Tentunya waktu ini ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan hari pertama anak-anak. Pastinya ada segelintir anak-anak yang menangis tetapi ada juga yang dapat mengawal perasaan.
Waktu ini juga, cikgu adalah individu yang popular yang akan menjadi perhatian ibu bapa. Ketika ini cikgu akan menjadi rujukan utama untuk pelbagai masalah dan perkara berkaitan persekolahan. Begitulah tanggungjawab cikgu ketika ini, sebagaimana yang dipaparkan oleh Pakar Kekeluargaan, DrTaufiq Razif perihal peranan cikgu.
5 Benda Mak Ayah WAJIB Tahu Tentang Cikgu
Ads
1. Cikgu ni tempat anak kita bertanya dan menuntut ilmu. Tugas mengasuh dan mendidik anak tu tetap 100% di bawah bahu kita mak ayah
2. Cikgu ni tetap manusia biasa. Bila ada salah dan silap tu tegurlah tapi biarlah dengan saluran yang betul dan dengan cara yang berhikmah
3. Cikgu ni walaupun sporting macam mana pun mereka bukannya kawan anak kita. Mereka tu GURU mereka. Jadi ajarlah anak kita untuk jaga adab dan kata kata dengan guru. InsyaAllah berkat hidup anak kita bila mereka pandai hormat orang yang beri mereka ilmu
Ads
4. Cikgu ni besar jasanya pada anak kita. Walaupun nampak cikgu cuma ajar benda yang remeh pada mata kita tapi kita tak tahu mungkin benda remeh tu la yang paling anak kita perlu suatu hari nanti
5. Cikgu ni bebannya banyak dan berat. 1 guru tu kadang nak kena jaga sampai 30 orang murid. Tak mampunya mereka nak fokus kat anak kita sorang je. Jadi, tanggungjawab kita la untuk bagi fokus secara eksklusif pada anak kita sendiri.
Apabila sudah mempunyai keluarga, sudah tentu ia menjadi keutamaan supaya dapat membahagiakan mereka.
Salah satu cabaran adalah ekonomi keluarga. Tambahan pula harga sekarang sana sini sudah naik harga termasuk barang basah.
Jika dulu si suami bagi duit poket isteri hanya RM100 sudah mencukupi untuk lauk seminggu kini sebaliknya kena tambah lagi.
Malah ada isteri yang memahami gaji suami tak banyak cuba sehabis mampu untuk berjimat.
Sebagaimana perkongsian ini telah menarik perhatian ramai netizen yang mengeluh mengenai harga barang naik.
Moga kita semua tabah dan merancang perbelanjaan keluarga mengikut kemampuan pasangan.
Harga barang basah naik harga
Semalam teman isteri beli brg mentah…
Saya pilih ikan, saya bg org tu timbang…dia pun lekatkan tanda harga pastu saya tgok…
2 ekor RM18…
Saya ambik ikan lain, timbang, tgok harga…RM25…saya ikut isteri ke bahagian sayur, ambik, timbang, tgok harga…saya congak dlm kepala harga smua brg tu, pastu ready utk p bayar…
“Ada apa2 lagi x…?” Saya tnya dia…
Isteri kata xde cuma japg kena beli ayam kedai lain plak…ok, terus ke kaunter, bayar…smua yg isteri ambik, dlm RM70…then trus ke kedai ayam…sebelum dia turun, saya hulur RM50…
Pastu dia masuk balik, dia bg dlm RM15…
“Ayam tadi brapa…?” Saya tanya…
RM35 utk 2 ekor, saiz sedang…sggah kejap bang kedai cina depan tu, nk ambik minyak, santan, tepung skit…saya hulur lagi RM50 sebelum turun kereta…
Dia naik kereta, dia bagi baki RM30…Total brg dia beli, yg memang dia perlu beli tu dlm RM20…
Itu sekali dia beli, belanja utk guna maximum seminggu, minimum 4 hari…selalunya dan kebiasaannya, seminggu 2x kluar belanja brg mentah…jadi anggaran dlm RM300 seminggu utk brg mentah sahaja…
Setiap kali dia ckp “ESOK NAK KLUAR BELI BRG”, maka setiap kali tu lah saya topup beg duit dia…letak RM100 – RM150, selit plak lagi RM50 utk spare klu tak cukup…
Lepas balik keje, saya tgok baki dlm beg dia, saya topup lagi setakat mana yg ada dlm beg sendiri…
Itulah LIVING COSTS hari ni, itulah hakikat dan kenyataan perbelanjaan dapur, brg mentah si isteri…no way dan impossible dah klu bg RM50, pastu bila isteri kata tak cukup, kita anggap dia boros, tak pandai manage duit…
Brg2 hari ni harganya tak murah ya wahai para suami…naikkan duit poket si isteri, duit belanja isteri seiring dgn keadaan dan situasi semasa…2022, nak BERJIMAT mcm mana pun xtahu dah…
Jimat dengan duit poket
Meninjau di ruangan komen , ada banyak keluhan netizen. Antaranya kecewa barang dapur makin naik harga. Antaranya
“Tula realiti zaman now.. Semua dh mahal.. Smga allah permudahkan sgala urusan kita.. Smga allah murahkam rezeki kita semua.. Aamiin
