
Anak remaja selalunya jika diajak masuk ke dapur memang ‘liat’. Macam-macam alasan apabila disuruh bantu ibu di dapur.
Tak kiralah lelaki atau perempuan, sikap ‘liat’ tu memang membuatkan para ibu keseorangan memasak di dapur.
Ada juga anak yang gemar memasak tapi kekemasan dapur tidak dijaga.
Gelagat remaja lelaki ini yang menunjukkan perbezaan antara sikap ibu-ibu dan remaja di dapur raih perhatian warganet.
Mana taknya, situasi itu turut berlaku kepada diri mereka. Biasanya apabila ibu memasak, segala perkakasan dapur dibasuh dan disimpan dengan kemas. Sebaliknya apabila remaja yang memasak. Memang huru-hara dapur.
Moga jadi iktibar untuk mendidik anak-anak supaya rajin ke dapur dan mengamalkan cara kebersihan yang betul.
Ikuti perkongsian ini.
Watch on TikTok
KOTORKAN DAPUR, MAK JADI HARIMAU
Dalam pada itu, ada yang berkongsi pengalaman jika mengotorkan dapur serta tidak membasuh periuk atau kuali memasak.
Sumber: TikTok raffhamdan
“Abah Perlukan Doa Rayyan Supaya Senang Dekat ‘Sana’.” Anak tanya Tentang Arwah Ayahnya Buat Siti Nordiana Sebak!

Sendirian membesarkan anak bukanlah satu tanggung jawab yang mudah, sementelah diri masih mauda. Namun, penyanyi terknal Siti Nordiana tidak lemah semangat, sebaliknya dia berjaya membuktikan dengan sokongan keluarga , dia mampu melakukannya.
“Anak Nana sekarang 12 tahun dan sedang bersekolah, aktivitinya agak penuh dan tak banyak masa lepak. Kalau tak ganggu waktu belajar juga saya akan bawa dia sekali untuk turun lihat saya buat show.
“Sebagai ibu saya akui agak gementar dan cuba yang terbaik untuk anak. Saya tak pernah paksa dia janji benda yang dia belajar itu bermanfaat untuknya. Saya berikan yang terbaik untuknya . dia jenis yang tak boleh terlampau ‘push’. Kalau time dia nak main game jadi saya beri kelonggaran supaya dia tak stress.
“Saya jenis ibu yang sempoi, saya bukan jenis ibu yang mahu anak membanggakan ibu, sebaliknya saya mahu dia belajar benda yang baik.
“Soal pengganti saya tak fikirkan ganti, belum ada calon dan kalau ada jodoh saya terima. Rayyan juga sporting dan memahami ibunya kerana bertahun-tahun hidup dengan saya tanpa kehadiran bapa. Dia tak pernah rasa kurang kasih seorang ayah memandangkan ramai yang menjadi ‘abah’ untuknya,”ujar Nana lagi
Namun, hati ibu mana yang tidak sedih, jiwa ibu mana yang tidak pilu bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh bertanyakan ayahnya. Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana memberitahu sukar untuk dirinya menjawab pertanyaan yang diajukan Rayyan.
“Rayyan masa arwah abah dia meninggal umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi.
“Tapi apabila sudah masuk sekolah dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…
“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya.
“Saya jawab… Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah.
“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.
“Tetapi dia jarang bertanya berkenaan hal itu, cuma sebelum ini mungkin dia bertanya sebab dia melihat kawan-kawan dia ada abah,” kata Nana sebak.
Sumber: Astro Gempak
“Noh Kata, Mizz Nina Mudah Dengar Kata, Karakter Kuat, Tak Ada Nak Merajuk.” Kisah Yang Sungguh Inspirasi.

Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan tersayang adalah idaman semua pasangan.
Antara pasangan artis yang sering mendapat perhatian media dan peminat adalah Noh Hujan dan Mizz Nina.
Menerusi sebuah perkongsian sebuah youtube, seorang pengguna facebook teruja dengan isi kandungan video ini.
Isi kandungan video itu menjelaskan sikap santun Mizz Nina sebagai isteri yang menjadikan suaminya Noh Hujan bersyukur memilikinya.
_________________________________________________
NOH TERPIKAT PERIBADI MIZZ NINA
Aku ada tengok ada satu video ni kat YouTube.
Orang tu tanya kat Noh, apa yang buat dia rasa tertarik sekali dengan Mizz Nina. Noh kata Mizz Nina lain. Dia mudah dengar kata. Dan dia ni ada karakter yang kuat. Dia tak cliche macam perempuan lain. Takda nak merajuk-merajuk. Takda tiba-tiba diam tak ketahuan hala. Takda nak sentap-sentap. Kalau ada masalah, dia cakap terus je.”You fikir macamana?”.
Noh kata, “Aku bukan reti kalau perempuan tiba-tiba diam ni. Cakap terus senang cerita. Aku rasa buang masa layan benda drama-drama ni”.
Dia juga cerita perjalanan Mizz Nina berubah tu dia nampak. Tekun. Sungguh-sungguh cari ilmu. Siang malam. Dia buat betul-betul. Tinggal semua yang lama-lama. Tanpa was-was.
Lebih bagusnya, dia tak komen-komen Noh begitu begini. Dia berubah, dia berubah. Masa lapang dia membaca. Dengar ceramah. Pergi kelas. Ada waktu dan peluang, dia isi dengan ilmu. Lepas tu dia kongsi apa yang dia dapat tu baik-baik.
Tapi itulah lama-lama yang buat Noh terikut juga. Sebab dia jadi respek. Dia rasa kagum. Dia tahu dia kena sokong. Dia rasa dia kena buat sama-sama.
Ada satu ayat tu Noh kata, “Nina ni aku rasa macam bidadari dari syurga yang Tuhan hantar untuk aku”.
Dan selepas kita tahu itu Mizz Nina jaga betul sikap dia. Kelakuan dia. Diri dia. Tak buat benda-benda yang buat orang tak suka. Tak buat perkara yang boleh mendatangkan orang nak mengata.
Betul.
Bak kata suami aku. Pada anak-anak perempuan dia. Dan aku rasa dia nak bagi pada aku lah sama.

