Berkat usaha gigih dan tidak putus asa, akhirnya wanita tabah ini mengecap bahagia bila mana berjaya memiliki kedai sendiri. Hidayah yang merupakan balu kepada pelawak terkenal, Abam sebelum ini berniaga cempedak goreng d tepi jalan sahaja.
Namun sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai membolehkan ibu kepada seorang cahaya mata ini berjaya memiliki kedai sendiri.
Menurut Hidayah, kedai tersebut diperoleh hasil titik peluhnya berniaga cempedak goreng dan usaha itu telah direalisasikan oleh abangnya apabila membantu mendapatkan kedai daripada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
Alhamdulillah syukur pada Allah, hari jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan Cempedak goreng dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.
Terima kasih abg dayah @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support dayah.. terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat pada 02/08/2020.. Alhamdulillah syukur.. #kitabaikramaisayang #comingsoonopeningshop #KedaiHidayahAbam
Hal tersebut telah dimaklumkan sediri Hidayah menerusi Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur diatas khabar gembira tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dari warganet, rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Hidayah dalam bisnes tersebut.
mr.muhamadfaizul Alhamdllh,moga rezeki buat dayah dan hamzah bertrusan dan tbah serta sabar disaat apa yang jadi,moga hati tabah buat dayah masjid_onemillionview Tahniah hidayah. Yang baik2 untuk dayah hamzah dan keluarga dayah 🤗🙂🙂 in sha Allah. Aamiin ctrosidah77 masya Allah,, doa Dayah di makbulkan Allah kerana ujian2 yg perlu dayah hadapi selepas kepergian suami.. stay Strong, Allah sentiasa sayang hambanya yg ingat padanya malaikat_maut83 Alhamdullillah… rezeki hamzah n dayah…. dayah jgn risau.. we will always be with you n hamzah…. arameera_ Amiin..Kita support awak dayah..awak boleh.. superwoman😍 iedahamzah91 Alhamdulillah , semoga @hidayah_abam kuat demi anakmu dan dikurniakan rezeki yg melimpah ruah. Semoga Allah melindungi kamu sekeluarga ❤️
Sumber: hidayah_abam