“Kalau Boleh Allah Cabutlah Nyawa Saya Sekali Dengan Anak-Anak.” Sayu Dengar Amanat Terakhir Zarina Zainuddin!

Share

Ibu hatinya penuh dengan kasih sayang dan sentiasa berkorban jiwa dan raga demi yang tersayang.

Bagi  yang mengenali Pelakon dan juga usahawan, Zarina Zainuddin, pasti sudah tahu beliau mempunyai sepasang anak kembar autisme. Azil menghidap hyper Autisme dan tidak boleh bercakap secara verbal. Manakala Azal pula mild autisme yang dikesan sejak umur 3 tahun lagi.

Ibu kepada 4 orang anak ini walau bagaimana pun tidak pernah malu dan selalu membawa anak-anaknya di khalayak.

Satu perkongsian Zarina Zainuddin di dalam program ‘A Bit With Ebi’  bersama Ustaz Ebit Lew baru-baru ini mengundang sebak di hati penonton.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya ketika mengemukakan pertanyaan kepada Zarina Zainuddin.

Jawapan yang diberikan oleh ibu tabah ini nyata mengundang sebak tak kurang yang mengalirkan air mata mendengarnya.

“Jika ini lah hari terakhir saya di dalam dunia ini, untuk anak-anak saya mahu pergi bersama mereka.

“Biarlah kami pergi bersama-sama kerana saya tak sanggup tinggalkan mereka di dunia ini. Sedangkan saya pergi tinggalkan mereka.

“Kalau boleh Allah cabutlah nyawa saya dengan anak-anak sekali.

Pengakuan ikhlas Zarina Zainuddin membuatkan pengacara dan juga penonton terkedu buat seketika.

Bak kata Ustaz Ebit Lew, beginilah hati seorang ibu walau diberi lagi 100 tahun..sejuta tahun..mereka ingin bersama anak mereka..

“Ibu hanya Fikir tentang anak mereka..inilah sifat Ar Rahman Ar Rahim Allah beri rasa cinta seorang ibu buat anaknya.


Tidak hanya pengacara berasa sebak, ramai pengikut termasuklah ibu bapa yang memiliki anak autistik turut berkongsi rasa yang sama dengan Zarina Zainuddin.

wizcakes@sos_sos17 semoga ganjaran syurga buat Puan, suami dan keluarga. Didoakan panjang umur dan murah rezeki.

zian1979Sungguh ustaz, x sanggup nk tinggalkn ank

soezariantiParents yg ada anak istimewa ni, akan rata2 beri jawapan yg sama. Mereka risau bila mereka tiada nanti, siapa yg akan jaga anak2 mereka. Tak semua yg faham atau sanggup. Semoga Allah memberkati mereka, InsyaAllah

zahfiraneka_azlMasyaAllah. betul sgt, doa mak2 mesti lebih kurang aje bila melibatkan anak2. ♥️♥️

qishmir_rayyan@ros.linda83 semoga Allah selalu ade untuk puan dan anak puan. ..Kuat kan semangat puan Ye. ..semoga Allah juga selalu melindungi anak dn diri puan..insyallah amin ya allah amin…

qishmir_rayyan@sos_sos17 Subhanallah. ..ya allah semoga Allah selalu melindungi puan dn keluarga. .semoga Allah selalu memberi peluang untuk puan hidup dn akhirnya bersama2 anak2 syurga puan…sy di sini ikhlas mendoakan puan …insyallah amin ya allah..amin..

bakar.idaBetul ustaz..dlm kepala ni..ingatan mmg hanya pada anak..hr2 rindu dgn anak walaupun anak bersama dgn diri kita.

shamsiahsaanSubhanallah.. Allalhuakhbar..sebaknya.. Semoga Pn Zarina dan anknya2 sentiasa ddalm rahmat dan hidayah Allah..

timahmaaninSaya pun ada anak istimewa 2 orang..hampir setiap mlm saya memikirkan tentang anak2 saya..apa akan jadi jika saya tiada lagi didunia ini.. jika saya masih hidup pun tiada yg ambik peduli..kami hidup umpama sebatang kara..saya dan suami serta anak2 saling melengkapi ,, saling sayang menyayangi dan berpaut pada satu sama lain.. ustaz doakan kami kuat dalam menjalani kehidupan ini..

 

Sumber: IG ebitlew