Dalam bahagia hidup berpasangan, pasti akan ada satu masa berdepan dengan konflik. Cumanya, kita mampu atau tidak sahaja untuk menghadapi ujian itu. Bagi yang kuat, pasti mampu untuk menangani dan berbaik semula. Namun ada juga disebaliknya.
Tapi… Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah perumpamaan yang sesuai buat pasangan veteren ini yang kembali bersatu setelah berpisah lebih enam dekad!
Pasangan ini disatukan semula 16 Oktober lalu di mana video momen majlis mereka telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok Khai_nisa91.
Mengenakan baju songket biru, pengantin lelaki dikenali sebagai Mahmood Mamat dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor dikatakan pernah berkahwin pada 1958, namun berpisah setahun kemudiannya.
Ujar cucu pengantin viral ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata dan berpisah pada tahun 1959 kerana lelaki berusia 84 tahun itu berhijrah ke Pahang manakala isterinya berada di Kelantan.
“Tok Ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tok Mek setelah 63 tahun tidak bertemu.
“Tok Mek bersetuju dan pihak keluarga juga tidak membantah malah menyokong keputusan itu.” katanya.
@khai_nisa91 Pengantin atok viral #pypシ ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin ini. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar kedua-duanya bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber : khai_nisa91, Kosmo