Menempuh tempoh kehamilan di bulan puasa bukan mudah. Pelakon, Sharifah Amani mengakui dia agak gementar untuk melalui sepanjang tempoh bulan puasa ini.
Pun begitu kata Amani, dia sudah pun mendapatkan kebenaran dari doktor untuk berpuasa memandangkan keadaan dirinya yang tertubuh kecil.
“Saya dibenarkan berpuasa tapi kita tengok macam mana.
“Saya tak pernah lalui, kalau boleh saya nak puasa. Saya nervous juga sebab saya orangnya kecil.
“Hopefully semuanya dipermudahkan,” katanya berkongsi.
Tambah bakal ibu ini lagi, dia juga sudah pun mendapatkan saranan doktor untuk mengambil makanan tambahan untuk kekal bertenaga.
“Saya rasa semua orang dinasihatkan untuk makan suplemen. Lain orang, lain doktor akan dinasihatkan makan suplemen tapi saya agak basic,” katanya lagi.
Bercerita mengenai persiapannya bakal bergelar ibu tidak lama lagi, akui Amani dia merasa tidak kekok kerana sebelum ini dia sering mengendalikan anak-anak saudaranya.
“Saya dari dulu memang minat sebab adik beradik saya perempuan. Mereka semua pun dah menjadi ibu.
“Saya bersyukur saya berada di momen itu untuk jadi babysitter, jaga dan melayani mereka sebelum ini. Alhamdulillah saya tak kekok,” katanya lagi.
Pun begitu kata Amani, dia tidak tahu sejauh mana kesediannya untuk bergelar ibu namun berharap proses itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan kelak.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club