“50 rgt smggu shbis mmpu cuba berjimat brg basah Klu ada lebih dia bg lebih brg2 makin naik gji Klu naik pun xtrsa..apapun alhamdulillah syukur masih ada untuk dimakan.
“Iye betul tu tuan…saya biasa belanaja nak budget rm100 je tp x cukup tuan mesti lebih seratus tuk seminggu@tuk 4 ke 5 hari jek…huhu…x tau nak jimat mcm mn entah..”
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, bermula hari ini 28 Mac, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh mula disemak. BKM merupakan inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
Status kelulusan permohonan BKM 2022 boleh disemak bermula hari ini menerusi laman rasmi BKM. Anda boleh semak status permohonan anda dengan klik butang log masuk.
Dalam paparan log masuk itu, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan kata kunci yang telah anda gunakan semasa mengisi borang. Setelah itu, anda perlu klik butang ‘Semakan Status’.
Selain itu, pembayaran BKM Fasa 1 juga telah bermula pada hari ini secara berperingkat kepada mereka yang mempunyai akaun bank. Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian dijalankan di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac ini.
Dalam pada itu, bagi pemohon tiada akaun bank yang menetap di pedalaman sekitar Sabah dan Sarawak pula, tarikh pembayaran akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang daripada keseluruhan penerima BKM bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM300 mengikut kelayakan.
“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.
“Bagi penerima kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke akuan bermula 28 Mac hingga 8 April 2022,” jelas beliau dalam satu kenyataan tempoh hari.
Sebelum itu, Kementerian Kewangan mengumumkan hampir-hampir 4.8 juta bujang bakal menerima BKM bernilai RM8.2 Bilion. Menerusi kenyataan itu, 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak.
Menteri Kewangan terdahulu iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober tahun lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.
BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai. Cadangan itu juga diambil melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.
Kalau ke pasaraya selalu kita perhatikan ada anak-anak yang baring di lantai sambil mengamuk. Biasanya kes hendak dibelikan mainan atau ada permasalahan lain yang mengganggu emosinya.
Ada juga keluarga berhenti di pertengahan jalan atau di tempat parking kereta gara-gara anak menangis dan mula memberontak. Bukan biasa-biasa tapi kuatnya sampai boleh didengari segenap ruang. Hebat.
Tapi hal ini sebenarnya adalah perkara biasa bagi kita mak ayah. Mungkin bagi yang berkahwin dan punya anak hal ini sudah terlalu biasa. Bagi yang bujang pula, jangan sekali-kali menjeling atau menegur. Dengar apa kata Doktor Taufik Razif ini.
Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.
Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :
1. Kita tengking anak tersebut
Tengkingan hanya memburukkan keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus. Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang. Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama
lamanya.
2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis
Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas. Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau. Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?
3. Jangan mengata
Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja. Ianya boleh jadi pada sesiapa sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada. Kita tak boleh
stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas.
4. Jangan anggap anak tu nakal
Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal. Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’.
5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum
Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik. Kita kena ingat, anak anak tantrum ni mengamuk ni banyak sebabnya. Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan.
Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang. Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk.
Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.
Kredit: Taufik Raziq
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.