Semua orang akan merasai kehilangan. Saat Allah menguji dengan kehilangan orang yang kita sayang, ujiannya cukup berat untuk ditanggung. Hanya reda dan doa dijadikan peneman untuk merawat duka dihati.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Apa yang pasti, hidup ini perlu diteruskan dan dalam meniti hari-hari tanpa insan tersayang pasti ada rasa rindu yang bertandang di hati. Sungguh, perasaan rindu itu cukup sakit untuk ditanggung dan kita akan sentiasa mengenangkannya.

Ads

“09.10.2022, Aqil dilahirkan. Kalau dia ‘ada’ umur dia dah 23 tahun. Allahumaghfirlahu, Warhamhu,Waa’fihi Wa’fuanhu. Al-Fatihah mohon hadiahkan buat anak saya Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain.”

Itulah tulis penyanyi popular awal 90-an, Azian Mazwan Sapuan yang kembali mengenang arwah anak lelakinya, Mohammad Aqil yang telah pergi menghadap Illahi pada 16 Disember 2019 lalu.

“Kalau Dia ‘Ada’ Umur Dia Dah 23 tahun..”-Azian Mazwan Titip Doa Untuk Arwah Anak, Undang Sebak!

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Azian yang juga bekas finalis Bintang RTM 1986 dan bintang Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu menjelaskan, hari ni genap ulang tahun kelahiran arwah anaknya yang ke-23 tahun.

Ads

Terdahulu, Aqil yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik itu dilaporkan meninggal dunia ketika berusia 19 tahun selepas tiga minggu koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, akibat kemalangan jalan raya motosikal pada 22 November 2019.

ARTIKEL BERKAITAN : “Ya Allah, kuatkan aku.” 3 Minggu Koma Akibat Kemalangan, Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia. Al-Fatihah!

ARTIKEL MENARIK : ”Ni Betul Cap Ibu & Anak, Copy Paste Betul Muka. Photostat Cap Apa Ni.” Wajah Seiras Azian & Anak Perempuan Raih Perhatian!

Ads

Meninjau di ruangan komen, rakan artis, peminat dan wargamaya turut menitipkan doa dan bacaan al fatihah buat arwah.

Sumber : Ig azianmazwann

.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Kalau Dia ‘Ada’ Umur Dia Dah 23 tahun..”-Azian Mazwan Titip Doa Untuk Arwah Anak, Undang Sebak!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI