, maka harga jual menjadi RM750,000 sahaja!
Beza RM401,000 sahaja.
Berbaloikah kita beli rumah contoh ini kawan?.
1. Sanggupkan kita ubah suai kediaman hingga RM401,000?. Boleh beli sebuah rumah lagi.
2. Semua ubahsuai ini tidak akan beri nilai pasaran baru hingga RM750,000 sebenarnya.
Jika kita nak jual balik, takkan dapat harga ini. Ia pasti lebih murah lagi.
3. Semua perabot ini mempunyai nilai susut, lepas rumah siap perabot ini tidak trending lagi dan telah susut nilainya.
4. Jika meja makan itu waktu buat RM15,000 . Lepas 2 tahun nilainya mungkin hanya RM1500 sahaja. Itupun kalau ada yang nak beli.
5. Perkakas elektrik juga ada tempoh hayat teknologinya. Buatan tahun 2020 tidak akan canggih macam buatan tahun 2023. Mengapa kita bayar teknologi lama?
6. Semua motif, corak, pattern dan dekorasi ada hayatnya. Selepas tempoh tertentu, kita akan rasa bosan punya.
7. Bagi pelabur, nilai RM401,000 boleh dapat sebuah bunglow yang lebih baik dan luas dikawasan ini.
8. Dengan keluasan yang sama, orang lain hanya beli pada harga RM297 psf dan kita beli pada harga RM535 psf. Tidakkah gila.
9. Harga yang kita beli di Perak Tengah, sama dengan harga teres dua tingkat di Shah Alam.
“Kau tak der duit, memanglah tak beli”.
Ia bukan soal banyak duit atau sikit duit. Ia soal nilai hartanah sebenar sesebuah kawasan yang kita beli.
Selepas sepuluh tahun, kita nak jual kembali harganya boleh jadi bawah lagi dari harga yang kita beli.
Dapat sesuatu kawan?
Hartanah bukan pelaburan yang baik, jika kita bukan pelabur yang bijak.
“Saya bukan nak jadi pelabur, saya nak beli duduk saja”.
Maka kita sedang tanam diri kita dengan hutang yang luar biasa.
Sumber : Azizul Azli Ahmad