Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui sudah menjalani prosedur peringkat awal rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usahanya untuk hamil lagi.
“InsyaAllah saya bukan makin muda. Saya sasar sebelum usia 43 tahun. Saya menjalani apa yang doktor sarankan seperti yang dilakukan ketika berusaha mendapatkan Siti Aafiyah.
“Kalau saya sudah di tahap mula prosedur seterusnya yang lebih tinggi, memang saya kena rehat seperti sebelum ini. Saya pun sudah beberapa kali berjumpa doktor.
“Kalau saya diam tak aktif itu mungkin ia petanda tengah ‘mengeram’ lah itu nampaknya,” katanya yang ditemui di majlis sambutan ulang tahunnya yang ke 41 sekali meraikan kelab peminatnya Siti Zone yang mencecah usia 16 tahun Disember lalu.
“Kalau Boleh saya nak sepasang, sekarang dah ada perempuan. Insyaallah kalau ada rezeki mahu lelaki pula. Tetapi andai tiada rezeki tak mengapa saya bersyukur kerana ada Aafiyah,” ujar Siti lagi.
Mengenai majlis hari ini, Siti bersyukur kerana terus disayangi peminat tersayangnya.
Ia rezeki besar. Saya berdoa hubungan dan ukhuwah ini akan kekal sampai akhir hayat,” katanya.
Pada majlis bertemakan konsep kostum pekerja itu, Siti memilih gaya ahli silap mata.
Siti turut menyumbangkan sumbangan peribadi kepada ahli Sitizone yang kurang bernasib baik.
Sumber: Berita Harian Online & Mstar