Wanita yang kuat karakter dia, berilmu dan tak mengada-ngada ni tak payah buat banyak benda. Dia memang menawan dah. Malah lelaki akan hormat dia. Dan buatlah sampai orang jadi terikut-ikut juga nak buat kebaikan yang sama. Jika begitu, dia sudah capai satu level yang lain pula.
Dia tak lemah. Tak meminta-minta. Kalau suka, dia suka. Kalau tak suka, dia kata. Tak biar diri dibuli orang. Waima suami sendiri. Tegas jaga diri. Jangan sekali-kali biarkan diri tak dihargai. Kalau tak, nanti orang akan buat lagi.
Begitulah. Benar. Respect yourself to be respect.
Letakkan diri kita setingkat tinggi. Dengan ilmu, amalan, sikap dan hati yang lebih baik. Setiap hari. Pasangan ni adalah untuk kuat menguatkan. Takkan kuat kalau satu pihak sentiasa melemahkan. Takkan lemah kalau satu pihak sentiasa menguatkan.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Ibu Ayah Jangan Jadi Doktor Google Demi Keselamatan Anak. Kena Alert Pesanan Doktor Ini !

Sekarang ni semua ingi main ‘google’ je. Namun hati-hati, ada info yang diberikan tidak sahih dan menyebabkan kekeliruan fakta. Jadi hati-hati mencari info termasuk hal kesihatan anak-anak.
Apa yang pasti setiap ibu bapa kena alert dan dapatkan info yang betul dengan berjumpa doktor. Doktor Ezairy M.Sallih kongsikan panduan buat ibu ayah. Jangan pandang mudah!
____________________________________________________________________
“Jangan jadi doktor google”
Tidak semua demam dan masalah kesihatan perlukan ubat antibiotik!
“Anak saya demam, batuk… saya nak ubat antibiotik…” rintih seorang ibu.
Ramai ibu bapa yang begitu risau jika anak mereka mengalami demam panas. Ada yang cepat saja nak ambil ubat antibiotik. Rasa kalau tak makan ubat, penyakit anak tidak akan sembuh. Kalau doktor tak beri, siap pesan kepada doktor supaya beri antibiotik. Betul?
Tuan-tuan dan puan-puan… Hakikatnya ubat-ubatan yang diberi kepada pesakit khususnya kepada kanak-kanak perlu ada rasionalnya. Kena ada sebab. Ia perlu ada indikasi.
Doktor tidak akan dengan mudah memberi ubat kepada pesakit tanpa justifikasi klinikal yang sepatutnya.
Anak-anak kita mengalami demam pasti ada sebab. Peningkatan suhu yang tinggi juga berlaku hasil daripada tindak balas di dalam sistem tubuh kita. Demam boleh berlaku oleh banyak sebab! Tidak semestinya setiap jangkitan yang berlaku perlukan antibiotik.
❗️Beberapa keadaan yang lazimnya tidak perlukan ubat antibiotik:
1. Hanya mengalami sakit tekak sahaja
2. Rasa tidak sedap badan, lenguh-lenguh sendi sahaja.
3. Ujian darah menunjukkan tiada bacaan signifikan menunjukkan adanya jangkitan bakteria.
4. Jangkitan virus tidak perlukan antibiotik.
Oleh sebab itulah, ubat antibiotik tidak boleh dibeli melalui kaunter di klinik dan hospital. Ia perlu kepada pemeriksaan doktor. Bawa dulu anak-anak ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.
❗️Beberapa tanda anak anda mungkin perlu kepada antibiotik
1. Demam melebihi tiga hari beserta sakit tekak, batuk dan selsema. Ini disokong selepas hasil pemeriksaan klinikal kepada pesakit.
2. Sakit telinga beserta demam panas dan cairan kuning daripada telinga. Perlu kepada pemeriksaan klinikal.
3. Masalah sinusitis atau resdung dialami dengan simptom berat kepala, sakit pada kawasan sinus, demam dan lendir serta hingus kuning atau kehijauan.
4. Banyak lagi simptom-simptom lain yang perlukan ujian klinikal, ujian darah dan sampel kahak untuk mengesahkan jangkitan kuman.
Jumpalah doktor. Anda akan dibantu. Diagnosis tepat akan diberi.
Jika anda rasa artikel ini suatu yang bernilai, #kongsi kepada mereka yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih
Jumpalah doktor jika anda ada sebarang masalah kesihatan. Jangan jadi doktor ‘google’.